Friday, May 9, 2008

Serah Diri..





"..Jap, macammana berserah bulat-bulat sedangkan kita dikurniakan akal dan kudrat untuk berusaha? Allah turunkan perantara Nya. Ada dimana-mana, kita yang perlu berusaha mendapatkannya. Kalau doa sajork, dan berserah sajork bulat-bulat... Allah tolong juga ke? Ya, Allah maha pengasih, penyanyang dan pemurah. Tapi... Lihat balik kisah tadi... akal ada kudrat ada... berenanglah... perantara rezeki, Allah dah sampai kan. Sighh..." - Kakak Tiri



Tertarik dengan komen Kakak Tiri. Agreed, but i need to state something. Ramai orang yang salah faham pengertian penyerahan bulat-bulat nih. Satu riwayat menyatakan; berkenaan tawakal atau penyerahan; Rasulullah s.a.w pernah berpesan "..tambat dahulu untamu kemudian bertawakkallah kepada Allah.." (au ka ma qal). Di sini ada unsur usaha. Kemudian kisah Umar r.a yang berpatah balik dari memasuki sebuah negara yang berwabak dengan katanya "..aku lari dari qada' Allah dan pergi ke qada' Nya yang lain..". Sekali lagi, ada unsur usaha.


Penyerahan bulat-bulat ni hanya boleh berlaku ke atas orang yang telah dibukakan ma'rifat oleh Allah Taala tentang hakikat-Nya, itulah tahap iman Muqarrabin, seperti yang ada pada para nabi dan waliNya. Kalau setakat kita nih, yang masih bergantung hidup pada makhluk, toksahlah. Selagi kita rasa kena kerja, ada tanggungan yang perlu dijaga, bahkan walau ada sekelumit inginkan dunia (nak gembira, nak duduk, nak makan, nak berteduh, nak orang pandang kita).. belum lagilah tu.. Jadi, gunakan akal. Sedangkan orang yang dah terbukti imannya pun (Saidina Umar r.a) masih lagi ada usaha dalam menghadapi qada' dan qadar Allah, apa lagi kita.


Nak petik kata-kata idola aku i.e Dr. Burhanuddin Helmy "..hampir dan kerjakanlah apa-apa yang disuruh Allah.. Hadaplah dunia ini dengan penuh rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat..". Ana la arif wa la ahsan. Wallahu a'lam.



9 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

mak pegang ungkapan..di mana ada usaha disitu ada jaya...

when there's a will, there's a always highway...opocot a way

floweristachantress said...

to me, selagi boleh berusaha kita kenalah berusaha.. walaupun tak boleh lari dari qada' Allah... cuma kalau dah tahap air paras idung tu barulah berserah sepenuhnya menghadapi qada' Allah

wallahu wa' lam

HambaMaya said...

betullah tu.. Allah kan Maha Mengetahui.. hehehe

Mem Aluya said...

Dulu rajin berusaha, tapi sekarang berserah bulat-bulat saja lah... err... dah kuat iman gamaknya.

-yang meraban-

KitKet said...

haha.. itu dah kaya namanya mem aluya..

Zu said...

suka sgt kalau bro dah menghuraikan something kat blog siap ada contoh2 u......kalau tak usaha mcm mana nak dpt apa yg kita nak kan???

Mem Aluya said...

Tak do mana nya kaya Che Pah oii... kalau kaya I dah pakai Beetle idaman.

Sigghhhhh... tapi tetap syukur sangat-sangat dengan apa yang ada.

sw337un73j4 said...

me pegang satu jeww..konsep "usaha, doa dan tawakal"

usaha duluk, baru berdoa..pastu tawakalinnallah..

insyaAllah jika ikhlas dan bersungguh2, diniat pula kerana Allah, mungkin setiap usaha akan bertemu kejayaann..

HambaMaya said...

in ganu la nih.. ada masa skit nak blog.. hehehehe

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!