Thursday, December 23, 2010

Jalan Terus..


Setiap hari kita sentiasa melalui jalan yang sama, berlari di atas jalan yang sama. Tapi, masih juga kadangkala kita akan tersadung atau terjatuh atas jalan yang biasa kita lalui. Kita bangun semula dan teruskan pergi pulang kita di atas jalan itu. Tapi esok atau lusa kita masih terjatuh, malahan kadangkala sesat. Dan itulah sebahagian dari hakikat hidup kita. Walaupun kita sudah biasa dengan hidup kita, tapi kita akan masih melakukan kesilapan. Tapi itu tidak bermakna kita perlu sesal. Bangun dan teruskan hidup dan lebih berhati-hati dalam hidup kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan tersadung atau terjatuh lagi.

Tuesday, December 21, 2010

Aduhai Jiwa Yang..


Kalau bahasa itu jiwa bangsa, apa pula agaknya yang menjadi jiwa iman? Untuk mengorek hal yang itu, mungkin kita perlu pula memahami apa pula yang dikatakan jiwa.

Hakikatnya, I don't think that there is anybody in the world that can give me a clear and satisfy answer to this question. Hamba yakin jawapannya ada di dalam Al Quran tetapi mungkin disebabkan kosa kata yang berbeza, maka usaha untuk memahami "JIWA" dalam ertikata yang sebenar menjadi agak sukar. Yang pastinya jiwa ini adalah sesuatu yang halus, dicipta Allah untuk menjadi peneman kepada raga yang kasar.

Lalu tuan-tuan dan puan-puan pun bertanya: Kenapa pula perlu ada jiwa? Seandainya makna jiwa itu sama dengan hati, maka bolehlah hamba menjawabnya, tetapi kalau maknanya lain, hamba sendiri pun tak tahu..

Friday, December 10, 2010

Salam Hijrah


Duduk tepi masjid tadi, membuat hamba terfikir sejenak. Orang asyik sibuk cerita pasal maal hijrah ni, hamba pun rasa macam ingin bercerita pasal hijrah. Bukan semua orang mampu nak berhijrah. Pasal dalam dunia ini, pada pandangan mata burung hamba, paling tidak ada 6 golongan bila hendak dikait dengan hijrah:


Golongan 1: Memang sejak awal sampai mati hidup baik
Golongan 2: Memang sejak awal sampai mati hidup jahat
Golongan 3: Awal hidupnya baik, kemudian jadi jahat
Golongan 4: Awal hidupnya jahat, kemudian jadi baik
Golongan 5: Awal hidupnya baik, kemudian jahat dan akhirnya jadi baik
Golongan 6: Awal hidupnya jahat, kemudian baik, tapi akhirnya jadi jahat balik


Maka bagi hamba yang masih tolol dunia ini, sesiapa yang akhirnya jahat, tak kiralah golongan mana sekalipun, maka rugi amat.

Salam hijrah.

Monday, December 6, 2010

Apa status anda hari ini?


Hampir separuh tahun hamba tidak menjengah blog tercinta, dan hampir separuh tahun juga hamba tidak menjengah blog sahabat-sahabat yang tercinta. Tapi bukan bermakna hamba tidak ambil tahu perihal sahabat-sahabat yang lain, kerana ada medium lain yang digunakan untuk berhubung kini. Hamba panggil dia En. Facebook. Kuat betul penangan En. Facebook, hingga sahabat-sahabat hamba yang gila blogging, blogger tegar, semuanya cabut malas untuk mengendali blog masing-masing. Lebih mudah menyampaikan idea pada status En. Facebook kerana lebih ramai dapat tahu apa yang ada dalam benak masing-masing. Itu belum lagi yang kaki main "online game". Silap haribulan, kerja pun berhenti jalan.

Untuk memendekkan kata satu soalan hamba hari ini, " Apa status anda hari ini?".

