Wednesday, July 22, 2009

Siapa Kami?

Baru sahaja berbincang hal ini dengan kawan-kawan semalam. Kami satu kumpulan. Ramai lagi ahli kumpulan tidak berdaftar kami ini. Dulu kami dipinggirkan. Para pemimpin tak berapa nak pandang sangat kami kerana pada waktu itu, mereka ada penyokong dan undian majoriti. Pihak pembangkang pun tak berapa suka kami kerana dianggap sebagai pengganggu undi. Para penyokong fanatik parti masing-masing pun tak suka kami kerana dianggap tiada pendirian. Mereka semua anggap kami tidak ada semangat perjuangan dan tidak faham politik. Kami dilabel "orang atas pagar". Akhirnya kami dicop anarkis.



Hakikatnya, kami ada idea politik kami. Kami melihat dan memilih pemimpin kami, bukan semata-semata atas dasar parti yang dijaja. Kami berpolitik kerana pegangan kami, bukan atas pegangan dan idea orang lain. Kami bukan fanat parti. Kini, bila keadaan terdesak, barulah kami ini didekati. Kononnya kamilah penentu undi.

Siapakah kami? Kamilah idea baru generasi. Kamilah hakikat demokrasi...

Monday, July 20, 2009

Cepat ler sikit...




How late is late and how fast is fast? Jawapan untuk soalan ini sebenarnya "bergantung". In order to understand this in a fun way, try to imagine if Gaban (the once famous hero in the 80's) terlambat untuk memakai baju kalis api dalam detik 0.01 saat, maka dia akan ditarik ke dunia syaitan tanpa fasiliti yang lengkap untuk melawan kaijin dari dunia luar yang cuba menakluki bumi (Gaban memerlukan masa 0.02 saat untuk memakai baju kalis api. Pertambahan 0.01 menjadikan ia 0.03 saat dimana saat itu sudah terlambat). Ultraman kalau lambat menewaskan kaijin juga akan mengalami sesak nafas sehingga terpaksa pula adik-beradiknya dan kadangkala ayahnya datang membantu.

Sering juga kita dengar "Early bird will get the worm". Maksudnya disini, burung yang bangun awal akan dapat makan cacing cepat. Tapi, bagaimana dari persepsi si cacing? Bukankah disebabkan dia pun bangun awal maka dia telah dimakan oleh si burung yang bangun awal. Cuba kalau si cacing tadi bangun lewat. macamner awal pun si burung tu bangun, maka selagi si cacing tak bangun, bukan ke si burung takkan dapat cacing tu?

So, how late is late, and how fast is fast?

Thursday, July 16, 2009

Forgive and Forget...


Forgive and forget. Satu frasa yang cukup mudah dikatakan tapi hakikatnya amat sukar untuk dilaksanakan. Namun seseorang itu harus melalui tahap hidup di mana dia memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya. Rasa dendam dan marah, dalam kita tidak sedar, sebenarnya mengikat diri kita untuk meneruskan hidup kita. Cuba kita ingat kembali, andai ada perkara yang kita inginkan masih lagi tidak diperoleh, adakah masih ada lagi orang atau perkara yang tidak kita maafkan dan lupakan?

Saturday, July 11, 2009

Nilai Spring Hill Resort, Nilai (1st Indoor Activity)

Apa yang menyebabkan kita berada di mana kita berada sekarang ni? Adakah disebabkan oleh nasib atau takdir? Adakah disebabkan oleh tuah? Wujudkah sebenarnya apa yang dipanggil tuah atau "luck" ni sebenarnya? We've got a big discussion about this topic tonight and I choose to believe in what we call as luck. Betul, apa yang kita tak tau berlaku itu kita panggil takdir dari tuhan.  Tapi itu cuma interpretation bahasa. Aku bengang betul dengan fasilitator ni. Disebabkan dia fasilitator, tak semestinya apa yang dia cakap tu betul. Tapi, biarlah dia dengan idea dia, dan aku takder pape nak buktikan pada dia...

Thursday, July 9, 2009

Living in perception...


Sedar tak sedar, sebenarnya manusia moden sekarang nih sedang melalui satu fasa pencucian otak yang dilakukan oleh pihak media. Tak kisah lah dalam bentuk apa pun samada televisyen, radio, internet. Kita sedang "dicadangkan"; oleh peniaga-peniaga yang inginkan keuntungan, melalui media, tentang bagaimana dunia ini harus dilihat. Mereka yang lemah, akan terus mengikut "cadangan" mereka ini, dan hasilnya, persepsi tentang apa yang sepatutnya telah diubah. Contohnya, orang yang cantik mesti ala-ala pan asia, kalau pompuan rambut mesti warna. Kalau anak nak sihat cergas mesti minum Milo. Nak maju mesti guna bahasa inggeris selalu. Orang kaya dan berjawatan tinggi akan guna bahasa inggeris dalam perbualan harian mereka. Begitu kuat kuasa pemasaran.

Wednesday, July 8, 2009

Lagu Rindu Kita

Lama tak buat lagu, this is a song I wrote for my wife and kids. Siap within 2 days, Sebab tu kurang bermutu sikit lirik. Enjoy sampai habis.




Ku ambil gitar ku di tepi tangga
Lalu ku nyanyi lagu cinta kita
Yang kucipta saat engkau lena
Bagai puteri

Seperti embun di pagi hari
terletak cantik di hujung daun
Begitulah suci cinta kita
Tiada tandingannya

*
Walau di mana kau berada
Saat rindu tiba
saat engkau hiba
kan kau dengar lagu ini

Takkan puas mataku menatap
Ayu wajahmu saat engkau lena...

