Tiba waktu insaf, bila si Hanuman sedar yang dia bukanlah manusia tapi sebenarnya dewa, maka dia kembali memohon kembali ke langit. Lalu bertanya Empunya Kerajaan Langit, ".. saat kau kembali ke langit, maka hilanglah segala kemahuan yang engkau ada sewaktu engkau masih manusia. Menyesalkah engkau?..". "Tidak", jawab Hanuman. Bertanya lagi Empunya Kerajaan Langit, " Sebelum engkau ku angkat kembali menjadi dewa, adakah engkau mempunyai kata akhir sebagai manusia?..". Dengan nafas berat, bersuara si Hanuman,
" Aku telah menemui cintaku yang hakiki, tapi aku tidak menghargainya. Bila aku sedar akannya, maka itulah perasaan paling sakit yang tak pernah aku rasa. Hmm.. andai cinta ini mempunyai tarikh luput, biarlah selepas 100,000 tahun lamanya.."
Lalu Hanuman diangkat kembali menjadi dewa, tanpa sebarang ingatan terhadap cintanya..
12 comments:
ni dewa ni asal dari mana ek?
teringat plak cerita sun wukung ngan zubaji..
"Salamat po ka yo"
"Walang anuman."
tu larrr.. lain kali hargailah masa yg ada.. nanti bila masa tu dah ditarik balik nyesal pun tak guna dah..
menunggu saat terindah dengan sabar.. heheheh
hanuman nih, dewa monyet versi hindu.. sun wukong tu dewa monyet versi buddha.. cuma, hanuman ni lebih terserap citer dia dalam epik melayu lama.. sampai ada salah satu tarian zapin kita di johor namanya zapin hanuman..
tapi ek.. kiranya hanuman tu tak melara jiwapun sebab dia terlupa kisah chenta dia kan? :-?
ooo...beginikah kisah hanuman tuu...
lepas dia jadi dewa balik, tak lara lah..
hunaman bukan besprennya si sita dewi sama arjuna ker..?
betul..
Cinta tak akan luput..walaupan muka bak Sang Arjuna tapa sekali pun....hihihihihihihihi
sue pon nak jd dewi lor kalo cm tue.. nak lupe duka lara kt dunia... boleh x bro? best ke jd dewi?
Post a Comment