Kehadapan Presiden Barrack Obama,
Salam sejahtera diucapkan kepada tuan, semoga berbahagia di samping insan tercinta. Tahniah juga diucapkan kerana berjaya menjadi Presiden Amerika penggal ke 44. Lepas nih tempat kediaman rasmi presiden Amerika tak bolehlah lagi digelar "White House".
Sebelum itu saya ingin meminta maaf kerana menulis surat ini di dalam Bahasa Melayu. Bukannya apa, memandangkan tuan kini antara orang yang paling berkuasa di dunia, amat mudah rasanya untuk tuan mencari penterjemah Bahasa Melayu dan tak perlulah saya menyusahkan diri memikirkan ayat Bahasa Inggeris untuk tuan.
Tuan Presiden,
Diharapkan dengan kewujudan tuan di arena politik Amerika, maka tidaklah lagi negara tuan menjadi penyibuk di negara orang. Bak kata orang Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mungkin tuan tak faham, tapi, buat-buatlah faham. Selama ni pun, Amerika memang suka buat-buat faham.
Semoga tuan juga boleh melakukan sesuatu ke atas dasar "double standard" terhadap orang Islam. Dengan idealogi demokrasi yang tuan jadikan dasar hujah, tidaklah ada lagi sebarang bentuk penindasan terhadap orang yang beragama Islam, walaupun saya tahu yang tuan tidak boleh melakukan apa-apa terhadap dasar Amerika dengan Israel.
Akhir kata, semoga perlantikan tuan ini boleh membawa perubahan kepada pemikiran politik Amerika dan juga pandangan orang luar yang dah menyampah dengan negara tuan kini.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Dengan penuh kejujuran,
Hambamaya
6.11.2008
11 comments:
lol!!! mudah-mudahan obama rajinlah nak membalas tak pun sekurang2nya letakkan komen dia kat sini :)
oh ya.. kalau dia dtg komen tolong kim salam tak assalamualaikum kat dia ek.. pas tu bgtau bini dia pakai baju tak berap nak cantiklah masa dia menang tu.. lain kali pakailah baju yg cantik2 sikit hihihih
Sejarah!
Kalau dia balas surat kau ni... lagi sejarah!
Kui kui kui.
betullah!! isteri dia pakai selekeh betul masa dia menang..
ishk sempat pulak mengata..she's an intelligent darn brainy one women...
...I'm overpowered by her intelligence over material needs.... u all nih tak bayek tau
...hep...hep
anyway dear Obama...I knew deep inside u got wonderful ideas to change the world...please do mind ur own bzness becos I'm defintiely not interested...
even tho I had a big crush on you before...it does not mean anything now or ever...
...eversince u did make a pact with the evil titans...
I hate u poeber...plese mend ur ways before I changed my mind again...
mcmlah obama kenal aku...hihihihihihi
wahahhahahha pedulik hapa dia pandai ke tak.. memang baju dia tak berapa semenggahlah k.gee lol!!!
adoi hahahahahha bengang aku baca surat ni syabas bro
i thot i was the only one with a crush to obama..chesss.. LOL!
Hihihi... dah penat sangat bersengkang mata berdiri di belakang somi tercinta. Tak dan nak mekap and pilih-pilih baju kot. Hehehe.
aku rasa bini dia akan keluar dalam fashion crime nanti.. hehehehe..
hem....hemmm
ai PA Obama mewakili malaysia,
errr Tuan HambaMaya,
Mr. Obama menjemput Tuan makan malam bersama beliau di Rest mamak...
ngeh2ngeh... hidup broooooo
aik.. restoren mamak jer..
baik makan dengan pak lah jer.. hehehehe
Post a Comment