Thursday, June 17, 2010

Gelak Piala Dunia 2010


Piala Dunia datang lagi
Macam iklan Mat Sentul
"Tora datang lagi..."
Celaka sini, sana gol
Gol sini, celaka sana
Yang kaki bangku
Tiba-tiba jadi Sepp Blater

Perempuan pun sama
Tapi yang gelaknya
Mereka cuma sokong
England, Brazil, England, Brazil
Kenapa sokong England, kita tanya
Pasal ada David Beckham, dia kata
Kenapa sokong Brazil?
Pasal suka kat Ronaldinho, dia kata
Kak, dua-dua tak dapat main Piala Dunia

Gelak aku tengok Piala Dunia
Tiba-tiba semua jadi lupa
dekat satu Masalah Dunia di Gaza
Gelak aku tengok Piala Dunia

~hambamaya~
tok guru lionell messi
17.6.2010

Thursday, June 10, 2010

A tribute to "M" besar..


It's been a while since my last entry. Malas nak mengarang. Idea banyak. Tapi malas. Agaknya, kita manusia nih, kalau takder sikap malas, mesti banyak benda dah kita buat. Yang malas mengaji Al Quran, kalau tak malas, silap haribulan dah boleh jadi al Hafiz dengan penguasaan 7 Qiraat siap dengan taranum lagi. Yang malas belajar, kalau tak malas, mesti dah boleh jadi Professor siap dengan teori-teori yang boleh mengubah dunia. Yang malas nak ambik tau, kalau tak malas, mesti dah banyak perkara dilakukan untuk kebaikan alam sejagat. However, malas itu masih ada. Masih sama dari zaman dulu sampai zaman sekarang. Dari semenjak api dicipta, sampailah saat Syed Muzaffar sampai ke angkasa.


Enough said. Malaslah..

Thursday, April 1, 2010

Ngomel Pagi-pagi


Lama lagi nak pencen nih. Risau pulak within that long terms, apa yang akan berlaku nanti. Banyak perkara yang berlegar dalam kepala. Is my fund will be enough after my retirement? Can I raise my kids properly? Will I still be able to "bersilat"? In short, what will become of me? Tapi, rasanya its great that I'm aware of what will happen. Paranoid? Naahh... That is a sign that I'm in touch with reality.
Sometimes risau jugak bila selalu senang nih pasal dalam dunia ni, nothing is free. There will always a price for everything. That is why, when I got something special that is "un-sangka-rable", I keep asking myself, "... alamak, dah 'bayar' belum benda nih?..". Ingat, kalau satu pintu tutup, satu pintu akan bukak. Dan jangan sangka pintu yang baik untuk kita itu akan bukak untuk selamanya pasal sampai masa dia tutup gak nanti. Papehal pun, Allah punya kehendak semua ni. Dan apa pun yang berlaku, semua itu dalam lingkungan ilmuNya. hohoho...

Wednesday, March 31, 2010

Pengayuh Beca


Dia pengayuh beca dunia
Bukan penarik lanca dunia
kalau lanca tiada basikal
guna kudrat semata
Bila ditanya si pengayuh beca dunia
"..mengapa tidak dibawa teksi dunia?.."
Modal tidak cukup, jawabnya ringkas

Kadangkala kasihan juga bila melihat
si pengayuh beca dunia lelah mengayuh
di tengah panas terik menyimbah peluh
membawa beban dunia di sebelah basikalnya
bila hujan dibuka payung kecilnya yang berlubang

Dia pengayuh beca dunia
entah sampai bila dia akan mengayuh
mungkin sampai ajalnya sampai
atau hingga becanya rosak dulu


~hambamaya~
31.3.2010
1.50 tghr



Monday, March 29, 2010

Relative of life..


Kehidupan ini bukan mutlak tapi relatif. Kita sangka yang kita kaya, tapi bila jumpa dengan yang lebih kaya, kita pula jadi yang miskin. Kita sangka kita cepat, tapi bila jumpa dengan yang lebih cepat, kita pula jadi yang lambat. With that, we have got to understand that not everything in front of our eyes is what it seems. Because of this relative factor, we might also make wrong judgments about others. Sedihnya, masih lagi ada yang menyangka bahawa whatever he has right now, will forever be his. When this happen, bila hukum relatif mula bertindak ke atas dirinya, he will not be able to handle it. A powerful person, who thinks that he will always be that powerful, will become powerless, literally, when a more powerful person come into the picture. Bila jadi begitu, dia akan buat segalanya untuk kembali berkuasa.. maka dari seorang yang mulia, jadilah dia makhluk hina. And that is the relative of life... hohohoho...


