Thursday, December 23, 2010

Jalan Terus..


Setiap hari kita sentiasa melalui jalan yang sama, berlari di atas jalan yang sama. Tapi, masih juga kadangkala kita akan tersadung atau terjatuh atas jalan yang biasa kita lalui. Kita bangun semula dan teruskan pergi pulang kita di atas jalan itu. Tapi esok atau lusa kita masih terjatuh, malahan kadangkala sesat. Dan itulah sebahagian dari hakikat hidup kita. Walaupun kita sudah biasa dengan hidup kita, tapi kita akan masih melakukan kesilapan. Tapi itu tidak bermakna kita perlu sesal. Bangun dan teruskan hidup dan lebih berhati-hati dalam hidup kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan tersadung atau terjatuh lagi.

Tuesday, December 21, 2010

Aduhai Jiwa Yang..


Kalau bahasa itu jiwa bangsa, apa pula agaknya yang menjadi jiwa iman? Untuk mengorek hal yang itu, mungkin kita perlu pula memahami apa pula yang dikatakan jiwa.

Hakikatnya, I don't think that there is anybody in the world that can give me a clear and satisfy answer to this question. Hamba yakin jawapannya ada di dalam Al Quran tetapi mungkin disebabkan kosa kata yang berbeza, maka usaha untuk memahami "JIWA" dalam ertikata yang sebenar menjadi agak sukar. Yang pastinya jiwa ini adalah sesuatu yang halus, dicipta Allah untuk menjadi peneman kepada raga yang kasar.

Lalu tuan-tuan dan puan-puan pun bertanya: Kenapa pula perlu ada jiwa? Seandainya makna jiwa itu sama dengan hati, maka bolehlah hamba menjawabnya, tetapi kalau maknanya lain, hamba sendiri pun tak tahu..

Friday, December 10, 2010

Salam Hijrah


Duduk tepi masjid tadi, membuat hamba terfikir sejenak. Orang asyik sibuk cerita pasal maal hijrah ni, hamba pun rasa macam ingin bercerita pasal hijrah. Bukan semua orang mampu nak berhijrah. Pasal dalam dunia ini, pada pandangan mata burung hamba, paling tidak ada 6 golongan bila hendak dikait dengan hijrah:


Golongan 1: Memang sejak awal sampai mati hidup baik
Golongan 2: Memang sejak awal sampai mati hidup jahat
Golongan 3: Awal hidupnya baik, kemudian jadi jahat
Golongan 4: Awal hidupnya jahat, kemudian jadi baik
Golongan 5: Awal hidupnya baik, kemudian jahat dan akhirnya jadi baik
Golongan 6: Awal hidupnya jahat, kemudian baik, tapi akhirnya jadi jahat balik


Maka bagi hamba yang masih tolol dunia ini, sesiapa yang akhirnya jahat, tak kiralah golongan mana sekalipun, maka rugi amat.

Salam hijrah.

Monday, December 6, 2010

Apa status anda hari ini?


Hampir separuh tahun hamba tidak menjengah blog tercinta, dan hampir separuh tahun juga hamba tidak menjengah blog sahabat-sahabat yang tercinta. Tapi bukan bermakna hamba tidak ambil tahu perihal sahabat-sahabat yang lain, kerana ada medium lain yang digunakan untuk berhubung kini. Hamba panggil dia En. Facebook. Kuat betul penangan En. Facebook, hingga sahabat-sahabat hamba yang gila blogging, blogger tegar, semuanya cabut malas untuk mengendali blog masing-masing. Lebih mudah menyampaikan idea pada status En. Facebook kerana lebih ramai dapat tahu apa yang ada dalam benak masing-masing. Itu belum lagi yang kaki main "online game". Silap haribulan, kerja pun berhenti jalan.

Untuk memendekkan kata satu soalan hamba hari ini, " Apa status anda hari ini?".

LAGU AKU

Loading...

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!