I bet all of you have heard the phrase "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Frasa ni merupakan antara peribahasa Melayu yang glamer, seglamer Mem Aluya kita di Dubai. Hehehehe...
Kenapa agaknya tok nenek kita menggunakan harimau sebagai perbandingan, tapi tak guna kambing ker, lembu ker, ayam ker? Kalau lembu, lagi banyak dia tinggalkan ek, macam tanduk, kulit, daging, ..sampai taik dia pun boleh guna lagi. Hehehehe.. Macam biasa, tok nenek kita yang bijak pandai memang sengaja menggunakan harimau pasal zaman dulu, harimau ni dianggap haiwan yang tak berguna. Amat bahaya, selalu menimbulkan ketakutan bila ada, lembu, kambing dan lain-lain haiwan ternakan memang akan jadi mangsa kalau dia ada. Pendek kata, haiwan bermasalah la nih.. Tapi, walaupun rating dia tahap tu, bila dia mati masih meninggalkan something yang berguna. Bahkan, mahal pulak tu. Belang dia lah.. waktu tu, sesiapa yang pakai belang harimau ni, memang dasat dah, walaupun setakat buat wrist band jer.. hehehehe..
Tapi, manusia, kalau mati, habuk pun tak boleh pakai. Jadi bangkai membusuk. Kecuali pengamal ilmu hitam lah kot nak guna tengkorak.. hehehehe... itupun dapat free curik kubur. Apa yang boleh kita tinggalkan bila mati? Nama kitalah, samada nama yang baik atau buruk.. Macamner nak tinggalkan nama yang baik? Buatlah benda baik.. apa susah.. hehehe..
Jadi, salah satu perkara baik, tak payah la kita berdengki sesama kita. Tak kisah lah kita ni Melayu ker, Cina ker, India ker.. sendiri nak hidup, sendiri la tingkatkan daya saing.. bab dengki-dengki nih, bukan orang Melayu jer, Cina pun ada dengki, India pun ada dengki.. cuma diorang tak bising2, atau kita orang Melayu yang tak paham bila dia bising2.. Papehal, kawan sendiri, mesti kita back-up kan, betul? Heheheehe.. mestilah betul.. Hidup kawan sendiri!!!
12 comments:
kalau nak backing kengkawan pun kita kena kaji betul2 dulu kalau dah memang sah kawan kita tu tak salah.. barulah kita mati-matian (sanggup mati tu.. :D) nak backing dia.. dah memang kawan kita tu betul.. kenalah kita backing..
tapi kalau kita dah kaji tgk2 kawan kita yg salah.. adalah lebih baik kita pulak mati-matian nasihatkan kawan kita..
ye lah.. kawan kita kan? tentulah kita tamo dia ikut luncai yg terjun ngan labu2nya tu.. sian..
tak gitu HM?
haa..gitu lah kawan.. mana yang baik, kita suruh dia buat, mana yang tak elok tu, kita agak-agak lah nak buat apa.. hehehe
ya.. betul tu.. aku setuju..
semua bangsa pun ada dengki mengki ni...
ni bukan nak racist tau..aku rasa org cina ngan india punya dengki lagi dasat tau..
kucing mati meninggalkan kasih sayang hingga terkesan...
cina dgn india, kalau dengki sampai bunuh-membunuh..
ermmm...saya yang ada darah kacukan ni camne yer?
har har har...releven ke soklan tu.
Ermm, yang penting jasad kita memang tak dapat meninggalkan apa2 tapi, sumbangan dan jasa kita bakal menjadi ingatan untuk waris yang ditinggalkan.
well, that's the point actually.. kita lain bangsa, tapi still we are called manusia... hehehe..
harimau mati meninggalkan belang. manusia mati meninggalkan???
manusia mati meninggal dunia la.. hohoohoho..
sorry tuan HM. saja gurau2. sangat tensi here and there and everywhere ;)
tensi tu lah adat dunia.. tak tensi, maksudnya tak hidup..
manusia mati tinggal ilmu yg akan di ajar spanjang hayat..
ha sapa nak belajar ilmu mgoda sila bkunjung ke rumah saya pd mlm jumaat kliwon, bawak ayam percik sekor, pulut kunin brg sekilo dua, muahahhahaa
bahaya ni.. jumaat kliwon lak tuh..
Tak de apa yang glamer dan tak de apa pun untuk di dengki apa lagi untuk di tinggalkan... kecuali seorang suami yang amat penyabar dan yang terbaik buat saya.
Post a Comment