Thursday, March 18, 2010

KehendakNya...


Ada sesetengah masalah dalam dunia ni, puncanya tidak akan dapat diterima dek akal. Bila jadi begitu, penyelesaiannya pun di luar pemikiran akal juga. Hanya mereka yang dapat melihat hakikat sesuatu perkara baru akan dapat melihat apa yang tersirat. Sebagai contoh, satu ketika bila tentera Islam gagal dalam peperangan, Saidina Umar dapati puncanya kerana tentera Islam sembahyang, saf atau barisannya tidak lurus. Apa pulak kena mengena saf sembahyang dengan berperang?

Begitu juga dengan hidup ni. Ada ketika kita tidak akan faham kenapa sesetengah perkara tu berlaku selagi kita tak dapat melihat hakikatnya. Tetapi, nak dipendekkan cerita, semua ini kehendak Allah Taala. Bila ada masalah, kembalilah kepadaNya, kerana mungkin masalah tadi diberikan kepada kita sebagai peringatan, kerana kita sendiri tak melaksanakan kehendakNya. Kehendak Allah Taala ialah kita jadi hamba, kita sembahyang, kita buat baik dan kita laksanakan semua perintahNya. Atas rahmat Allah, bila kita laksanakan kehendak Allah, mungkin Allah akan tunaikan pula kehendak kita. Insya Allah.

Monday, March 15, 2010

Merantau


Buya Hamka, salah seorang ulamak nusantara kita yang terkenal, bila berkarya sering bercerita tentang adat anak muda Minang yang merantau bila sampai waktunya. Ini jelas dilihat dalam tulisan beliau seperti "Merantau ke Deli", "Adat Minangkabau & Agama Islam", "Tasawuf Moden" dll. Sebenarnya, anak lelaki Minang bila merantau ke luar dari tanah kelahirannya bukan sahaja untuk mencari rezeki, tapi juga untuk mencari dan mengenal diri. Anak Minang yang tidak faham akan hakikat ini akan sesat dalam perantauannya.

Bila keluar merantau, mereka membawa bekal. Bukan hanya duit, tapi juga ilmu yang perlu untuk menghadapi dunia luar. Bila kembali ke tanah kelahiran mereka, diharapkan mereka ini telah menjadi matang dengan pendedahan dari dunia luar.

Bila merantau, mereka ini ibarat kapal. Sememangnya tempat yang paling selamat untuk kapal ialah di dermaga, tapi kapal dibina bukan untuk di tayang di dermaga. Di akhir pelayaran, hasilnya ada 3. Samada kembali ke dermaga dengan kemasyhuran, berlabuh terus di perhentian, atau karam di tengah pelayaran.

Terus merantau, mencari dan mengenal diri...

Positif + Negatif


Satu malam di bilik tidur..

HM: Agaknyer positif dgn negatif mmg takleh nak bersama..
PM: Apasal lak?
HM: Positif klu campur negatif mesti negatif jer manjang..
PM: Tak lah... klu positif lagi besar, mesti jawapan dia positif gak.. takkan tak tau kot?
HM: Ye gak... er, bukan tak tau, lupa... hohoho...


Masalahnyer, negatif selalu jer lagi besar dari positif..


Note: HM~ Hambamaya, PM~ Pn Miza

Thursday, March 11, 2010

Marang 'merapu'...


The more we go through life, the more we will realize that there are many things that we need to protect. Though some might think that they only need to ensure the safety and the interest of themselves, tapi hakikatnya nilai diri dia itu masih ditentukan oleh orang lain yang berada di sekeliling dia. Contohnya, kalau sebelum kahwin, mungkin dia boleh buat apa sahaja, tapi lepas kahwin, sebelum buat sesuatu, dia kena ambik kira tentang isteri/ suami dan anak-anak dia.


Tapi yang hairannya, masih ada juga yang tidak mampu untuk fikir dan sedar tentang benda-benda macamni. Itu yang kita baca dalam suratkhabar ayah rogol anak, isteri khalwat dengan lelaki lain, dan macam-macam lagi benda gila. Sekali lagi disini, akal itulah yang memainkan peranannya. Kalau hati/ nafsu itu raja kepada badan, maka akal itu penasihatnya.