Tuesday, July 7, 2009

Aku kenal engkau...


Sekarang ni, terlalu banyak kursus-kursus dan kaedah-kaedah mengenal peribadi ni dibuat. Kursus tarikh lahir lah, kursus mencapai bintang lah, kuiz itu, kuiz ini. Well, kadangkala apa yang diutarakan memanglah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dibuat tetapi, effect yang lain mungkin kita tak nampak. Satu contoh, kita diberitahu yang orang yang lahir bulan ni akan ada sifat macam ni, macam tu. Atau, kalau kita suka bentuk bulat warna kuning, itu tandanya kita orang yang macam ni, macam tu. Tanpa disangka, maklumat tu akan melekat kat otak kita dan membentuk peribadi kita seperti yang dicadangkan oleh kajian tren sifat tu. Kalau positif takper, tapi kalau negatif? Contohnya kalau kita sekarang ni kerja cikgu, tapi kalau ikut tarikh lahir kononya kita sesuai jadi peniaga, akan meningkat ke motivasi kita untuk kerja atau makin turun? Ingat, manusia cuma nak dengar apa yang dia nak dengar jer.

Kita boleh lah jadikan benda tu semua panduan tapi jgn jadikan acuan untuk peribadi kita pasal nanti kita akan terlepas peluang untuk jadi diri kita yang sebenar. Sekadar mengingat.

Hambamaya : Ariftu nafsi birabbi..

Monday, July 6, 2009

Politik di mana-mana..

Dalam apa jua yang kita lakukan, sedikit sebanyak akan melibatkan apa yang kita panggil politik. Dalam bekerja di pejabat, kita akan dengar apa yang dipanggil politik pejabat. Dalam urusan nak dapat tender, pun akan ada mainan politik. Tak payah tengok jauh, kadang-kadang student di universiti pun main politik dengan lecturer diorang bila dekat-dekat nak exam. What is politics? Max Weber, seorang liberalism, menyatakan politik ini satu kaedah untuk mendapatkan kuasa. Sudah banyak teori politik yang dikeluarkan. Tapi yang paling terkenal dan paling banyak digunakan rasanya ialah teori Machiavelli, yang diutarakan dalam bukunya, The Prince. Teori ini menyatakan apa sahaja cara boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa.

Bagi hamba, terpulanglah pada individu. Kalau ikut kawan satu kelas hamba, untuk melaksanakan sesuatu, selagi apa yang kita lakukan itu tidak menyebabkan kerugian bagi pihak lain, apa salahnya. Ke salah?

Saturday, July 4, 2009

What lies....


Last night I've watched "V for Vendetta". I've never watched it but after 2 and 1/2 hours (plus the Nightline) concentrating on the story, I've decided to make it one of my favourite movies. Despite the plot, I like the idea of the story. It's about history, it's about politic, it's about philosophy. Don't worry, I won't give you a review on the film. But what I like about the story is merely the sentiment of believing and standing by your intergrity. It really suits the saying "Live by the sword, die by the sword". And last, the words of the movie's interpretation is entirely about "... a man dies, but his idea is immortal..".
"Only when you have no fear are you free" - V, from V for Vendetta

Friday, July 3, 2009

Betul ke salah?..


Bagi hamba, betul dan salah adalah satu perkara yang subjektif. Memandangkan 2 perkara tersebut adalah berlawanan sifatnya, maka mustahil untuk ia berlaku serentak. Atau boleh? Ambil satu contoh. Seorang abang mengambil keputusan untuk membalas dendam (membunuh, mungkin..) bagi pihak adiknya yang dirogol. Bagi satu pihak, sudah tentunya dari pihak si abang, mungkin ia adalah satu tindakan yang betul dan wajar demi untuk membela si adik yang dirogol. Tetapi, bagi pihak yang lain, mungkin pihak yang berkuasa, tindakan itu salah dari sisi undang-undang. Dari situasi begini, bukankah betul dan salah berlaku serentak? Hehehe.. saja buat pening-pening di pagi Jumaat ni..

Thursday, July 2, 2009

Serampang 2 Mata..


Lumrah dunia kini, dalam apa yang dibuat, susah sekali untuk mendapati mereka yang melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Setiap yang dilakukan, hamba pasti akan ada agenda lain yang tersembunyi. Cuba perhatikan sekeliling anda. Mereka yang berbual dengan sahabat lain, mereka yang memberikan salam pada ketua mereka, mereka yang menjadi ketua pada anak-anak buah mereka.. Andai difikirkan kembali, kenapa mereka berbuat begitu? Walau sebaik manapun niat mereka, sudah pasti akan ada faedah untuk diri mereka sendiri. Tapi, sebagai manusia, sekali lagi, itulah lumrah dan fitrahnya. Kalau tidak, hamba tidak akan panggil makhluk itu manusia, hamba menggelarnya malaikat.

Wednesday, July 1, 2009

Craving for..

I have this kind of craze. I really like martial arts, especially silat. If I'm not thinking about something else, most of the time I will always be imagining of my silat, and other martial arts that I've learned. But most friends of mine, they don't understand this hunger for this type of knowledge. Even my wife. I've learned martial arts since I was 11 years old and I'm still learning. The more you learn, the more you want to know and explore. You can even understand life better. But of course, in whatever you do, you don't over do it. You got to have balance. The same goes with your daily life. Through martial arts, I've learnt one thing. For perfection, you got to have a solid foundation and direction, free yourself from hatred and anger, with that you will gain balance.

LAGU AKU

Loading...

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!