Rasanya semua orang sibuk hari ni. Maklumlah besok dah Jumaat, dah nak abis minggu ni. So, kenalah siapkan mana-mana kerja yang tak siap lagi tu. Tapi bagus gak sibuk-sibuk nih. Bila sibuk, tandanya kita ada pekerjaan.
Malam tadi borak dengan kawan, pasal hal-hal dunia ni. Antara topiknya ialah "..masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum..". Aku ada pemahaman lain pasal pepatah ni. Let me explain:
Masuk kandang kambing, mengembek:
Bila masuk tempat orang, memang la kena ikut cara diorang. Kita kalau masuk kandang kambing pun, kalau tiba-tiba menjerit, memang kelam kabut la kambing tu lari. Tapi lepas tu, dia releks balik. Hehehehe.. Tak salah kalau sekali sekala, kita ajar kambing-kambing tu bercakap. Kambing tu boleh ikut atau tidak, takper. Yang penting kita dah usaha memajukan kambing tu. Kalau seorang guru baru, masuk ke sekolah yang kaedah ajarannya lama dan tidak berkesan, kenapa nak teruskan kaedah tu? Kenapa tak cuba buat perubahan?
Masuk kandang harimau, mengaum:
Mana ada orang berani masuk kandang harimau, ye tak? Kecuali penjaga bagi makan dia jer. Itu pun pasal kena bayar gaji. Hehehe.. tapi maksudnya di sini, kalau kena 'auuummmm" dengan harimau, kita kena 'auuuummmm' balik. Tapi bukan "auuuummmm' yang biasa jer, kena lagi kuat dari harimau tu. Barulah dia tau siapa yang kuat. Kita kalau asik kena tekan dengan boss kita, kenalah lawan balik. Tapi bukan lah dengan cara kita melawan cakap boss kita, tapi dengan cara kita kerja kuat dan cari idea yang lebih baik untuk buktikan yang kita ni ada capability.
Ini cuma POV aku jer. Korang boleh bersetuju atau tidak. Kesimpulannya, tak boleh la nak terus-terus selesa dengan keadaan sekitar kita. Kalau kita rasa boleh buat perubahan yang elok untuk orang ramai dan diri sendiri, tak salah mencuba. Tapi, biarlah berpada-pada. Jangan sampai kena pacak sudah..
9 comments:
Dah masuk kandang Samsara bagi dia makan. Okay jer.
samsara tu actually anak kucing.. nampak jer mcm rimau.. hehehe.. suara pun macam transv gelak.. hehehehe
tapi karang kalau harimau tu tepok kita cemana? tapak tangan dia besar woo..
sebab tu jgn kasi dia tepok kepala kita... hehehe.. dia nak tepok jer, kit ngelak lah.. macam ni.. hiap!! ha.. nampak tak? hehehehe
tengok gamba aum gan mbek tu...terpikir pula...kenapa tak mbek tu coba makan aum...sesekali ubah selera kan...ermmmm...ermmmm...ermmmm
Tak boleh... sebab embek dah mati pucuk semasa bayi lagi.
mak aihh..seriyau tengok hitu kambek nak dimamam ngan imau..ngeri lerr..
err, tpkan..napa slalu depa bg kesimpulan guna nate duo ekoq tu jer ek..napa tak bagi hayam ka, hitik ka, apa yg besh ngan kambek sama imau tu?
my POV pulak, tak semestinya kena mengembek bila masuk kandang kambing.. kalau nak mengembekpun kena tgk dulu tune ngan pitching nak ngembek tu... kdg2 tu lg elok nyanyi je ngan lagu sendiri.. ye la kan tak semestinya kambing tu baik bebenor skrg nih.. ada gak kambeng sewel.. menanduk je kejenyer..
dalam kandang rimau plak.. kdg2 tu kalau nak selamatkan diri dari rimau tu ngap lebih baiklah kita tak yah mengaum cam dia.. guna je bunyik sendiri.. yelah.. garang2 rimau tupun ada gak time dia manja kedemek... kalah jugak dia kalau kena ngan bunyik yg lain dari aumm tak gitu HM?
bernas.. bernas.. macam padi pilihan bernas.. hehehehe
Post a Comment