Masalahnya, zaman sekarang nih, orang tak suka asah akal dia. Asik sibuk asah nafsu dengan hiburan jer. Jadi macamner akal tu nak jadi penasihat kepada hati yang dah porak peranda? Bak kata nabil, sekali lagi, "Lu pikirlah sendiri...". But again, Nabil sendiri kantoi... hohohohoho....

Wednesday, March 10, 2010

Know your history...


History is learned so that we will take some lessons on the success or the failure of our elders. Bukan pasal kena ingat tarikh jer. Bila kita belajar atau baca pasal sejarah, fokus kita harus pada kesan kejadian dan macamner nak ambil iktibar dari kejadian yang pernah berlaku. Bukan nak kata, tapi Islam Syiah, hujah mereka dalam mempertahankan ideologi mereka bukan hanya pada nas al Quran dan al Hadith, tapi pada perincian yang mereka dapat dari sejarah. For me, in social science, history is one of the important topics. With history, you can actually know where you're from and what to be proud of.


Papehal pun, Arsenal menang lawan Porto malam tadi 5-0.. hohoho... sejarah gak tuh..



Monday, March 8, 2010

Improves and syukur...


Hamba sentiasa percaya yang diletakkan kita manusia ini di dalam dunia adalah untuk memperbaiki diri kita. Maka diuji diri kita oleh Allah s.w.t, agar dapat membantu kita dalam proses memperbaiki diri kita ini. Cuma keputusan ujian itu, kadangkala tidak akan tercapai dek akal kita untuk menilainya. Mana yang kita fikir berjaya, mungkin gagal di sisi Allah, dan begitulah sebaliknya. Contohnya, bila kita kita diletakkan dalam keadaan tidak berduit, maka berusahalah kita sehingga kaya. Dari mata kita dan orang ramai, mungkin kita sudah berjaya. Tapi rupa-rupanya yang diuji Allah Taala itu adalah tahap kesyukuran kita. Bila sudah diberi rezki, adakah kita masih ingat pada Yang Maha Memberi...

With that, I just want to remind myself and those who reads this, be thoughtful in whatever you do. Improves yourself and at the same time, be grateful. Alhamdulillah.

Thursday, March 4, 2010

Kesan Bulan Besar


2,3 hari kebelakangan nih, bulan besar. Bila keluar malam-malam, cerah jer rasa. Tapi, orang tua-tua kata, bila bulan besar ni, macam-macam benda mistik berlaku. Orang senang kena rasuk, jadi gila. Hohoho... tapi, kalau ikut kajian saintifik, ada logiknya. Pasal bila bulan besar, bumi pun akan terima kesan tarikan graviti bulan ni. Air laut pun boleh pasang surut pasal tarikan graviti bulan, inikan pula air dalam badan manusia. Bila badan dah tak betul keseimbangan airnya terutama dalam otak, itu yang senang jadi gila tuh. Hohoho... Itulah pasal kita tengok dalam surat khabar ramai buat kerja gila 2, 3 hari nih.. Hohoho...

Monday, March 1, 2010

Konsep 1 Dalam Propaganda Yang Dijayakan..


Orang sekarang tengah suka berteriak 1 Malaysia. Setiap program mesti berunsurkan no. 1, simbolik kepada Gagasan 1 Malaysia. Its good to know when people in Malaysia can actually respect each other, seeing each other as one of them. But as far as I'm concern, amat sukar untuk melaksanakan sesuatu kempen bila ada perkataan dan konsep "Satu".

History has recorded beberapa kempen kegagalan ini. Bila Jepun ingin berkuasa, mereka juga menggunakan kaedah yang lebih kurang sama dengan kempennya i.e ' Asia untuk Asia'. Kempen globalisasi oleh negara-negara di dunia juga kurang berjaya walaupun wujudnya perjanjian perdagangan seperti NAFTA dan AFTA. Dan banyak lagi boleh disenaraikan. Konsep agama sendiri tidak dapat disatukan. Sebagai contoh, di dalam Islam terlalu banyak khilaf dalam hukum sehingga menerbitkan school of thoughts yang berbeza. Kristian sendiri ada Katholik dan Protestan.

