Monday, December 22, 2008

Tambah Sorang Lagi!!!!

Teramat sibuk pasal nak cuti panjang. Kalau bukak blog pun cuma browsing jer, tak dapek den nak reply, bagi komen or buat posting. Volume kerja banyak sangat akhir tahun ni pasal ramai orang cuti. Jadi workload masuk la kat file hamba. Lagipun hamba pun nak cuti panjang gak, jadi, nak tak nak, kerja diutamakan dahulu.

Nak dijadikan cerita, ngam-ngam kerja habis, besok tu dah nak start cuti panjang, isteri hamba pulak selamat melahirkan seorang putera. Jadi, al kisah, seorang lagi insan hadir dalam hidup Hambamaya pada hari Jumaat, pukul 5.15 pagi, 19 Disember 2008.

Semalam dari Kuantan drive gi Kota Bharu because my wife nak berpantang di kampung halamannya. My parents from Seremban pun sempat gak datang tolong tengok-tengokkan cucu yang sulung so that I can be in the labour room with my wife.

So, itulah ceritanya. Kepada Kak Gee yang menelepon, sorry lah tak terangkat and tak return call. Masa akak call, saya tengah bagi kaunseling. Bila nak return call, ada hal lain pulak. Lama-lama, lupa.

To all my friends in the cyber world, miss you all. After this, hamba akan blogging balik!!! Tapi, lepas putera hamba tidur lah.. heheheh...

Wednesday, November 12, 2008

1001 Malam

video

Satu lagi lagu dari HambaMaya. Lagu lama, baru record. Enjoy..

Ini cerita 1001 Malam

Hikayat bermula di sebuah kayangan

Alkisahnya putera mencari si rupawan

Supaya hidupnya sentiasa berteman

Bersualah putera kasihnya si rupawan

Berhajatlah putera cintanya si rupawan

"Apakah syaratnya andai kau menjadi teman?"

Terkedulah putera mendengarkan jawapan

( * )

"Andaiku kau jadikan teman,

jangan ku kau bawa ke kayangan

kerana disana semuanya mimpi belaka"

aaaa... 1001 malam

Akurlah putera mendengarkan syaratnya

tinggallah putera bersama di dunia

luputlah semua saktinya si putera

angkara cintanya rupawan yang jelita

Ulang ( * )

Monday, November 10, 2008

Wayang



Banyak pulak cerita Norman Hakim sekarang ni ek..

Semalam takder kelas, jadi hamba boleh la tengok Melodi. Kesian pulak tengok Abby yang kecewa mintak cerai tak dapat. Si Norman Hakim pun menangis-nangis sampai basah misai "carik makan" dia. Baca pulak surat khabar, itu polis sudah cakap Norman Hakim sudah bikin calar pulak imej polis.. lawak..lawak..

Kepada Abby, harapnya dapat bersabar la. Biasalah, dunia artis..

Kepada En. Norman Hakim, wife come first!! Yang ko pi sebut nama minah tu apahal?

Kepada Tuan Polis, actually, tanpa bantuan Norman Hakim pun imej dah tercalar pun. Banyak gak polis yang kena tangkap khalwat kuar dalam paper.. hehehehehe...

Friday, November 7, 2008

Nasihat Cinta


Disebabkan aku pun telah dijangkiti mood untuk bercinta, maka entry di pagi Jumaat nih, berkisar serba sedikit pasal bercinta.

Waktu di Universiti dulu, lepas aku putus Cinta Besar aku, maka ramailah insan yang sekepala memberi pelbagai nasihat yang ntah apa-apa kepada aku. Antara nasihat yang bodoh masih aku ingat ialah:

1. "..Ada 3 benda menyusahkan rockers macam kita, cinta, cinta, cinta .."
2. ".. Selagi kau ingat kat budak tu, selagi itulah Bismillah pun kau tak boleh sebut betul-betul.."
3. " ..Kau tengok cerita Stephen Chow lagi bagus!!..".

Tapi antara nasihat yang paling aku ingat ialah:

"Ingat, kau ada banyak lagi cinta nak bagi kat orang lain.."

Regardless of the above, akhirnya aku pegang:

"Kalau kita terpikat dengan sekuntum bunga, maka kita akan buta keindahan seluruh taman. Kalau kita terpesona dengan terangnya satu bintang, maka kita akan rugi keajaiban seluruh langit malam. Tapi kalaulah bunga tu yang paling cantik, paling harum, dan bintang tu yang paling terang dan paling indah, pergi mampus dengan seluruh taman, seluruh alam"

Extreme sikit but that's who I am..

Thursday, November 6, 2008

Surat Untuk Obama


Kehadapan Presiden Barrack Obama,

Salam sejahtera diucapkan kepada tuan, semoga berbahagia di samping insan tercinta. Tahniah juga diucapkan kerana berjaya menjadi Presiden Amerika penggal ke 44. Lepas nih tempat kediaman rasmi presiden Amerika tak bolehlah lagi digelar "White House".

Sebelum itu saya ingin meminta maaf kerana menulis surat ini di dalam Bahasa Melayu. Bukannya apa, memandangkan tuan kini antara orang yang paling berkuasa di dunia, amat mudah rasanya untuk tuan mencari penterjemah Bahasa Melayu dan tak perlulah saya menyusahkan diri memikirkan ayat Bahasa Inggeris untuk tuan.

Tuan Presiden,

Diharapkan dengan kewujudan tuan di arena politik Amerika, maka tidaklah lagi negara tuan menjadi penyibuk di negara orang. Bak kata orang Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mungkin tuan tak faham, tapi, buat-buatlah faham. Selama ni pun, Amerika memang suka buat-buat faham.

Semoga tuan juga boleh melakukan sesuatu ke atas dasar "double standard" terhadap orang Islam. Dengan idealogi demokrasi yang tuan jadikan dasar hujah, tidaklah ada lagi sebarang bentuk penindasan terhadap orang yang beragama Islam, walaupun saya tahu yang tuan tidak boleh melakukan apa-apa terhadap dasar Amerika dengan Israel.

Akhir kata, semoga perlantikan tuan ini boleh membawa perubahan kepada pemikiran politik Amerika dan juga pandangan orang luar yang dah menyampah dengan negara tuan kini.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Dengan penuh kejujuran,

Hambamaya
6.11.2008

Wednesday, November 5, 2008

Hutang


Keluh resah hamba dibuatnya hari ni. Banyak betul orang datang pasal nak mintak nasihat. Sendiri punya diri pun bukannya pandai sangat nak bagi nasihat, tapi setakat yang hamba boleh tolonglah..

Kadang-kadang hairan jugak tengok manusia nih.. bila buat sesuatu, tak mau fikir dulu tentang akibatnya pada diri sendiri. Hutang buat berlambak sampai jumlah bayar bulan, lebih dari gaji sebulan. Ada tu pulak, cinta punya pasal sanggup buat hutang dekat Ah Long, bagi pinjam dekat ex-husband. Diulangi, ex-husband...

Ni nak pesan nih, kalau guna kad kredit tuh, sebelum swipe, cuba pikir boleh bayar tak, at least minimum payment bulan tuh. Bila nak buat hutang umah ke, kereta ker, pun sama, boleh bayar ke tak.. ni bila dah datang tukang tarik kereta kat umah, bila bank ugut nak lelong umah, barulah kelam kabut nak carik duit settle hutang..

Papehal pun, sesengkek mana pun lah korang, please, I beg you all, cubalah elak dari buat pinjaman dengan Ah Long or so called 'Syarikat Pinjaman Berlesen'. Nanti, keluar air mata berdarah pun tak guna..

Akhir kata, terimalah pantun nasihat dari hamba:

Buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali,
buat hutang tengok belanja,
jangan sampai tak cukup gaji.

hehehe..


Tuesday, November 4, 2008


Bila aku sayang
Engkau kata aku tipu
Bila aku diam
Engkau kata "..dah bencilah tu.."

Tapi aku paham
Kadang-kadang
aku terlepas pandang
Bila kau kesepian
Aku pula yang hilang

Dunia sekarang
memang macam-macam
24 jam
bukan lagi satu hari satu malam
aku banyak hal, kau pulak duduk diam

Bila selesai nanti
aku buat kenduri
Harap waktu itu
Kau boleh fikir sendiri
Bila semua orang duduk
Kita berdua berdiri..

~hambamaya~
4.11.2008

786 Alhamdulillah, Syukur...


Kebelakangan ni, semangat nak gi duduk oversea ni makin meluap-luap!! Ramai gak kengkawan aku yang dah pindah and akan pindah ke luar negara cari rezeki atau sambung belajar.. aku masih lagi kat sini carik peluang.. Yang terbaru, kawan aku yang kerja kat BPH tu dapat offer kat Arab Saudi, gaji sebulan RM25k. Gila!! Start tahun depan.

Jealous memanglah, tapi bagi aku rezeki masing-masing.. lagi pun, for the time being, alhamdulillah, hidup aku nih masih lagi di landasan yang aku dah rancang.. Lepas grad, dapat kerja, lepas tu beli kereta, lepas tu kawin.. rancang nak sambung belajar, dah sambung belajar.. memang syukurlah..

Masa duduk Johor dulu, aku duk dengan satu couple nih, abg Ismail n kak chris. Wife dia convert. Abg Ismail ni cukup simple. Aku mula2 cuba ikut style dia, tapi tak boleh, pasal aku ni banyak sangat kehendak. Ex-boss aku dulu pun ada cakap, "..nak bahagia senang jer, kalau kau rasa hidup kau dah cukup, mesti kau bahagia..",.. hmmm, yo lah tuuu.. cakap memang senang beb.. sebab tu lah Norman Hakim boleh carik lain.. hehehe..

