Monday, March 15, 2010

Merantau


Buya Hamka, salah seorang ulamak nusantara kita yang terkenal, bila berkarya sering bercerita tentang adat anak muda Minang yang merantau bila sampai waktunya. Ini jelas dilihat dalam tulisan beliau seperti "Merantau ke Deli", "Adat Minangkabau & Agama Islam", "Tasawuf Moden" dll. Sebenarnya, anak lelaki Minang bila merantau ke luar dari tanah kelahirannya bukan sahaja untuk mencari rezeki, tapi juga untuk mencari dan mengenal diri. Anak Minang yang tidak faham akan hakikat ini akan sesat dalam perantauannya.

Bila keluar merantau, mereka membawa bekal. Bukan hanya duit, tapi juga ilmu yang perlu untuk menghadapi dunia luar. Bila kembali ke tanah kelahiran mereka, diharapkan mereka ini telah menjadi matang dengan pendedahan dari dunia luar.

Bila merantau, mereka ini ibarat kapal. Sememangnya tempat yang paling selamat untuk kapal ialah di dermaga, tapi kapal dibina bukan untuk di tayang di dermaga. Di akhir pelayaran, hasilnya ada 3. Samada kembali ke dermaga dengan kemasyhuran, berlabuh terus di perhentian, atau karam di tengah pelayaran.

Terus merantau, mencari dan mengenal diri...

No comments:

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!