Thursday, June 17, 2010

Gelak Piala Dunia 2010


Piala Dunia datang lagi
Macam iklan Mat Sentul
"Tora datang lagi..."
Celaka sini, sana gol
Gol sini, celaka sana
Yang kaki bangku
Tiba-tiba jadi Sepp Blater

Perempuan pun sama
Tapi yang gelaknya
Mereka cuma sokong
England, Brazil, England, Brazil
Kenapa sokong England, kita tanya
Pasal ada David Beckham, dia kata
Kenapa sokong Brazil?
Pasal suka kat Ronaldinho, dia kata
Kak, dua-dua tak dapat main Piala Dunia

Gelak aku tengok Piala Dunia
Tiba-tiba semua jadi lupa
dekat satu Masalah Dunia di Gaza
Gelak aku tengok Piala Dunia

~hambamaya~
tok guru lionell messi
17.6.2010

Thursday, June 10, 2010

A tribute to "M" besar..


It's been a while since my last entry. Malas nak mengarang. Idea banyak. Tapi malas. Agaknya, kita manusia nih, kalau takder sikap malas, mesti banyak benda dah kita buat. Yang malas mengaji Al Quran, kalau tak malas, silap haribulan dah boleh jadi al Hafiz dengan penguasaan 7 Qiraat siap dengan taranum lagi. Yang malas belajar, kalau tak malas, mesti dah boleh jadi Professor siap dengan teori-teori yang boleh mengubah dunia. Yang malas nak ambik tau, kalau tak malas, mesti dah banyak perkara dilakukan untuk kebaikan alam sejagat. However, malas itu masih ada. Masih sama dari zaman dulu sampai zaman sekarang. Dari semenjak api dicipta, sampailah saat Syed Muzaffar sampai ke angkasa.


Enough said. Malaslah..

LAGU AKU

Loading...

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!