Kesimpulannya, kalau dapat, bersyukurlah dengan apa yang ada, tapi kalau rasa diri tu boleh dimajukan dan diperbaiki, apa salahnya kita buat untuk kebaikan kita dan orang sekeliling yang kita sayang.

Monday, November 3, 2008

Ampunkan aku!!


Lama tak berdondang sayang, hari ni hamba kembali dengan lagu Melayu yang sama.. cak pong, cak pong!!

Sibuk sikit lepas Deepavali nih. Jadi tak menang tangan. Ada peluang tadi round-round jenguk umah kawan-kawan.. macam-macam cerita ada. Sedih ada, happy pun ada.. tapi biasalah, inilah dunia. Musti ada salah silap sikit-sikit dalam perbuatan kita.. Kalau tak nak salah, tak payah buat apa-apa.. tapi percayalah, orang yang tak buat apa-apa, dia telah melakukan kesilapan yang paling besar.

Aku pun ada buat salah.. sekarang nih pun masih melakukan kesalahan walaupun dah banyak kali mintak maaf atas kesalahan yang sama.. cuma, kalau boleh, kita kurangkanlah kesalahan dan kesilapan yang kita buat tu..

Hidup ni, kalau nak kata "tak nak buat silap lagi..", itu bohong lah.. lainlah kalau kita hero filem tamil yang sememangnya best sampai abis filem.. apa dibuat, mesti betul.. apa yang dicakap, itulah kebenaran.. cait!!

Jadi oleh itu, haruslah faham jua yang orang lain pun manusia dan boleh buat silap.. kalau boleh dimaafkan, kita maafkan.. tapi kalau dah asik buat silap jer, aku pun bengang!! Hehehe..

Tuesday, October 21, 2008

Perfect vs Complete


Tengah-tengah meleleh hingus ni, terfikir pulak satu perkara tentang perangai manusia atas bumi nih, iaitu kecenderungan untuk mencari sesuatu yang sempurna, perfect!!

Contohnya, bila nak carik pasangan, kita pasti inginkan yang perfect di mata kita. Bila anak kita amik exam, kita expect diorang akan dapat perfect A's. Bila kita nak jawapan, kita nak jawapan yang perfect. Pendek kata, semuanya kita nak perfect.

Tapi hakikatnya, susah nak dapatkan yang perfect ni. Jadi bila tak dapat yang perfect, maka kita pun jadi kecewa, demotivated, hampa..

Jadi hamba sarankan, instead of looking for perfection, why not kita finding the way of completion. Instead of perfect, apa kata kita cari yang complete. Contohnya, bila kita carik pasangan, tak perlulah perfect sangat sampai hidung kena mancung, betis biar macam bunting padi.. cukuplah biar ada hidung and ada betis..

You get what I mean? Ahaks...

Monday, October 20, 2008

Rintihan Budak Hingusan


Ohh, selsema..
kenapalah engkau menyerang di waktu
aku tengah banyak kerja..
di kala hari Isnin yang memerlukan
banyak tumpuan mental dan tenaga

Ohh, selsema..
setiap saat aku harus mengesat
setiap titis hingus yang meleleh
kadang-kadang sampai tak sempat tisu kucapai
aku guna tangan dan aku balas pulak kat kerusi ofis

Ohh, selsema..
Di hari Isnin ini
kau telah menjadikan aku
budak hingusan
literally..

~hambamaya~
20.10.2008

Friday, October 17, 2008

Nilai Kito!!


Today, I went to the office alone. Masa lepas hantar my daughter to her Taska, tetiba aku terfikir tentang "nilai" @ "value" dalam hidup kita nih.


Kita selalu dengar orang cakap pasal "..nilai-nilai yang baik..". Dan setiap orang sebenarnya mempunyai nilai walau serendah mana pun nilai dia. However, manusia terlalu prejudis bila memperkatakan tentang nilai. Bagi aku, nilai ni bukan dilihat dari satu aspek sahaja, tapi dari pelbagai sudut kehidupan. Of course, jiwa yang baik dizahirkan dengan perbuatannya. Tapi jangan juga kita lupa, perkara yang lahir tak semestinya itu yang hakikat. Ustaz pun sekarang ni dah pandai ambik kesempatan macam yang aku baca dalam surat khabar baru-baru nih.


Jadi, di mana letaknya nilai? Untuk soalan ni, aku ada satu jawapan yang pasti!!


Nilai terletak di Negeri Sembilan!!! Hidup Nilai 3!! Hehehehe...


Monday, October 13, 2008

Arghhhhhh!!!!

Tak boleh dengar lah lagu nih... sakit jiwa tiba-tiba!!


Monday, September 29, 2008

Keris Berdiri


Ahmad Sabah, for your reference. Would appreciate your comment.

Wednesday, September 24, 2008

Lara Hanuman


Tiba waktu insaf, bila si Hanuman sedar yang dia bukanlah manusia tapi sebenarnya dewa, maka dia kembali memohon kembali ke langit. Lalu bertanya Empunya Kerajaan Langit, ".. saat kau kembali ke langit, maka hilanglah segala kemahuan yang engkau ada sewaktu engkau masih manusia. Menyesalkah engkau?..". "Tidak", jawab Hanuman. Bertanya lagi Empunya Kerajaan Langit, " Sebelum engkau ku angkat kembali menjadi dewa, adakah engkau mempunyai kata akhir sebagai manusia?..". Dengan nafas berat, bersuara si Hanuman,

" Aku telah menemui cintaku yang hakiki, tapi aku tidak menghargainya. Bila aku sedar akannya, maka itulah perasaan paling sakit yang tak pernah aku rasa. Hmm.. andai cinta ini mempunyai tarikh luput, biarlah selepas 100,000 tahun lamanya.."

Lalu Hanuman diangkat kembali menjadi dewa, tanpa sebarang ingatan terhadap cintanya..

Friday, September 19, 2008

Tarik Rambut..


Bosan betul hari nih.. Aku sorang jer. Kawan aku dgn clerk cuti. Kerja melambak macam tak habis-habis. System untuk buat kerja aku nih pulak slow nak mampus pasal ada problem dgn master server dekat HQ. Orang ramai pulak datang. Telephone line ada problem lak. Cuma boleh call out jer, call in tak boleh.

Tetiba dapat pulak email complaint dari sorang customer through my supervisor kat KL kata tak dapat call. Nak buat cerita, time dia datang aku tengah bagi kaunseling. Jadi kat depan takder la orang. Pintu depan tu memang sentiasa kunci takut orang masuk masa kaunseling. Aku pun email la balik boss aku tuh. Datang pulak sorang minah duk nangis-nangis sampai tak boleh nak cakap apa masa kaunseling. Aduh..

Nasib baik la aku ingat pesan kawan aku tuh. Kerja kat sini mesti pandai tarik rambut dalam tepung dia kata. Rambut tak putus, tepung tak selerak. Ha, ye lah.. lama-lama rambut aku yang putus berselerak kalau macam nih..

Thursday, September 18, 2008

SCAR TISSUE


Semalam aku belek-belek badan aku. Banyak betul parut cedera. Ada yang aku dapat masa kecik, ada yang masa tengah belajar. Pikir-pikir balik, semenjak aku dewasa ni, kurang dah parut. In fact, rasanya takder la kecederaan yang sampai meninggalkan kesan. If I read between the lines, mungkin pasal aku dah mengurangkan aktiviti ekstrim aku. Kalau dulu, parut-parut ni semuanya pasal perangai aku, samada terlebih nakal, atau sendiri punya cuai. But, semua parut ni ada cerita:

1. Kat buku lima, bergaduh dengan adik aku pasal bagitau parents aku ada makwe
2. Parut kat lengan kiri, adik aku sterika pasal gaduh jugak
3. Parut kat lengan kanan pasal terkena oven bakar kuih masa tolong nenek aku
4. Parut kat bahu kanan masa lompat dari tingkat 1, lari dari kena kejar warden kat asrama
5. Parut kat bulu kening, pasal gaduh dgn kawan kat bilik sumber
6. Parut kat pergelangan tangan masa mula belajar main sabit waktu silat

Ada lagi tapi kang korang mesti imagine yang bukan-bukan pasal aku. Hehehe.. Papehal, nak bagitau, walaupun parut-parut cedera nih menyebabkan kesan yang tak senang di mata, tapi itu semua sebagai peringatan kepada kita.

Yang penting, parut tu semua dah sembuh, because, ada parut yang, bila sampai waktu, dia berdarah balik. Sakit berdenyut-denyut. Itulah parut di hati. Yang boleh sembuhkan parut kat hati ni cuma masa...

Tuesday, September 16, 2008

Kenapa harimau mati meninggalkan belang?


I bet all of you have heard the phrase "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Frasa ni merupakan antara peribahasa Melayu yang glamer, seglamer Mem Aluya kita di Dubai. Hehehehe...

Kenapa agaknya tok nenek kita menggunakan harimau sebagai perbandingan, tapi tak guna kambing ker, lembu ker, ayam ker? Kalau lembu, lagi banyak dia tinggalkan ek, macam tanduk, kulit, daging, ..sampai taik dia pun boleh guna lagi. Hehehehe.. Macam biasa, tok nenek kita yang bijak pandai memang sengaja menggunakan harimau pasal zaman dulu, harimau ni dianggap haiwan yang tak berguna. Amat bahaya, selalu menimbulkan ketakutan bila ada, lembu, kambing dan lain-lain haiwan ternakan memang akan jadi mangsa kalau dia ada. Pendek kata, haiwan bermasalah la nih.. Tapi, walaupun rating dia tahap tu, bila dia mati masih meninggalkan something yang berguna. Bahkan, mahal pulak tu. Belang dia lah.. waktu tu, sesiapa yang pakai belang harimau ni, memang dasat dah, walaupun setakat buat wrist band jer.. hehehehe..

