Thursday, June 4, 2009

Terjebak hutang kad kredit...

Ada ramai jugaklah yang bertanya pada hamba bagaimana caranya untuk mengurus hutang kad kredit kalau dah terjebak and tak dapat nak handle lagi. Ada juga yang tanya kenapa hutang kad kredit ni, macam tak habis jer walaupun kita bayar.

Kita bagi jawaban no 1 dulu. Katakan masalah kad kreditnya adalah begini:
Kad Kredit A : RM3000
Kad Kredit B : RM4000
Kad Kredit C : RM5000
Kad Kredit D : RM1500

Dalam kes macam ni, cara yang betul, kita attack mana yang sikit walaupun hamba percaya ramai yang akan cuba settle yang banyak dulu. Jadi disebabkan kad kredit D paling sikit, kita habiskan and settlekan kad kredit D. Oleh itu bila dah settle kad D, maka kita boleh fokuskan kat 3 kad yang lain. Begitulah seterusnya. Bila buat macam ni, dia akan effect 2 aspect; 1: Psikologi, pasal kita akan rasa lebih yakin and bersemangat untuk settle kad lain and 2: Finance, pasal kita dah jimat at least RM50 (min. payment). Ringkas jer lah ek.

Jawaban no 2 lak:
Katakan baki kad kredit RM10,000. Biasanya kita bayar 5% (min payment) = RM500. Jadi supposely baki ialah RM9,500 (10,000 - 500) kan? Tapi jangan lupa kita akan dikenakan 1.5% (pm) interest atas RM9,500 tu. Jadi balance bring forward lebih kurang ialah RM9650 [(5% x 9,500) + 9,500]. Pastu kita pakai balik RM500. Sebab tu lah tak abis. Hehehe..




Penerangan secara ringkas pasal malas nak taip banyak. Nanti boring lak nak baca. Papehal boleh tanya lagi.

8 comments:

KitKet said...

wooo.. macam tu ek?
tolong coverkan card saya sekali lah.. hawhawhawhawau

HambaMaya said...

define cover... hehehehe

floweristachantress said...

hahahhaha baca komen Ket terlupa dah nk kta apa td :p

aha penerangan ngan diagram or tables lg jelas :)

Anonymous said...

Hamba berpandangan, jumlah baki yang banyak sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu tuan hamba. Ini kerana kadar faedah dikenankan ke atas baki, maka baki yang lebih tinggi akan menyebabkan faedah yang lebih tinggi akan dikenakan.
Tapi apa yang lebih penting adalah utk (dengan izin)"live within your means", ukur baju di badan sendiri..dan (dengan izin)"pay your bill on time..everytime"..cheers people~! - pest

Zu said...

aku bersyukur tak terjebak ngan benda alah ni hahahahah....

HambaMaya said...

terima kasih kepada yang memberikan komen.. itu memang fakta, yang interest lebih tinggi pada baki yang lebih tinggi.. tujuan kita attack yang lebih rendah pasal kita nak habiskan satu-satu hutang.. yang baki tinggi kita bayar min payment.. tapi yang baki rendah kita bayar lagi banyak dari min payment..

Mem Aluya said...

Betul juga kata kawan Tuan Hamba tu. Tapi kalau kita attack yang sikit dulu, memang betul secara psychologynya lebih semangat terasa beban satu dah selesai.

Apa-apa pun papandai lah mana satu nak settlekan dulu. Terpulang kepada convenience dan kebijaksanaan masing-masing dalam menguruskan kewangan bila dah terjebak nih.

Alhamdulillah belum terjebak lagi. Harapnya tidaklah, insya Allah.

HambaMaya said...

actually, pengurusan kewangan nih bergantung pada matlamat kita.. takder satu kaedah yang rigid.. kita gunalah cara apa pun, selagi mencapai matlamat kita, maka berjayalah perancangan kita tuh..

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!