Monday, June 29, 2009

Kembara berkeruh...


Baru balik dari mengembara nih.. letih rasa. Macam tak cukup tido. Malas jer nak pergi kejer. Ada satu cerita. Masa naik bas malam semalam, ada lah satu awek cun ni duduk belakang hamba. Dia duduk dengan kawan dia, lelaki. I don't know what is their relationship, but, doubtful ler. Mulut awek cun ni macam 7Eleven. Tak pernah tutup. Pot pet pot pet.. Tak berenti bercakap. Tensen aku dengar dia bragging dengan kawan lelaki dia nih. Yang lawaknya, walaupun dia tengah tido, mulut dia masih lagi berbunyi.. pasal dia berkeruh (snoring) kuat!! Hehehehe.. lawak betul!!

Wednesday, June 17, 2009

Jangan lupa..

..bila saat manusia hilang punca, sering dia terlupa untuk kembali memohon dari Penciptanya agar ditenangkan dirinya. Teringat satu cerita apabila seorang guru bertanya kepada anak muridnya jika mereka berjalan dan tiba-tiba seekor anjing yang bertuan menyalak dan menghalang perjalanan mereka, apa yang harus dilakukan. Maka ramailah yang memberi jawapan seperti patah balik, baling batu, duduk diam dan sebagainya. Tetapi jawapan yang diberikan guru itu cukup membuka minda. Katanya, panggil saja tuan punya anjing agar dapat dimasukkan semula ke dalam sangkarnya.



Kesimpulannya, hidup manusia ini kepunyaan Allah Taala. Ada masalah, kepada Dia kita hadapkan masalah kita. Percayalah, Allah Maha Adil.

Tuesday, June 16, 2009


Kecoh la politik kat Malaysia nih. Tak habis-habis. If this continues, macamner nak bincang tentang kemajuan yang kononnya ingin dipacukan. Hamba rasa YB (Yang Bahalul) kat parlimen ni semuanya terlebih banyak masa. Daripada dok merepek bincang ntah hapa-hapa isu kat perlimen selama beberapa jam tu, agaknya lebih baik jengok rakyat mana-mana yang ada masalah. Kalau YB sekalian tak tau masalah apa yang rakyat dok hadapi sekarang ni, dengan sukarelanya hamba list down sebahagiannya untuk perhatian YB:

1. Masalah kewangan rakyat
2. Masalah kemudahan awam
4. Masalah rumah tak siap developer lari
4. Masalah ofis pejabat tanah lambat buat kerja
5. Masalah kat Sg Isap, Kuantan yang asik banjir jer
6. Banyak lagi masalah..

Dan kalau ada YB yang baca nih prihatin, mesti YB perasan yang saya terus skip dari masalah no.2 terus no.4. And kalau YB yang baca nih prihatin gak, mesti YB perasan saya letak no.4 tu 2 kali. Siapa yang perasan, boleh la mohon jadi YB pasal sesapa pun sekarang nih sebenarnya boleh jadi YB.

Monday, June 15, 2009

True to yourself..

A person need to be true to him or herself. Imitating is just a cover. Because in the end, the face under the masked will always be revealed. As for myself, I know that I'm not a strong person. But what I know is that I'm that kind of person that always try to be strong. So, I'll alway be the person who try to be strong. My act and my decision will always reflect of a person who try to be strong. And in the process, I might succeed, and I might fail. Nonetheless, for me its the journey that counts. Because, again, I know that in the learning curve, I will grow to be a man with wisdom and power.

Its a pity for those who don't know their place..



Thursday, June 11, 2009

Negative to Positive


There is nothing in this world that is useless. Whatever is created by Allah Taala, there must be something to it. Most people will say yang kita tak perlukan benda-benda yang negatif dalam hidup kita. Some part of it maybe right. But to another, mungkin sebenarnya this negative things exist for some reason, right?

Just think, sebelum kita pandai, kita bodoh. Sebelum baik, kita tak berapa baik. Jadi kesimpulannya, sebelum positif, mesti negatif. Dalam fizik pun gitu gak. Dalam atom, elektron (-ve) akan mencari proton (+ve), kalau tak, tak seimbang. Disebabkan itulah jugak petir berlaku pasal atom negatif di awan mencari atom positif di bumi untuk jadi neutral. 