Tapi, manusia, kalau mati, habuk pun tak boleh pakai. Jadi bangkai membusuk. Kecuali pengamal ilmu hitam lah kot nak guna tengkorak.. hehehehe... itupun dapat free curik kubur. Apa yang boleh kita tinggalkan bila mati? Nama kitalah, samada nama yang baik atau buruk.. Macamner nak tinggalkan nama yang baik? Buatlah benda baik.. apa susah.. hehehe..

Jadi, salah satu perkara baik, tak payah la kita berdengki sesama kita. Tak kisah lah kita ni Melayu ker, Cina ker, India ker.. sendiri nak hidup, sendiri la tingkatkan daya saing.. bab dengki-dengki nih, bukan orang Melayu jer, Cina pun ada dengki, India pun ada dengki.. cuma diorang tak bising2, atau kita orang Melayu yang tak paham bila dia bising2.. Papehal, kawan sendiri, mesti kita back-up kan, betul? Heheheehe.. mestilah betul.. Hidup kawan sendiri!!!

Monday, September 15, 2008

Iyolah tu...




You Are a Pundit Blogger!



Your blog is smart, insightful, and always a quality read.

You're up on the latest news, and you have an interesting spin on things.

Of all the blogging types, you put the most thought and effort into your blog.

Truly appreciated by many, surpassed by only a few

Understanding la skit..


Once again, today I'm late for work. My daughter menangis semau-mau hatinya tak mau gi Taska. Last-last, I bribed her with a lolipop. Barulah dia stop crying. Hai.. anak sorang nih..

Sometimes, we wish that everybody will understand why we do the thing we do. Macam my daughter yang menangis tak mau gi taska, bukannya saja kita nak hantar dia ke tempat tu. But we have no other choice kan. Same goes to all the things we do in the past. Bukannya semua orang boleh terima and understand our reason. However, itulah realiti manusia. They will understand what they want to understand and *they will only see what they want to see (*yang ni cedok dari cerita Sixth Sense). Biarlah kita terang macamner pun, but they will not hear our explaination because telah dipekakkan oleh sebab mereka sendiri.

As an example, masa kita sekolah dulu, I believe ramai yang bercinta-cintun. Zaman sekarang ni biasalah. Tapi masa zaman aku dulu, agak terlarang. And at that time kita harap orang semua paham kenapa kita nak bercinta. Memang waktu tu sepatutnya kita belajar, tapi dah jatuh cinta beb!! Nak buat camnerkan?? Hehehe..

At the same time, mak bapak kita pun harap kita dengar reason diorang kenapa diorang tak bagi kita bercinta masa belajar.. but, as I told earlier, we only understand what we want to understand. Bila dah besar sikit, and bila dah jadi mak bapak, baru kita faham apa yang diorang rasa..

Kesimpulannya, sebelum kita buat apa-apa keputusan, harapnya we understand other people position also. Semoga dunia akan jadi lebih aman damai. Amin.


My Blogging Personality




Your Blogging Type is Confident and Insightful



You've got a ton of brain power, and you leverage it into brilliant blog.

Both creative and logical, you come up with amazing ideas and insights.

A total perfectionist, you find yourself revising and rewriting posts a lot of the time.

You blog for yourself - and you don't care how popular (or unpopular) your blog is!

Thursday, September 11, 2008

Air, Oh Air!!


Ada satu hari, dalam pencarian aku, aku bertanya dengan salah seorang insan yang aku jumpa di Kajang. "..kenapa air selalu digunakan sebagai penawar..?" Jawab beliau:

Allah Taala jadikan air ni sebagai makhluk yang ikut arahan dan makhluk yang paling sensitif. Kalu tak caya, air ni kalau kita letak gula jadi manis, letak garam jadi masin, and bila letak ubat, jadilah ubat.

Boleh terima. Pasal aku ada gak terbaca yang air ni sebenarnya mampu menyimpan tenaga. Sebagai bukti tenaga haba. Sesetengah saintis yang tak percaya dekat hantu pulak menyatakan yang hantu wujud disebabkan peninggalan gelombang negatif makhluk. Apa yang kita nampak adalah pembalikan semula gelombang negatif tersebut. Tapi medium apa yang digunakan untuk simpan gelombang negatif ni? Obviously air. Sebab itu, kita banyak dengar cerita hantu dalam bilik air, tepi sungai, dekat paya..

Ada satu petua nak dikongsi bersama geng sekalian. Bila minum air dengan kawan-kawan, janganlah cakap yang bukan-bukan depan air pasal apa yang dikatakan tu akan "direkod" oleh air tu. Bila kita minum, benda yang negatif tu akan masuk dalam badan kita dan merosakkan badan kita. Sebelum tidur pulak, amik air kosong and bisik kat air tu untuk sihatkan badan kita and minum separuh. Besok pagi bila bangun minum lagi separuh.

Selamat mencubo yo!!

Wednesday, September 10, 2008

Masih ada lagi..


Last night, aku buat satu research berkenaan tenaga.


Like we all know, tenaga adalah satu elemen yang tak dapat dihapuskan tapi dapat diubah. Sebagai contoh, kalau kita baling bola, ada tenaga yang terlibat. Tenaga tu akan sentisa wujud walaupun bola tu berhenti. Bola tu terhenti kerana berlaku perubahan tenaga apabila bergesel dengan udara yang menghasilkan pula tenaga haba.. haaa.. ajaib tak? Subhanallah..


Tapi macamana pulak dengan tenaga yang hidup? Maksud aku tenaga yang datang dari nyawa kita sendiri. Since semua benda menghasilkan tenaga, sudah tentu nyawa kita, nafas kita pun menghasilkan tenaga. Langsung aku teringat dengan YOGA yang Momok buat, TAI CHI, dan SILAT . Semua ini memerlukan satu gerakan berkoordinasi, bertujuan untuk menghasilkan tenaga.


Actually, benda ni semua kita boleh apply dalam kehidupan kita bila kita berhubungan dengan sekeliling kita. Bila kita memulakan sesuatu terhadap orang lain, samada benda yang elok atau tidak, perkara yang dilakukan tu sebenarnya mencipta satu tenaga dan disampaikan ke orang tu. Ingat, kalau benda elok yang kita buat, maka benda elok jugalah yang akan berkekalan. Kalau benda tak elok, maka benda tak elok tu jugak akan berkekalan. Walaupun kita ingat perkara tu dah selesai, hakikatnya ia masih wujud cuma dalam bentuk yang lain.. hehehe..

Monday, September 8, 2008

Whatever..


Mula-mula nak cakap tahniah kat Ratu Mem Aluya atas kejayaannya meniaga di Dubai. Boleh la lepas ni balik kampung kata ".. I dah ada business kat oversea tau..".. hehehehe.. kalau takder bakat and usaha, nak jual nasi ayam Alexander-Cleopatra pun tak laku.. hehehe.. bangga aku.


Anyway, another day of Ramadhan. And another 8 days di mana DSAI claims that he will take over the government. Hmmm.. Tak taulah samada akan berlaku atau tidak since Pok Lah kita telah mengatakan bahawa tidak akan ada ahli BN yang akan masuk acara lompat beramai-ramai. We'll look and see what will happen lah.. ek?


Kadang-kadang kita pun terpikir, apasal manusia sanggup buat apa sahaja ek? Ini adalah nyata, sampai wujudnya macam-macam teori pasal kelakuan manusia yang satu ni seperti teori Marchiavelli - manusia akan melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginannya. Adakah ini disebabkan 100% arahan syaitan? Ataupun sebenarnya manusia itu sendiri? Kadang-kadang, kita sendiri nak berjaya, kita sanggup tendang buntut orang lain jatuh gaung. Tidak sedar ke yang buntut kita pun boleh jadi mangsa yang seterusnya? What goes around, comes around.


Lepas sahur tadi, lepas puas berfikir, aku pun buat kesimpulan. Manusia hidup atas pilihan dan keputusan yang kita buat. Syaitan hanya mengganggu kita dalam proses membuat keputusan. Keimanan dan kematangan kitalah yang akan menentukan kita memilih keputusan yang terbaik.


Betul ke? Sekali lagi, bak kata Nabil "Lu pikir lah sendiri".. hehehe



Friday, September 5, 2008

Sekali, mimpi daaa...


Macam biasa, selepas meronda seround-dua ke rumah geng-geng balikong, maka barulah hamba akan melepaskan sebatuk dua entry.


Sebelum tu, I wish to ask all of you a question. Korang tidur mengigau tak? Bercakap-cakap dalam tidur? I'm asking this question bukan pasal apa, but its actually happening to me. Risau nih.. sejak kebelakangan ni, my wife told me that I ni kuat betul mengigau.. sampai kadang-kadang kaki tangan pun naik. Yelah, bukan setakat takut terhentak isteri jer, tapi takut gak kalau ada rahsia-rahsia negara yang terlepas waktu tidur.


Puas sudah aku buat, wash my feet before I go to sleep, baca itu ini.. tapi ada jer butir-butir yang keluar.. ada sekali tu aku tersebut nama kawan isteri aku waktu tidur.. pagi tu terus isteri aku buat inquiry "..apahal sebut nama kawan orang dalam tidur nih?..".. kan tak pasal-pasal??..


Takper.. kita usaha lagi. Sebelum aku berjalan keluar waktu tidur, baik cuba cari penawarnya. Ke ada yang tau macamner? Hehehehe..

Thursday, September 4, 2008

Konangan den dulu..


