Wednesday, November 5, 2008

Hutang


Keluh resah hamba dibuatnya hari ni. Banyak betul orang datang pasal nak mintak nasihat. Sendiri punya diri pun bukannya pandai sangat nak bagi nasihat, tapi setakat yang hamba boleh tolonglah..

Kadang-kadang hairan jugak tengok manusia nih.. bila buat sesuatu, tak mau fikir dulu tentang akibatnya pada diri sendiri. Hutang buat berlambak sampai jumlah bayar bulan, lebih dari gaji sebulan. Ada tu pulak, cinta punya pasal sanggup buat hutang dekat Ah Long, bagi pinjam dekat ex-husband. Diulangi, ex-husband...

Ni nak pesan nih, kalau guna kad kredit tuh, sebelum swipe, cuba pikir boleh bayar tak, at least minimum payment bulan tuh. Bila nak buat hutang umah ke, kereta ker, pun sama, boleh bayar ke tak.. ni bila dah datang tukang tarik kereta kat umah, bila bank ugut nak lelong umah, barulah kelam kabut nak carik duit settle hutang..

Papehal pun, sesengkek mana pun lah korang, please, I beg you all, cubalah elak dari buat pinjaman dengan Ah Long or so called 'Syarikat Pinjaman Berlesen'. Nanti, keluar air mata berdarah pun tak guna..

Akhir kata, terimalah pantun nasihat dari hamba:

Buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali,
buat hutang tengok belanja,
jangan sampai tak cukup gaji.

hehehe..


11 comments:

floweristachantress said...

best pulak pantun ala2 karam singh walia tu hehehhe

betul tu.. tapi kena awal sikit berpada2 tu.. bukan sebelum swipe.. sebelum decide nak amik boh dlm troley tu pikir dulu mampu ke tak.. agak2 kalau minimum paymentpun tak leh lepas.. baiklah lepaskan je barang tu kan? :)

NaD said...

salu bagi org hutang. tapi bila nak mintak balik segan. si penghutang pun tak gheti2 nak bayo balik hutang. last2 sendiri tensen :P

Mem Aluya said...

19 hari pertama setiap bulan adalah percuma tanpa interest bila swipe keredek card. Guna selepas tu... kena la interest... sebab dah hujung bulan cash pun dah lenyap. So bikin hutang la. Bank suka.

Betul ke teori ni, Tuan?

aNnE^wHaTeVeR said...

tu pasal mama bagi credit card tanak amik..sal takut kang "tak nak fikir" mampu bayar ke tak sal bukan kite yg bayar..ohohoho.. tadak anak sebaik saye yg reject plastic money...ohoho (perasan gila!)

HambaMaya said...

mem, la nih dah tak macam gitu dah start 1 julai 2008.. now, the moment you swipe the card, interest is on..

Zu said...

aku bersyukur tak pernah tergoda untuk apply credit card

HambaMaya said...

tak yah pakai la kad.. pakai baju lagi bagus.. hehehe.. tapi, klu perlu, biar at least ada satu jer utk online payment..

aku la ros said...

setakat ni tak nak menambahkan hutang lagi.. cukup aa hutang keta.. abis keta..baru leh beli umah.. hehehehe

HambaMaya said...

itu hutang besar2.. hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi.. semua tu pun kena hati2.. kereta kalau tak bayar, boleh tarik jer, kad kredit kalau tak bayar, boleh masuk jail ooo...

KitKet said...

tuan hamba.. tulon bayo beta nyer card bleh? muehehehe..

boleh.. boleh blah.. (tulon jawap sendirik)

Zu said...

bro online payment pun dah boleh pakai debit card so rasanya tak perlu kot c.c ni

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!