What I'm trying to say is that jangan risau kalau kita tak positif selalu pasal itu memang normal. Yang tak normalnya bila kita berada dalam keadaan negatif, we don't have the inititive to make it positive and stabil. So, please think about it, will you?

Rindu dan akan terus rindu..


Mati kutu hamba dibuatnya bila balik umah, takder sapa kat umah. Paling-paling pun I call my wife, and have some chat about our day. Rindu kat anak-anak tak usah nak cakap ler. Terbayang jer si Icha Sopea buat guling nyiur (dalam bahasa Inggerisnya "rolling") sambil gelak trademark dia. Muaaahahahaha... Teringat gak kat Iman yang baru boleh nak diri tegak tuh. Dah besar nanti mesti hensem dia nih..

Langsung hamba terpikir. Macamner la pulak keadaannya bila nanti, tiba pula masanya orang-orang yang kita sayang meninggalkan kita one by one. Sampai saat ni, hamba masih boleh rasionalkan lagi diri hamba bila datuk, nenek, ayah sedara pergi untuk selamanya. Tapi kalau dengan kehendakNya, hamba terpaksa melihat ibu hamba, ayah hamba, or even my wife yang pergi dulu, boleh ke hamba jadi rasional? Akan masih terasa lagi ker masam asam melaka ibu, ikan sumbat isteri hamba bila duduk sorang-sorang? Dan masih akan terbayang ker belakang ayah hamba saat dia bertakbir di surau pagi raya?

Monday, June 8, 2009

Control...


Manusia memang susah nak kawal diri sendiri. Tak percaya? There are so many things that we do daily are programmed, making it automatic, and not manually controlled by ourselves. Antara benda yang manusia susah nak kawal diri sendiri ialah emosi, nafsu dan yang paling biasa kita buat iaitu bernafas. Disebabkan semua benda ni kita tak control tapi dilakukan secara spontan, maka kita mengabaikan nikmat-nikmat ini. We are taking all these things for granted. Kita terlalu reaktif dengan sekeliling kita. Contohnya, bila kita diganggu, setengah orang cepat betul melenting. Pernah tak, bila kita bawak kereta, tetiba orang overtake kita tak bagi signal, and kita dengan marah pun jerit, "Sabarlah sikit!!"... padahal time tu kita tengah marah? Kita suruh orang sabar, tapi kita tak sabar.

Jadi, kawallah diri kita. Susah, tapi boleh dilakukan. Antara sebab kita digalakkan untuk berpuasa ialah untuk melatih kita mengawal diri. Bila puasa, kita akan kenal diri kita. Setengah orang yang baca blog ni mungkin kata what written here adalah isu lapuk. But I'm writing this topic because I've just understand the meaning of controlling myself. After all this years..

p/s: I'm hoping to overcome myself..

Friday, June 5, 2009

Duduk Diam

Ada kawan yang ikut blog nih telefon, bertanya apasal lagi dah takder entry about the country's episode. I told him, for the time being, my only concern is myself. Malas lah nak fikir masalah negara sekarang nih. Tak tau nak percaya kat sapa. Kalau badan kehakiman sendiri dah buat yang pelik-pelik, orang rasuah sini sana (not to say that badan kehakiman kita yang amik rasuah), siapa lagi yang kita boleh percaya. Jadi, lebih baik kita fikir macamner nak improve diri sendiri.







After sometimes, sibuk amat sampai lupa jaga diri, now I've started back meditating. Kalau ikut istilah yang hamba belajar dalam Bahasa Melayu, Duduk Diam. Atur balik nafas. Ingatkan balik mana-mana gerak. Kembali balik pada Yang Sedia Ada. Bersihkan dalaman. Buang semua yang negatif. Kata orang putih, self healing.

To the world, its not that I dont care for you anymore, but, one day I'll be back with a new fresh feeling, and give you some good smack in the face... and maybe a little bit in there too.. hehehe.. lu pikir la sendiri..

Thursday, June 4, 2009

Terjebak hutang kad kredit...