Actually, kerja banyak nak buat. However, being a mere human, looking at the piles of proposals, hamba menjadi agak kurang bermaya. Maka hamba terpaksa menukar nama hamba menjadi HambaTakBermaya. Hehehe..


Masa belajar di Universiti dulu, aku and my friends cukup rajin ikut Operasi Khidmat Seni Masyarakat (OPKIM). 3 tahun aku belajar, 3 tahun ler aku ikut. OPKIM ni, lain sikit dengan OPKIM yang biasa. Since OPKIM kitorang dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan Universiti, so kitorang punya tugas ialah mengajar sekolah angkat yang terpilih tentang seni macam seni tari, seni teater, seni silat dan macam-macam lagi lah. Kitorang akan tinggal dengan famili angkat sepanjang program, biasanya seminggu. Macam aku, disebabkan aku ni lebih ke silat, maka aku pun ajar lah silat. Tujuan OPKIM ni ialah untuk menanamkan rasa minat orang ramai terhadap seni cara budaya kebangsaan. Hehehe..


Bagi aku & the geng, inilah peluang nak nak tengok tempat and negeri orang. Kitorang pernah duduk dekat one kampung in Balik Pulau, one in Pulau Tioman, and one in Seri Menanti. Selain itu, ini juga peluang untuk main-main mata dengan awek-awek tarian. Awek tarian kan cun-cun..?? Hehehe..


To my comrades i.e Abg Zaki and Adli.. semoga korang masih lagi bersilat..


Cerita Ghost


Sementelah hamba membaca blog Momok, maka hamba pun teringat kepada kejadian histeria yang giat berlaku di Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan sekarang nih. Hebohlah diperkatakan orang hingga terbit dalam surat khabar kisahnya. Tidak diketahui puncanya samada ianya perbuatan jiran halus kita ataupun hanyalah sakit psikologi semata-mata.


Teringat juga satu ketika di mana hamba telah bertanya kepada seorang datuk tentang asal terjadinya hantu-hantu nih. Maka berkatalah datuk itu, asalnya, syaitan dan iblis mempunyai kebolehan untuk merisik maklumat dari langit, yang diguna pakai untuk memperdayakan anak Adam. Tetapi apabila lahirnya Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam, maka kelebihan ini telah tertutup kerana Allah Taala memerintahkan malaikat memanah syaitan yang cuba mengintip maklumat rahsia ini. Maka alkisahnya, syaitan-syaitan pengintip ini yang dipanah oleh malaikat bukan semuanya hangus dan mati. Ada yang akan terhempas ke bumi menjadi cacat, bisu, dan bahkan ada yang menjadi mereng. Maknanya, hilang sudah separuh kebolehan syaitan ini.


Syaitan-syaitan jenis inilah yang digunakan iblis untuk menakal, menakutkan manusia dalam usaha untuk melemahkan iman mereka. Oleh itu, hamba menyeru kepada diri hamba dan sahabat yang lain, kalau mampu, janganlah takut kepada syaitan-syaitan ini kerana sesungguhnya mereka hanyalah makhluk yang lemah jua.


Wallahualam.

Wednesday, September 3, 2008

Kopi Story


Tengah-tengah aku korek hidung semalam sambil minum kopi, aku teringat kawan aku yang sorang nih. He was the one who taught me on how to really menikmati air kopi yang kita minum.


Remember that our tounge ada tunas rasa kan? Tunas rasa ni gunanya untuk mengesan rasa manis, masam, masin dan pahit. Sebelum kita minum kopi kita, kita kena tahu elemen apa yang ada dalam kopi yang kita minum. Macam sesetengah kopi, bila sejuk sendiri (bukan pasal letak ais), dia akan ada rasa masam-masam sikit. This is my favourite kopi lah. Tapi ada yang pahit terus tak hilang. Jadi, kita kena gunakan elemen-elemen ni dalam masa kita minum kopi tu.


Bila kita minum kopi, take sometime to play it with your tounge a bit. Disebabkan tunas rasa untuk manis di hujung lidah, kita kenakan kopi tu di hujung lidah. Nak rasa masam lebih sikit, kita tahan kopi tu di sebelah tepi lidah. Last sekali, nak rasa pahit, tahan pulak di pangkal lidah. (aku pun tak berapa paham apa yang aku tulis sebenarnya.. hehehe).


Disebabkan aku terlalu enjoykan diri aku bila minum kopi, satu cawan kecik pun payah nak habis pasal aku minum sikit-sikit. Pergh... bak kata orang putih "sip by sip".. Tapi, aku tak minum Nescafe macam ni. Kalau minum Nescafe, mesti mau letak susu. Kalau tak aku loya-loya lepas tuh. Cik Lib lak ajar aku minum kopi dengan gula melaka. Kena letak lebih sikit la pasal tak berapa manis letak gula melaka ni. Cuma, lebih sihat katanya.


Hidup ni, macam kopi gak. Pahit-pahit kopi, kalau diletak gula, manis jugak.. hehehe

Friday, August 29, 2008

Jom Balik Soromban!!!


Ramadhan akan datang lagi.. therefore, hamba ingin meminta maaf kepada sekalian sahabat handai sebelum hamba memulakan ibadah berpuasa ni. Semoga kita semua dapat sama-sama menyempurnakan puasa kita tahun ini.


(Nonetheless, reading Lela's blog, tetiba terasa macam nak rasa lak kurma rasa ciku.. syok la deme pose kat tanah Arab..hehehe)


Okay, petang ni I'm going back to Seremban with my wife and kid. Sebelum puasa nih, balik jumpa my parents dulu pasal raya tahun ni, di Kota Bharu. During bulan puasa lak, tak tau lagi boleh balik Seremban ke tak because ada class.


So, to all, Selamat Berpuasa and Selamat Hari Merdeka.

AKU SUDAH LULUS!!


Alhamdulillah, I've got my RFP result yesterday; LULUS!! Hehehehe.. Aku report kat ibu aku, aku report kat bini aku. Aku expect tak lulus pasal memang tak berapa sempat nak study habis masa exam itu hari. Sampai last minute nak masuk exam pun aku masih lagi dok menghafal rumus.


On the way balik umah semalam dari ofis, my wife asked me, "..apasal nak menyusahkan diri buat semua ni? Amik RFP lah, amik Master lah, bulan 12 ni lak, nak sambung CCP lah..". Bini aku ngomel sensorang. Aku senyap jer. Pasal, if I give my respond, panjang lebar sangat.


In my opinion, the safest place for a ship is at its harbour. Memang selamat. Tak amik kira lah orang buat khianat ker, apa ker.. but the safest place for a ship is at its harbour. But it is not build for that. Kapal ni dibina bukan untuk sekadar duduk kat perlabuhan dia jer. Secantik mana pun lah kapal tu. It is built for exploration, untuk berlayar kat laut. You got what I mean? Hehehe.. aku nak tengok sejauh mana aku boleh pergi. In academic, in career wise, in spiritual.. semuanya..


But of course, I will make sure that I will fight in a fight that I can win. Bak kata orang Melayu, ukur baju di badan sendiri. But again, if I know I can win the fight, what the point of fighting, eh? Hehehehe...

Wednesday, July 30, 2008

Ikan Air Keroh Melaka


Kehidupan yang macamne aku nak? What kind of life should I live? Susah betul aku nak jawab sekarang ni pasal aku rasa there are so many things that I want to do. But, sempat ke aku nak buat semua benda tu?


I dont' know about all of you out there, but for the time being these are the questions that keep playing in my mind. Masa belum kawin dulu, memang banyak benda nak buat. Tapi sekarang ni apa benda yang aku nak buat tu, aku tengah shortlisted kan.


Aku jealous dengan si Lela and Bamin sebenarnya. Diorang dah sampai Dubai kerja sana, aku masih di Malaysia ni menangguk ikan di air yang keruh. By the way, nak tangguk ikan, mestilah di air yang keruh. Kalau orang ada ilmu tangkap ikan, dia mesti menangguk di air yang keruh pasal di situlah ikan menari-nari hingga air jadi keruh. Kalau menangguk tempat yang clear jer, memang sah-sah la takder hasil.. walaupun apa yang aku khabarkan ni nampak merapu, tapi sebenarnya ada kena mengena. Hehehe..


Dulu ingat bila abis belajar, nak gi carik kerja kat Brunei. Tapi aku tak buat macam tu pasal aku bagi alasan takder duit. Aku pikir balik, sebenarnya itu alasan no. 5. Alasan no.1 ialah mungkin aku belum ada keberanian nak keluar berdikari di tempat melepasi sempadan keselesaan aku waktu tu. Sekarang ni bila dah ada confident, aku ada faktor lain pulak..tanggungjawab.


Papehal pun memang sekarang nih tengah menangguk ikan di air yang keruh. Tak salah menangguk ikan di air yang keruh pasal itulah caranya menangkap ikan...


Tuesday, July 29, 2008

Kembali Lagi


Aduhai..lamanya yang amat hamba tak mencarut, eh.. mencatat.


So many things have happened recently, therefore, I have so little time to even take a look at my home here. Apa yang berlaku?


1. Proses pemindahan keluarga dari Kuala terengganu ke Kuantan. Lepas puas proses memaki hamun, akhirnya berjaya juga keluargaku ke Kuantan. Tq En Naim BB. Alhamdulillah!!


2. Proses menghabiskan kerja yang tetiba datang sekali lambak. Disebabkan kenaikan harga minyak yang amat drastik, maka terlalu banyak lah orang yang datang meminta bantuan hamba sedangkan diri sendiri pun sukar nak keep up dengan keadaan sekarang. What to do? Kerja kan..


