Thursday, March 18, 2010

KehendakNya...


Ada sesetengah masalah dalam dunia ni, puncanya tidak akan dapat diterima dek akal. Bila jadi begitu, penyelesaiannya pun di luar pemikiran akal juga. Hanya mereka yang dapat melihat hakikat sesuatu perkara baru akan dapat melihat apa yang tersirat. Sebagai contoh, satu ketika bila tentera Islam gagal dalam peperangan, Saidina Umar dapati puncanya kerana tentera Islam sembahyang, saf atau barisannya tidak lurus. Apa pulak kena mengena saf sembahyang dengan berperang?

Begitu juga dengan hidup ni. Ada ketika kita tidak akan faham kenapa sesetengah perkara tu berlaku selagi kita tak dapat melihat hakikatnya. Tetapi, nak dipendekkan cerita, semua ini kehendak Allah Taala. Bila ada masalah, kembalilah kepadaNya, kerana mungkin masalah tadi diberikan kepada kita sebagai peringatan, kerana kita sendiri tak melaksanakan kehendakNya. Kehendak Allah Taala ialah kita jadi hamba, kita sembahyang, kita buat baik dan kita laksanakan semua perintahNya. Atas rahmat Allah, bila kita laksanakan kehendak Allah, mungkin Allah akan tunaikan pula kehendak kita. Insya Allah.

No comments:

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!