Ada ramai jugaklah yang bertanya pada hamba bagaimana caranya untuk mengurus hutang kad kredit kalau dah terjebak and tak dapat nak handle lagi. Ada juga yang tanya kenapa hutang kad kredit ni, macam tak habis jer walaupun kita bayar.

Kita bagi jawaban no 1 dulu. Katakan masalah kad kreditnya adalah begini:
Kad Kredit A : RM3000
Kad Kredit B : RM4000
Kad Kredit C : RM5000
Kad Kredit D : RM1500

Dalam kes macam ni, cara yang betul, kita attack mana yang sikit walaupun hamba percaya ramai yang akan cuba settle yang banyak dulu. Jadi disebabkan kad kredit D paling sikit, kita habiskan and settlekan kad kredit D. Oleh itu bila dah settle kad D, maka kita boleh fokuskan kat 3 kad yang lain. Begitulah seterusnya. Bila buat macam ni, dia akan effect 2 aspect; 1: Psikologi, pasal kita akan rasa lebih yakin and bersemangat untuk settle kad lain and 2: Finance, pasal kita dah jimat at least RM50 (min. payment). Ringkas jer lah ek.

Jawaban no 2 lak:
Katakan baki kad kredit RM10,000. Biasanya kita bayar 5% (min payment) = RM500. Jadi supposely baki ialah RM9,500 (10,000 - 500) kan? Tapi jangan lupa kita akan dikenakan 1.5% (pm) interest atas RM9,500 tu. Jadi balance bring forward lebih kurang ialah RM9650 [(5% x 9,500) + 9,500]. Pastu kita pakai balik RM500. Sebab tu lah tak abis. Hehehe..




Penerangan secara ringkas pasal malas nak taip banyak. Nanti boring lak nak baca. Papehal boleh tanya lagi.

Wednesday, June 3, 2009

Bebas


Semua orang kalau ditanya, pasti ingin hidup bebas. Bahkan kalau diberi pilihan samada duit atau kebebasan yang lebih utama, maka kebanyakan pasti akan menjawab kebebasan. Bagaikan ada satu bahagian dalam otak ini yang menyatakan bahawa hidup ini perlu bebas.

Bagi diri hamba sendiri, hamba memang akan pilih nak bebas. Dulu masa bekerja di bank, kalau bos bagi pilihan samada nak amik unrecorded leave atau nak claim duit, hamba tanpa banyak soal mesti nak amik cuti punya. Boleh duduk umah, releks tepi laut ke.. senang sikit hati.

Tapi sebenarnya, setiap kebebasan itu ada harganya. Setiap yang berlaku dan akan berlaku sudah dikira oleh Allah Taala. Jangan disangka burung yang bebas melayang di langit itu benar-benar bebas, kerana, kadangkala dihambat angin jugak.

Tuesday, June 2, 2009

Kena faham dulu..


Minggu lepas merupakan antara minggu yang tersibuk bagi hamba. Isnin sampai Selasa I've attended some courses and training. On Friday, hamba ambik Annual Leave since isteri hamba kena pindah ke Terengganu balik (sakit jiwa!!!). hari Isnin pun cuti gak pasal banyak barang nak punggah balik ke Terengganu. Jadi sekarang I'm alone in Kuantan. Pagi ni bangun tidur, teringat kat anak-anak and isteri.

Hamba amik iktibar dari kejadian bulan lepas, hakikat kehidupan ni, Allah Taala jadikan secara basic ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Cuma cara pengabdian tu berbeza dengan individu. Kita kena faham kenapa Allah Taala jadikan sesuatu ke atas kita. Dengan cara kita faham hakikat setiap kejadian, barulah kita move on dalam hidup kita.

Hakikatnya, hidup dan apa sahaja dalam dunia ni bukan milik kita, termasuk anak-anak kita, isteri kita, duit kita, kereta kita. Itu semua hanya amanah Allah ke atas kita sebagai manusia yang sepatutnya kita pulangkan kembali dengan sempurna. Lepaskan pegangan kita, maka kita akan rasa lebih bebas. Because we will loose nothing when we have nothing.

LAGU AKU

Loading...

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!