3. Proses penyambungan semula ataupun penaikan taraf pendidikan secara insentif. Setelah berfikir sehabis-habisnya, maka hamba telah membut keputusan untuk sambung balik belajar. La ni tengah sibuk dengan 2 benda. Yang pertama, tengah giat ambik Master (MBA jer..), yang kedua, tengah letih ambik profesional certificate (RFP). Baru lepas amik exam modul 1. Kalau lulus, insya Allah amik modul 2 lak!! Chaiiiyyyookkk!!!


Sekarang ni memang kena betul2 bahagi masa. Untuk famili and untuk diri sendiri. Aku ada 2 tahun lagi untuk membuat kesilapan dalam hidup aku, jadi dalam masa 2 tahun ni, all out brader!!!


Info-info yang lebih berguna akan menyusul setelah ini kerana hamba sudah kembali semakin stabil, mental and physical!!!


Maka dengan itu, bak kata orang Melaka kawin dengan orang Mexico "Adios, lahabau"!! Ahaks...

Thursday, May 29, 2008

Iqra'..


Lately, aku suka layan orang baca Quran bertaranum. Biasanya, aku lagi suka dengar bacaan secara biasa jer. Lebih rileks and smooth. Cuma dalam seminggu ni jer lah aku beralih angin sikit. Kadang-kadang, senyap-senyap aku buat sendiri. Ye lah, asik nyanyi lagu "Sempurna" jer, sekali-sekala, kita ikutlah jalan ulul albab nih. Hehehehe...

Teringat masa belajar Al Quran dulu, kelas yang paling aku malas nak pergi sudah semestinya Taranum. Kalau Hafazan, Qiraat, Sirah, Tajwid memang aku suka. Bukan apa, pasal aku mesti kantoi tak reti nak buat. Aku pun hairan bin ajaib. Kalau lagu lain senang jer aku tangkap. Tapi kalau lagu taranum, berabad nak tangkap skor dia. Aku nampak lah beza dia antara lagu macam Bayyati, Nahwan, Hijaz, Sikah.. tapi beza lenggok dalam tiap lagu tu yang macam aku tak dapat tangkap, macam bila nak Jawwab, bila nak Jawaabul Jawwab.. itu yang buat aku frust tuh.. Aku memang tabik lah kat bebudak Akademi Al Quran (NTV9). Diorang ni siap baca Al Quran dengan ikut Qiraat lagi. Memang dasat. Mana nak ingat lagunya, mana nak ingat riwayatnya..

Anyway, cuma nak ingatkan diri sendiri and sesiapa yang membaca, pesan dari Ustaz aku di sekolah dulu i.e Ustaz Nazri Embong, ".. Al Quran itu dibaca kerana rahmat yang ada padanya, bukan kerana kita mabuk dengan lagu atau sejarah padanya..".

Wednesday, May 28, 2008

Pendidikan Moral (& Etika)




I did mentioned in my last entry that I'll be on leave untill Thursday right? Tapi, apakan daya, hamba terpaksa kembali bekerja hari ini. Nevermind. At least, dah uruskan beberapa perkara.

Itu hari ada bagi talk to a few government servants about financial management. At the end of the session, macam biasa, ada Q&A. Maka bangunlah seorang uncle nih bertanyakan pada aku soalan yang tiada kena mengena dengan financial management. Kalau ikutkan malas nak menjawab pasal cara dia tanya tu memang sah nak uji aku and di luar topik perbincangan. He asked me "..what is the difference between moral & ethic?..". Moral & Etika. Aku senyum and answered his question.

Moral dan etika ini biasanya orang akan kata sama jer, tapi hakikatnya, ia sering berkonflik. Senang cerita, moral ialah "doing the right thing", while etika ialah "doing things right". Jelas? Aku bagi contoh, polis yang tahan orang bawak kereta laju. Bila ditanya, orang tu jawab pasal anak dia sakit di rumah. Now, kalau ikut moral, the right thing to do is to let go the guy. But, kalau ikut etika, dia still kena saman orang tu. Nampak tak? Sebab itu aku kata moral dan etika ni sering ada konflik.

Satu contoh lagik, dalam bidang politik. Tun Mahathir keluar UMNO. Adakah dia tidak bermoral dan tidak beretika? Mungkin bagi dia, selagi dia duduk dalam UMNO, yang pada pandangannya sudah tidak relevan, he is not doing the right thing, dalam ertikata lain, tidak bermoral. Tapi adakah dengan keluar dari UMNO dia "doing things right" (beretika)? Nampak tak?

Dalam pengurusan kewangan, orang yang beretika akan berbelanja ikut kemampuan dia sampai nak bersedekah pun berkira, tapi kalau orang tu bermoral, dia akan cuba gak bagi sikit kat orang yang mintak sedekah.

My point, sebenarnya dalam hidup, kita kena ikut jalan tengah-tengah moral dan etika. Jangan terlalu rigid, tetapi jangan juga terlalu soft. Bak kata orang tua dalam kes moral dan etika ni, "..buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..".


Monday, May 26, 2008

Another Snake Story


Actually, I'm on leave until next Thursday. Ada hal sikit di Kuala Terengganu. Banyak benda nak settle. Bulan ni memang banyak betul benda berlaku. Sampai naik tensen aku. Tensen..

Antaranya, itu hari, aku baru jer sampai umah di KT. Aku pun pergilah toilet nak water my dragon. Rupa-rupanya memang ada dragon.. dalam itu toilet bowl!! Terkejut beruk aku. Mana tidaknya.. tengah syok-syok buang sisa toksid, terjojol keluar kepala dengan lidah terjelir-jelir. Aku memang kalau haiwan reptilia nih aku lemah lutut sikit. But since my wife mengandung, malas buat dia terkejut. Aku buat apa yang aku tau (btw, hamba beristinjak dulu ek..), traditionally, confirm memang snake. Ye lah, takut benda lain lak kan.. Aku tutup toilet, tutup pintu, and suruh isteri aku guna toilet lain. Dia tanya apasal, aku diam jer..

Besok, pagi-pagi aku sudah operasi. Aku masak air 3 kendi. Bini aku tanya naper? Aku cakap sebenarnya malam tadi ada snake in the toilet bowl. Bini aku pun dah ketar. Kalau aku bagitau malam tadi entah macamner agaknyer.. Aku bukak toilet, nampak dia still ada situ. Aku bukak sikit toilet bowl tu, aku jirus air panas. Macam-macam bunyi pulak aku dengar. 2,3 kali siram aku check dah takder. Aku tabur garam, pun senyap jer.. Aku pun berkawal kat tepi toilet takut keluar lak haiwan tu. Bila confirm semua ok, aku pun testing toilet tu. Terkawal!! Hehehehe..

Itulah cerita ketiga aku pasal snake.. apasal? Aku pun tak tau..



Friday, May 23, 2008

Teori Pengembaraan Masa


Aku ada satu teori gila sebenarnya. Teori kenapa ada manusia yang boleh berjalan menembusi masa sedangkan dia bukan mutan. Hehehehe... macam takder benda lain nak pikirkan? Tak tau lah korang boleh terima atau tidak. Aku tulis idea aku nih dalam "Buku Kecil" aku. So, aku nak share dengan korang buah pandangan aku.

Hipotesis 1:

Masa merupakan makhluk Allah berdasarkan pemahaman yang Al Khalid (pencipta) akan bersumpah atas nama makhluknya dan makhluk akan bersumpah atas nama Penciptanya (Allah). Di dalam surah Al 'Asr Allah bersumpah di atas nama masa. Oleh itu masa juga adalah makhluk walaupun tidak berjasad.

Hipotesis 2:

Berasaskan fakta bahawa manusia itu diciptakan Allah sebagai Khalifah di muka bumi, dengan izin Allah, manusia boleh memerintah apa sahaja makhluk di muka bumi ini sebagai Khalifah di muka bumi.

Kesimpulan:

Sebagai Khalifah di muka bumi manusia boleh memerintah apa sahaja makhluk yang ada termasuk ruang dan masa. Apabila ini terjadi, maka perjalanan menembusi masa dan ruang boleh berlaku. Namun, beberapa syarat harus dilaksanakan seperti kejernihan batin, yakni manusia haruslah mensucikan keadaan jasmani dan rohani, 100% pengabdian kepada Allah.

Hehehe.. panjang lagi huraian dia sebenarnya, tapi malas nak taip..gambar kat atas tu, aku amik dari Buku Kecil aku.. antara isi kandungan.. siap dengan ilustrasi lagi..


Thursday, May 22, 2008

Kenapa?

Napelah komen aku tak pernah kuar kat blog Che Det? Argghh...

Kawan Dunia Akhirat..


Malam tadi, nothing much to do. Lepas ajar housemate tu main gitar, I don't know what else to do. Amik buku Buya Hamka, hmmm.. no mood to read. Lansung hamba pun masuk bilik, baring-baring. Tetiba terfikir yang dalam banyak-banyak benda di dunia ni, antara yang aku belum ada lagi ialah seorang kawan baik. Of course I have a wife to resort that. Tapi, aku memang takder kawan baik yang boleh dipertimbangkan sebagai kawan dunia akhirat.



Kenapa ek? Kalau nak dikirakan, aku banyak gak kawan. Merata dalam Malaysia nih, since aku dok merayap sana sini. Bukannya aku tak pandai berkawan, in fact aku berani jamin yang if you are around me, walaupun baru pertama kali jumpa, aku akan buat korang macam dah lama kawan. But still.. Wife aku toksah kira lah. Kawan baik dia dari sekolah rendah pun still contact dia lagi.