Kenapa ini berlaku? Simple. Merely because there is an element of self interest in each of the propagandas. At the end of the day, what really can be done is just go back to the basic. Live your life by the moment and focus on what is your role. As simple as that. Or is it?
A one cent opinion of mine, if you insist this one campaign to work, you got to be harsh. Look at Indonesia. Look at the free land of China. You got to push this idea harshly. By time, than it will happen as people are foced to accept it. At the same time, there must be a sense of belonging. If you can balance these two responds, it may work. Hohoho...
Papehal, let us just find a way to make 1 Malaysia works. If it works, than good for all of us. Hohoho.. By the way, ada 8 prinsip 1 Malaysia. Korang tau tak? hohoho...



Saturday, February 27, 2010

Akhirnya..


Berita hangat!!! AKTA HALAL akan dikuatkuasakan tahun depan!!! Huh.. at last. After so long. After Malaysia has already been introduced as a Halal Hub. After Malaysia has already been recognised as a country which practises Islam as its main religion. Hohoho.. really. You got to see the cynical part of this thing.

Alhamdulillah. Hamba sendiri amat menyokong tindakan kerajaan menguatkuasakan Akta Halal ni. Tapi kenapa setelah bertahun-tahun lamanya? Itu yang bermain di minda hamba kini. Yang lebih parahnya, bila diungkit bahawa cuma ada 2 sahaja kopitiam yang mempunyai lesen halal. Dan 2 kopitiam ini tidak termasuk kopitiam-kopitiam yang hebat termasuklah yang bekerjasama dengan CIMB Bank. Hohoho..

Kesimpulannya, mungkin kerajaan sendiri baru nak makan benda-benda halal lepas lama dah telan benda-benda haram.. hohoho.. (read between the line ek..)..

Tuesday, February 23, 2010

Prof. Hamdan and His Disengagement


It has been a while since I wrote something here. Semalam ke UiTM Jengka, jumpa advisor untuk bincang pasal thesis. Terserempak pulak dengan Prof. Hamdan, lecturer subject Marketing itu hari masa menunggu kawan. Borak punya borak, macam-macam cerita keluar. Dari politik sampailah ke kerjaya. And he gives me one tip to be successful. You must have the ability to disengage yourself. Masalah orang Melayu kita, bila dah ada kuasa, dia tak boleh nak disengage diri dia dari kuasa tu bila bersama dengan orang lain. Contohnya dia boss dalam satu organisasi, tapi bila kat luar pun dia buat perangai boss dia. Buat perangai superior dia. Kita kena tau bila waktu kita kerja perangai macamner, and bila waktunya kita bersosial perangainya macamner. Jadi, bak kata orang tua-tua, pandai-pandai ler bawa diri. Jangan sampai orang kata ke kita "..kat laut pun ikan kembung, kat sawah pun dia ikan kembung..". Hohoho...

Sunday, January 10, 2010

The Devil Sticks Theory by Hambamaya


I remembered, when I was still in the Accounting Matrix Programme under UKM, we need to write a paper and present it, anything, relating to business and administration. And that was when I've created a theory, namely the Devil Sticks Theory. Devil Sticks ni sebenarnya satu permainan di mana kita cuba mengimbangi 1 kayu dengan mengetuknya menggunakan 2 kayu yang kita pegang kiri dan kanan. And this theory that I've initiated, is about on how to balance the current economic situation. To make it short, teori ni ialah tentang kepentingan untuk mengimbangi setiap perkara dan elemen dalam ekonomi.

Sekarang ni, bila dah tua ni, teori keseimbangan ni lebih diaplikasikan dalam diri sendiri. 3 elements that personally, I need to make sure in perfect balance are my mind, my emotion, and my body. Atau dalam bahasa Melayunya akal, jiwa dan raga. Hopefully, from this year onward, maybe all of us can make sure that we will be able to balance our own life accordingly, supaya, tidak ada satu unsur dalam kitar kehidupan kita yang tercicir.

Ulik Mayang by Hambamaya

Thursday, January 7, 2010

Melayu Yang Itu


Gerak tari tangan ini
bagai mengajuk
setiap denting dan dentung
gendang itu
Getar jari-jari ini
membalikkan mainan serunai sana
dan tiap hentak kaki
sehenti gong yang dicanang merdu

hinakah dia mempertahankan
Melayu yang itu...?

hambamaya
10:47 mlm
7 Januari 2010

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!