Sementelah hamba membaca blog Momok, maka hamba pun teringat kepada kejadian histeria yang giat berlaku di Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan sekarang nih. Hebohlah diperkatakan orang hingga terbit dalam surat khabar kisahnya. Tidak diketahui puncanya samada ianya perbuatan jiran halus kita ataupun hanyalah sakit psikologi semata-mata.
Teringat juga satu ketika di mana hamba telah bertanya kepada seorang datuk tentang asal terjadinya hantu-hantu nih. Maka berkatalah datuk itu, asalnya, syaitan dan iblis mempunyai kebolehan untuk merisik maklumat dari langit, yang diguna pakai untuk memperdayakan anak Adam. Tetapi apabila lahirnya Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam, maka kelebihan ini telah tertutup kerana Allah Taala memerintahkan malaikat memanah syaitan yang cuba mengintip maklumat rahsia ini. Maka alkisahnya, syaitan-syaitan pengintip ini yang dipanah oleh malaikat bukan semuanya hangus dan mati. Ada yang akan terhempas ke bumi menjadi cacat, bisu, dan bahkan ada yang menjadi mereng. Maknanya, hilang sudah separuh kebolehan syaitan ini.
Syaitan-syaitan jenis inilah yang digunakan iblis untuk menakal, menakutkan manusia dalam usaha untuk melemahkan iman mereka. Oleh itu, hamba menyeru kepada diri hamba dan sahabat yang lain, kalau mampu, janganlah takut kepada syaitan-syaitan ini kerana sesungguhnya mereka hanyalah makhluk yang lemah jua.
Wallahualam.
5 comments:
masa sekolah dulu penahlah tgk kengkawan histeria.. tapikan till now k.gee cam heran lagi tau.. dorang yg histeria tu sbb takut sgt ke atau kena rasuk ek? sbb bila tanya ngan member yg kena histeria tu diaorg kata letih sgt tak ingat apa2.. yg dorang ingat ternampak prompuan rambut pjg.. kalau takat nampak prompuan rambut pjg apa yg nak ditakutkan sgt ye tak? mungkin dorang nmpk lebih dari tu lah gaknyer kan?
mula2, in my opinion, histeria ni disebabkan kelemahan rohani. Tapi idea ni hamba tolak sendiri pasal tak logik kalau satu kumpulan mengalami kelemahan rohani at the same time. Jadi, mesti ada faktor luaran, gangguan yang kita tak nampak misalnya.. kalau kata nampak pompuan rambut panjang, maka gangguan luaran itu ialah pompuan tu lah.. macam ner dia ganggu, itu hamba tak tau.. tapi nak menakutkan seseorang memang lebih senang dari nak memberanikan seseorang..
emmmmmm syaitan ngan iblis tak sama ka????
sini takde histeria...mmg semulajadi student perempuan kat sini suka sgt gelak giler cam histeria...
Perihal cerita datuk tu...den ada baca di khitab hampir serupa...jin dan iblis sering kali mengintip rahasia dari langit dan halilintar serta kilat menyambar dan membakar mereka hingga kini...takde keje dak iblis gan syaitan ini suka sgt ngintip2 hingga kini katanya...tu pasal depa nih semua hodoh-hodoh belaka...
kalau org pula yang mengintip mau den pakai panah Ateha yang di beli kat pasar malam tu den pliang!...tercacak kat dahi baru syantik...LOL
baru fikir nak beli alat memanah untuk ariesya.. hehehe
Post a Comment