Last-last aku buat kesimpulan yang semuanya pasal aku. Aku sendiri bukanlah seorang kawan yang baik. Aku ni jenis take for granted seorang sahabat. Aku malas nak contact kawan-kawan, walaupun dalam hati aku selalu ingat kat diorang. Aku cuma akan contact diorang bila aku nak jer, macam bukan jadi tanggungjawab aku untuk jaga persahabatan tu. Tapi, ini perangai sejak kecik lagi nih. Macamner nak ubah ek? Kalau ada kawan-kawan yang kenal HambaMaya, mintak maaflah. Aku takder reason nak bagi kenapa aku tak contact korang. But, I always appreciate our friendship..



Fikir sekali lagi, ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang aku masih tak buat lagi since aku masih belum ada sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan para sahabat r.a.



Sekali, aku yang kena pacak... hehehehe..




Wednesday, May 21, 2008

Berambus!!


I've came across an entry in a blog recently. And it sure make me feel quite insulted with the blogger's idea. The entry is actually based on a writing by somebody, yang mempersoalkan tentang adakah Melayu itu satu bangsa?


Dia menyatakan tidak ada satu bukti yang menyatakan bahawa Melayu itu satu bangsa sendiri. Maksudnya terhasil dari campuran bangsa-bangsa lain, tidak seperti bangsa Arab, bangsa Cina dan bangsa India. Tegasnya, yang dikatakan bangsa Melayu ini ialah campuran bangsa lain seperti Jawa, Banjar, Bauyan, Minang, Bugis dan lain-lain yang disebut sebagai perantauan nusantara. Di Tanah Melayu sendiri, mungkin ada juga percampuran dengan kaum Siam untuk bahagian utara dan timur.


Now, aku bukan emo or else. Tak kira betapa aku rasa tersinggung pun, itu pemahaman dia. Memang betul apa dia cakap, Melayu ini banyak campuran. Melayu ni ada banyak pecahannya. Macam bangsa Cina, ada Hakka, ada Tionghua, ada Han, sama la orang Melayu. Cuma, orang Cina ni sudah berjaya disatukan menjadi satu bangsa oleh Maharaja mereka, Shin Huang Ti. Di nusantara sendiri ada banyak percubaan menyatukan bangsa, contohnya bila Srivijaya cuba menyerang Tanah Melayu, Majapahit mengalahkan Srivijaya dan macam-macam lagi cuma tak berjaya. Yang menjadi cuma bila Indonesia ditubuhkan maka tiada lagi orang Jawa, orang Makasar, yang ada cuma bangsa Indonesia. Mereka sendiri lebih gemar untuk refer diri diorang as orang Indonesia. Tapi mudah di sana kerana adat dan bahasanya lebih kurang.


Maksud bangsa itu sendiri ialah satu kumpulan yang mempunyai bahasa, adat, agama dan cara hidup sendiri. Tapi kena ingat dan kena tahu yang takrif Melayu itu ada dua. Satu dari segi etnik, dan satu dari segi perlembagaan. Dari segi perlembagaan, itu definisi setempat. Tapi dari segi etnik, itulah definisi global.


Aku tak taulah apa rasional dia mempersoalkan bangsa ni. Kadang-kadang terfikir gak.. kenapalah datuk nenek moyang aku baik sangat bagi orang lain tinggal kat Tanah Melayu ni dulu..kalau aku jadi Sultan dulu-dulu, "..korang semua dah abis meniaga belum kat port aku nih? kalau dah habis, berambus!! Bawak sekali dengan anak cucu korang. Kalau ada tinggal tahik korang pun aku suruh bawak balik!!..".


Sekali teremosi lak.. ahaks..

Friday, May 16, 2008

Suspen jer..

I can't resist to write this down. Tadi masa lunch guess what happen? Hehehehe...

Macam biasa, kalau hari Jumaat, sebelum gi sembahyang, aku mesti sebat ikan patin masak tempoyak kat kedai favourite aku nun. Masa makan tu tiba-tiba aku dengar ada orang menjerit "..ular!! ular!!..". Sekali pompuan yang duduk sebelah aku tu melompat kat belakang aku. Terkejut gak, tapi macam biasa mesti maintain cool. Aku tengok ular tu besar gak. Orang lain semua dah bergerak dari tempat diorang, tapi aku still duduk kat tempat aku tu pasal aku sedang mengunyah ikan patin masak tempoyak. Malas nak bangun walaupun lutut rasa longgar jer. Sekali ada brader kedai tu hambat ular tu. Melawan!! Zaasss!! Aku tengok ular tu dah putus dua. Terus hilang selera aku nak telan ikan patin masak tempoyak..
Kesimpulannya, aku rugi pasal tak habis makan ikan patin masak tempoyak yang berharga RM9.00 seketul.
Itu jer.. ahaks..

Kg Sri 360

video

Ini Kg Sri 360

Kampung aman damai

Tempat sejahtera

Tempat kita borak, tempat kita lepak

Tempat main-main

Buat hilang penat

Orang kampung semuanya hebat

Cuma ada yang tak betul otak

Jangan buat kacau dalam kampung

Nanti kita pancung

Ini Kampung Sri 360

Kampung aman damai

Tempat sejahtera

~hambamaya, kg sri 360, youtube~

Aisehhhh...

72%How Addicted to Blogging Are You?

OnePlusYou Quizzes and Widgets

Thursday, May 15, 2008

Orang Kampung Hebat!!


Hamba tabik betul dekat orang Kampung Sri 360 nih. Memang dasat la korang. Siap buat Balairaya lagi. Pergh... walaupun hamba tukang tengok jer, tapi tumpang bangga gak dengan usaha yang dibuat oleh anak-anak kampung di bawah pimpinan Tok Ketua nih. Bukan semua pun orang Kampung Sri 360 nih hamba kenal, bahkan ramai yang hamba tak pernah jumpa pun. Tapi bila buat Balairaya, barulah nampak sesapa orangnya. Maklumlah, kita asik duduk umah jer. Hehehehe..


Anyway, hamba nak ambik kesempatan nih untuk mengucapkan tahniah atas usaha ini. Kepada anak-anak kampung yang terlibat tu, keep up the good work. Ada mesyuarat ker, panggillah, ada masa hamba datang jenguk. Insya Allah. Bloggers United!!

Embek and Aum..


Rasanya semua orang sibuk hari ni. Maklumlah besok dah Jumaat, dah nak abis minggu ni. So, kenalah siapkan mana-mana kerja yang tak siap lagi tu. Tapi bagus gak sibuk-sibuk nih. Bila sibuk, tandanya kita ada pekerjaan.


Malam tadi borak dengan kawan, pasal hal-hal dunia ni. Antara topiknya ialah "..masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum..". Aku ada pemahaman lain pasal pepatah ni. Let me explain:


Masuk kandang kambing, mengembek:

Bila masuk tempat orang, memang la kena ikut cara diorang. Kita kalau masuk kandang kambing pun, kalau tiba-tiba menjerit, memang kelam kabut la kambing tu lari. Tapi lepas tu, dia releks balik. Hehehehe.. Tak salah kalau sekali sekala, kita ajar kambing-kambing tu bercakap. Kambing tu boleh ikut atau tidak, takper. Yang penting kita dah usaha memajukan kambing tu. Kalau seorang guru baru, masuk ke sekolah yang kaedah ajarannya lama dan tidak berkesan, kenapa nak teruskan kaedah tu? Kenapa tak cuba buat perubahan?


Masuk kandang harimau, mengaum:

Mana ada orang berani masuk kandang harimau, ye tak? Kecuali penjaga bagi makan dia jer. Itu pun pasal kena bayar gaji. Hehehe.. tapi maksudnya di sini, kalau kena 'auuummmm" dengan harimau, kita kena 'auuuummmm' balik. Tapi bukan "auuuummmm' yang biasa jer, kena lagi kuat dari harimau tu. Barulah dia tau siapa yang kuat. Kita kalau asik kena tekan dengan boss kita, kenalah lawan balik. Tapi bukan lah dengan cara kita melawan cakap boss kita, tapi dengan cara kita kerja kuat dan cari idea yang lebih baik untuk buktikan yang kita ni ada capability.


Ini cuma POV aku jer. Korang boleh bersetuju atau tidak. Kesimpulannya, tak boleh la nak terus-terus selesa dengan keadaan sekitar kita. Kalau kita rasa boleh buat perubahan yang elok untuk orang ramai dan diri sendiri, tak salah mencuba. Tapi, biarlah berpada-pada. Jangan sampai kena pacak sudah..

Tuesday, May 13, 2008

Salam Hari Lahir


Dah baca blog Si Gee baru tau hari ini besday Kak Momok kita.


To Kak Momok, who is one of my earliest friends in the virtual world (actually, she's the first).. Happy Birthday and may Allah bless you with His nikmat and guidance.


Monday, May 12, 2008

Mari Bercinta..


Aku start belajar bercinta nih masa aku darjah enam lagi. Time tu kan zaman rock kapak. Semua lagu mesti pasal cinta punya. Dah orang lain pun bercinta, aku pun nak gak ada awek. Hehehehe.. Tak sampai setahun, istana pasirku dihancur air pasang... chewahh. Masuk sekolah asrama, dah jadi zaman rap pulak. Tapi masih lagi zaman bercinta. Banyak gak kawan perempuan time nih. Aku adalah jugak kawan pompuan. Hehehehe.. tapi akhirnya sejarah menjadi dongeng sahaja.


Seronok cinta monyet nih. Sepanjang pengembaraan aku mencari cinta nih, seingat aku, aku pernah direject sebanyak 2 kali. Bukan pasal aku tak cukup bagus, tapi aku terlalu baik. Biasalah, ayat standard nak reject orang. Hehehehe.. Awek first yang reject aku, aku panggil dia awek payung. Asalnya best friend aku. Study sama-sama. Meniru sama-sama. One day aku hadiahkan dia jam. Dia pun terus call aku. Dia kata, kalau bagi ikhlas sebagai kawan, dia terima, tapi kalau sebagai lebih dari itu, dia terpaksa reject. Hehehe.. but lepas tu hubungan aku dengan dia still ok. In fact, masa konvokesyen, aku duduk sebelah dia. Dia ada tanya aku, macamner aku berani sangat nak approach, aku cakap, aku bukan manusia biasa. Hehehehe..


Awek second yang reject aku, namanya lebih kurang sama dengan awek payung. Tapi dia punya reason aku tak boleh terima. Memang dia tak suka kat aku kot. Dia kata, ada 2 orang awek tengah tunggu aku. So dia tak nak potong line. Aiik? Taulah aku tak hensem tapi janganlah bagitau ada 2 orang awek tengah tunggu aku untuk reject aku. Hehehehe..


Papehal pun, bagi aku, bercinta ni bagus untuk kembangkan otak. Bukan mainan perasaan jer tapi sebagai garam dan gula dalam hidup yang sungguh pedas ini.


Tuduh Menuduh


It has been reported that Raja Petra i.e Malaysia own "Blog King" has agreed to to be bailed kerana dia berasa tidak selamat berada di dalam penjara. Sebaik sahaja dia mengeluarkan that kind of statement, maka berkatalah seorang menteri menyatakan Raja Petra is a liar and asked him to stop acting.


Hmmm.. cerita di atas mengingatkan aku kepada satu kata-kata "..adalah amat memalukan jika anda dituduh sebagai seorang penipu. Tetapi adalah lebih memalukan andai anda dituduh seorang penipu oleh seorang ahli politik..". You know what i mean? Of course you know!! Ahaks..

Sunday, May 11, 2008

Lari dan Kahwin..



Kes-kes budak pompuan kena bawak kahwin lari ni, mengingatkan aku masa zaman sekolah dulu.


Dulu aku belajar di sekolah berasrama. Nak dijadikan cerita, kebetulan hari minggu tu ada Pertandingan Catur Peringkat Negeri dekat dewan sekolah aku. Since I've got nothing to do, aku pun pergilah ke dewan sekolah aku dengan harapan nak tengok awek-awek chess ni. Tengah-tengah syok aku cuci mata, tetiba datang kawan aku berlari cari aku. Dia kata ustaz WAK cari aku. Dia suruh aku pakai baju Melayu and ikut dia. Aku balik hostel, tukar baju and gi umah dia kat kuarters guru dengan kawan aku. Sampai umah dia, ustaz kata kita nak kena gi kenduri baca doa. Aku ikut jer. Bab makan free ni memang tak tolak, beb.


Sampai ke destinasi, aku tengok takder rupa macam ada kenduri pun. Rumah tertutup, orang macam takder. Ustaz suruh aku diam. Kitorang masuk umah, tengok dah ada orang tunggu. Kitorang duduk, ustaz start dia punya zikir. Abis doa, kitorang makan. Masa makan, aku tengok ustaz masuk dapur, bagi air doa and cakap something kat tuan umah.


Masa balik, dalam kereta aku tanya ustaz apahal. Dia kata, inilah akibat bila kahwin tak ikut restu mak bapak. Lari luar negara. Dah ada anak, suami cerai tapi nak anak tu. That girl lari balik Malaysia and bawak anak sekali tapi husband dok tengah cari-carik siap upah Mafia lagi. Time tu aku mana nak faham sangat. Aku angguk jer lah.


For all of u out there, tepuk dada, tanya la selera. Nanti dah kena.., gua cuma boleh cakap, sekali dah kena pacak daaa..


Friday, May 9, 2008

Serah Diri..





"..Jap, macammana berserah bulat-bulat sedangkan kita dikurniakan akal dan kudrat untuk berusaha? Allah turunkan perantara Nya. Ada dimana-mana, kita yang perlu berusaha mendapatkannya. Kalau doa sajork, dan berserah sajork bulat-bulat... Allah tolong juga ke? Ya, Allah maha pengasih, penyanyang dan pemurah. Tapi... Lihat balik kisah tadi... akal ada kudrat ada... berenanglah... perantara rezeki, Allah dah sampai kan. Sighh..." - Kakak Tiri



Tertarik dengan komen Kakak Tiri. Agreed, but i need to state something. Ramai orang yang salah faham pengertian penyerahan bulat-bulat nih. Satu riwayat menyatakan; berkenaan tawakal atau penyerahan; Rasulullah s.a.w pernah berpesan "..tambat dahulu untamu kemudian bertawakkallah kepada Allah.." (au ka ma qal). Di sini ada unsur usaha. Kemudian kisah Umar r.a yang berpatah balik dari memasuki sebuah negara yang berwabak dengan katanya "..aku lari dari qada' Allah dan pergi ke qada' Nya yang lain..". Sekali lagi, ada unsur usaha.


Penyerahan bulat-bulat ni hanya boleh berlaku ke atas orang yang telah dibukakan ma'rifat oleh Allah Taala tentang hakikat-Nya, itulah tahap iman Muqarrabin, seperti yang ada pada para nabi dan waliNya. Kalau setakat kita nih, yang masih bergantung hidup pada makhluk, toksahlah. Selagi kita rasa kena kerja, ada tanggungan yang perlu dijaga, bahkan walau ada sekelumit inginkan dunia (nak gembira, nak duduk, nak makan, nak berteduh, nak orang pandang kita).. belum lagilah tu.. Jadi, gunakan akal. Sedangkan orang yang dah terbukti imannya pun (Saidina Umar r.a) masih lagi ada usaha dalam menghadapi qada' dan qadar Allah, apa lagi kita.


Nak petik kata-kata idola aku i.e Dr. Burhanuddin Helmy "..hampir dan kerjakanlah apa-apa yang disuruh Allah.. Hadaplah dunia ini dengan penuh rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat..". Ana la arif wa la ahsan. Wallahu a'lam.



RED


Aku suka warna merah. Baju t-shirt aku memang kebanyakannya warna merah. Isteri aku pun dah naik semak tengok semua t-shirt aku warna merah. Dia tanya aku apa pasal suka warna merah? Merah ni melambangkan madness, kegilaan, insanity, dramatic.. dia kata. Tapi aku tambah, jgn lupa, passion, love, braveness.. hehehehe.. aku suka semua jenis merah, but not merah jambu i.e pink. Too soft for me. Baju kerja ada warna pink.


Actually, dulu tak suka warna merah. Aku suka warna biru, hitam and purple. Tapi, minat aku pada 3 warna ni makin lama makin pudar. Aku jadi suka dekat warna kuning dulu.. ntah bila pulak aku tak perasan, almari baju aku, barang-barang aku, banyak pulak warna merah. Now, I'm stuck with red. Aku tak suka warna hijau. Tapi isteri aku suka warna hijau. Aku paling tak suka warna hijau. Tapi bini aku paling suka warna hijau. Ada sekali tu kitorang boleh gaduh pasal warna langsir. Dia nak letak warna hijau kat sliding door, aku kata tak mau. Last-last aku kata suka hatilah. Nak amik hati aku agaknya, dia pun letak la langsir warna merah dalam bilik tidur. Hehehehe... ngarut-ngarut masa mula kawin dulu.


I'm also a sucker for a girl in red dress. Aduhhhh.. kadang-kadang boleh terpandang 2, 3 kali.. especially if her dress compliment her white milky skin..


Well, that's me with red..


credit ~ picture above from http://sugarfrostedgoodness.blogspot.com

Thursday, May 8, 2008

Bila...


What should this entry be about? Hmmm.. malam ni sakit sikit kepala.. jap kang amik panadol pastu nak tido terus..

Aku ni mungkin banyak sangat fikir. Kadang-kadang benda yang difikir tu ada faedahnya.. kadang-kadang takder. Sometimes bila teringat satu rumus yang aku belajar dulu, aku cuba fikir -fikir guna dia dalam hidup. Sampai sekarang aku tak tau apa guna janjang aritmetik dalam hidup aku. Hehehehe.. dulu masa belajar, antara soalan yang famous untuk topik janjang ni ialah ukuran buat pagar rumah Pak Ali ke, Pak Abu ker.. bila aku tanya orang buat pagar, dia kata tak pakai pun janjang nih. Tapi kalau nak lintas jalan, aku akan pakai hukum vektor dan jarak. Sebab tu aku memang power bab lintas jalan nih.. Hehehe...

Bila ada lalat, aku malas nak bunuh dia walau pun isteri aku bising suruh amik pemukul lalat.. kalau seekor, aku biar jer.. tapi kalau banyak-banyak, aku pun tak tahan.. bukan apa.. nyawa lalat ni kan satu hari jer.. jadi biarlah dia menikmati dunia ni sekejap..

Bila aku sedut nafas, aku selalu bayangkan macamne partikel-partikel udara tu masuk lubang hidung aku, terus masuk paru-paru, kuar balik, dibawak darah sampai ke otak & jantung.. macamne syaitan boleh jadikan pembuluh darah manusia ni laluan dia ek? dia berenang dalam darah kita ker atau dia ada kapal khas belayar dalam pembuluh darah kita nih?

Bila aku dah mengantuk and pening kepala memang aku cakap melalut. Isteri aku pun tak suka cakap dengan aku bila aku mengantuk Jadi sebelum melalut lagi teruk, aku tamatkan karut ini. Sweet dream y'all..




BAYANGKAN...



Albert Einstein said that "Imagination is more important than knowledge", and I believe that we often hear that people saying that "Knowledge is power". Is this mean that imagination is very powerful? Bila fikir balik, aku rasa jawapannya "..ya..".


Teringat dulu masa mula-mula belajar basic main gendang silat dengan Tuan Guru Hj Anuar Abd Wahab, beliau bercerita orang tua-tua dulu takde asas muzik pun. Tak tau pun baca taugeh-taugeh hitam and putih ni. Diorang nak cipta satu lagu yang boleh memberi semangat. Mula-mula diorang ketuk-ketuk je gendang. Tapi takleh main terus ketuk. Mesti ada intro dia. Bila dah ada into, nak kasi sedap bila silat ditari, diselitkan pula beat-beat yang lain. Disulam pulak dengan alunan serunai. Diisi pula ruang dengan gong. Semua ini berdasarkan imaginasi mereka.


Bagi aku, orang Melayu kita ni memang dah lama berimaginasi. Memang hebat imaginasi mereka. Kalau tak percaya, tengok saja ciptaan wau. Mereka tengok burung. Mereka tengok daun yang diterbang angin. Lalu mereka cipta satu permainan. Siapa sangka ciptaan dari buluh, lidi dan kain mampu terbang tinggi di langit?


Cuma masalah orang Melayu ialah mereka cukup berpuas hati dengan imaginasi mereka setakat yang mereka ingin pada waktu itu. Agaknya, kalau orang Melayu tak berhenti berimaginasi, dari sebuah wau, agaknya orang Melayulah yang akan menjadi pencipta kapal terbang pertama. Siapa tau? Hehehehe...


Sekarang ni, memang orang Melayu banyak berimaginasi. But a worthless imagination, as a result from over dose of ecstasy, alcohol and sex.. Hehehehehe...

Wednesday, May 7, 2008

STADIUM TERENGGANU


Kawan tadi ada call yang Stadium Negeri Terengganu akan dirasmikan secara besar-besaran oleh Sultan Mizan, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Lepas tu nanti ada pulak persembahan dari Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. Yang best lagi 40,000 orang terawal yang hadir akan mendapat cenderamata. Akan diadakan pertunjukan bunga api. Hmm..

Teringat zaman masa terlibat dalam pembinaan stadium tu.. berapa kali kena revise kos pembinaan dia. Ada yang cost over-run, ada yang tetiba kerajaan negeri nak tambah itu ini.. Yang hairannya masa buat pelan mula-mula takder hal pulak nak citer. Papehal pun, dah nak siap pun stadium tu. Setiap kali lalu Gong Badak, mesti tengok kemajuan stadium tu. Aku rasa, boleh kalah Stadium Abd Jalil. Walaupun aku bukan orang Terengganu, tapi bangga jugak dapat bagi sumbangan yang kecik sekalipun. Hehehehe..

Gambar kat atas tu masa buat site visit. Aku yang mana? Mestilah yang tengah.. amik gambar tu.. ahaks.. sekali kena pacak daaa..



Tuesday, May 6, 2008

Hikayat Si Bedul - Sebuah kisah luka..


Disebut rakyat marhain tentang Si Bedul yang lurus bendul diangkat orang menjadi ketua di sebuah negara yang asalnya aman damai. Dilantik pula olehnya Si Bedul rakan-rakannya yang sama-sama lurus bendul agar senang dibawa bicara. Tak dilupa seorang anak angkatnya yang hitam legam, rambut penuh berminyak, yang diambil dari entah lubang mana. Maka memerintahlah Si Bedul bersama rakan-rakannya dan anak angkatnya itu, bak kata orang, beraja di mata bersultan di hati. Menggelenglah kepala setiap rakyat yang pernah mengangkat Si Bedul dahulu. Mengeleng juga kepala Si Hidung, bekas ketua negara yang dulunya aman damai.

Satu hari, berlakulah sedikit peralihan kuasa. Maka ramailah rakan-rakan Si Bedul ditolak rakyat walaupun Si Bedul masih lagi memerintah dengan anak angkatnya yang hitam legam dan rambut penuh berminyak itu. Namun keadaan makin lama makin teruk di negara yang asalnya aman damai itu. Rakyat berkata anak angkatnya itu, yang hitam legam dan rambut penuh berminyak itulah punca negara jadi kucar kacir.

Arakian setelah itu naik pula harga kurma dan buah pisang yang menjadi makanan ruji negara itu, sedangkan negara itu memang terkenal dengan ladang kurmanya yang luas dan kebun pisang yang sejauh mata memandang. Dinafikan pula rakan Si Bedul yang menjaga hal ehwal kurma dan pisang ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh hal ini. Menggeleng lagi kepala rakyat.

Si Hidung sudah beberapa kali berpesan kepada Si Bedul agar berundur, tapi dalih Si Bedul masih banyak lagi barang yang belum naik harga lagi yang perlu dinaikkan harga lagi. Ini semua untuk kepentingan rakyat.

Dan menggeleng lagilah kepala rakyat.

Hambamaya - Sampai bila nak geleng kepala?



Kita Gagal..


Al kisah disebut orang, seorang hamba Allah pergi belayar. Maka diqadarkan dia terjatuh ke dalam laut. Maka bermohonlah dia ke hadrat Allah bantuan-Nya. Lalu sampailah sebuah perahu. Dihulurkan tangan oleh tuan perahu, tapi tidak disambut kerna katanya hanya menanti Allah sebagai penyelamat. Berlalulah perahu tersebut sebelum sampai sebuah kapal yang lebih besar. Sekali lagi, bantuan ditolak atas alasan yang sama. Maka matilah hamba Allah tersebut kelemasan.


I don't know samada korang semua pernah dengar atau tidak cerita di atas. But this was told but my ustaz di sekolah dulu. Ustaz aku berkata, inilah contoh orang yang tidak mengharapkan pertolongan sesiapa melainkan Allah Taala.


Well, that was his opinion. But for me, hamba Allah tersebut telah gagal mengenalpasti pertolongan yang diberikan oleh Allah. Secara tidak langsung, sebenarnya, Allah Taala telah menyampaikan pertolongannya dan menyahut doanya melalui perahu dan kapal tadi. Bukan semua orang boleh menjadi seperti Nabi Ibrahim yang apabila dibakar oleh musuhnya, baginda masih tenang. Sehingga apabila Jibrail datang menghulurkan bantuan, maka kata Nabi Ibrahim "Cukuplah Allah sebagai pembelaku". Berbeza dengan hamba Allah yang diceritakan tadi, Nabi Ibrahim hanya menyerahkan nasibnya kepada Allah kerana baginya, Allah lebih mengetahui. Itupun kerana tahap imannya sudah sampai ke tahap muqarrabin.


Kalau dikaitkan dengan sekitar kita, ramai sangat yang gagal mengenalpasti bantuan Allah sehingga kita tidak mensyukuri kebaikan yang ada pada kita. Ada ramai juga yanag gagal mengenalpasti bencana atau ujian yang dikenakan ke atas mereka. Dalam kes Sufiah contohnya, dia gagal untuk mencapai bantuan yang dihulurkan kerana ego dan dendamnya. Dalam hal politik, UMNO gagal memanfaatkan peluang bila PAS ingin berbincang tentang masa depan orang Melayu. Dalam hidup kita sendiri, kita gagal untuk berusaha meningkatkan mutu kerja kita sedangkan kita berdoa untuk kaya.


Nonetheless, aku harap sesiapa yang ada masalah jangan pernah putus asa memohon bantuan Allah. Dan aku juga berharap, sesiapa yang didatangi nikmat Allah, janganlah terlupa untuk terus bersyukur kepada-Nya.


Monday, May 5, 2008

Penyelesaian Style Kampung..


Yesterday, Datuk Rais Yatim of the Foreign Ministry has shouted that he wanted to propose something to protect women from being the target of drug mules. In his proposal, women planning to travel oversee alone will have to get consent first from their families.


Well, well.. suddenly you heard something like this from Datuk Rais Yatim. Bagi aku, benda ni lama dah.. pompuan kalau nak keluar sensorang, kenalah bagitau famili ke, bagitau kengkawan ker. Tapi, tak perlulah sampai kena isi borang consent pulak. Bagi aku, apa yang penting, education, and bukan sahaja kat orang pompuan tapi semua orang. You have to educate them on this kind of syndicate. Pergi ke sekolah-sekolah, bagi talk kat kolej-kolej dan universiti. Buat awareness campaign. Barulah nampak profesional. Bukannya dengan cara bagi solution macam orang kampung. Sikit-sikit, kita halang. Nanti, terus orang Malaysia jadi takut nak ke luar negara.


Although apa yang disarankan oleh Datuk Rais Yatim tu memang ada baiknya, dan aku yakin orang pompuan akan terlindung dari gejala-gejala drug mules ni, tapi macam aku cakap, solution itu terlalu kekampungan. Diharapkan, kepada tok-tok menteri kita yang lain, sebelum buat apa-apa proposal, you all better discuss dulu dengan beberapa kementerian yang berkaitan. Macam dalam hal ni, mungkin Datuk Rais Yatim boleh bincang dulu dengan Kementerian Pembangunan Wanita.


Ahaks.. sekali kena pacak daaa...

Jadi Kakak..


Er, I think I want to share this with all of my friends out there. Actually, semalam baru dapat tau nih. My wife and I are expecting our 2nd baby!! My wife mengadu asik mual-mual. Dia pun dengan nada berlawak cakap dia pregnant. Aku pun tak expect pun. Cuma tergerak nak beli kit pregnancy test tu lepas breakfast dengan bini aku. Kitorang buat sambil gelak-gelak jer. Tup..tup, 2 line. Terkedu gak. Tang tu jugak aku bawak isteri tercinta ke klinik. And confirm!! She's pregnant for 6 weeks already.

Anyway, alhamdulillah. Doakan bakal baby kami and kitorang semua selamat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Its look like Ariesya Sofea is going to be a sister.. Hehehehehe

LAGU AKU

Loading...

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!