Wednesday, September 10, 2008

Masih ada lagi..


Last night, aku buat satu research berkenaan tenaga.


Like we all know, tenaga adalah satu elemen yang tak dapat dihapuskan tapi dapat diubah. Sebagai contoh, kalau kita baling bola, ada tenaga yang terlibat. Tenaga tu akan sentisa wujud walaupun bola tu berhenti. Bola tu terhenti kerana berlaku perubahan tenaga apabila bergesel dengan udara yang menghasilkan pula tenaga haba.. haaa.. ajaib tak? Subhanallah..


Tapi macamana pulak dengan tenaga yang hidup? Maksud aku tenaga yang datang dari nyawa kita sendiri. Since semua benda menghasilkan tenaga, sudah tentu nyawa kita, nafas kita pun menghasilkan tenaga. Langsung aku teringat dengan YOGA yang Momok buat, TAI CHI, dan SILAT . Semua ini memerlukan satu gerakan berkoordinasi, bertujuan untuk menghasilkan tenaga.


Actually, benda ni semua kita boleh apply dalam kehidupan kita bila kita berhubungan dengan sekeliling kita. Bila kita memulakan sesuatu terhadap orang lain, samada benda yang elok atau tidak, perkara yang dilakukan tu sebenarnya mencipta satu tenaga dan disampaikan ke orang tu. Ingat, kalau benda elok yang kita buat, maka benda elok jugalah yang akan berkekalan. Kalau benda tak elok, maka benda tak elok tu jugak akan berkekalan. Walaupun kita ingat perkara tu dah selesai, hakikatnya ia masih wujud cuma dalam bentuk yang lain.. hehehe..

12 comments:

Zu said...

dah masuk 4 kali baca tak paham jugak.......otak dah bengap...

"kalau benda elok yang kita buat, maka benda elok jugalah yang akan berkekalan. Kalau benda tak elok, maka benda tak elok tu jugak akan berkekalan"

means apa saja perlakuan kita d panggil tenaga???n kenapa pulak dia boleh kekal???

HambaMaya said...

i don't expect anybody to understand it actually.. hhehehe.. biasalah.. tulisan tahyul mmg gini..

my answer " kelakuan bukan tenaga tapi menghasilkan tenaga.. samada positif atau tidak..since tenaga tak boleh dihapuskan tapi boleh diubah, maka apa yang kita lakukan akan kekal samada dalam bentuk asal atau dalam bentuk lain.. dalam Islam sendiri ada terms dia sendiri untuk amalan baik yang berkekalan iaitu amal jariah.. "

haip!!

NaD said...

Owh..complicated untuk difahami terutama apabila dibaca ketika sedang lapar.

Ape2 pong, saya akan nak hangin sekiranya Tenaga Nasional Berhad memutuskan bekalan tenaga elektrik di kawasan perumahan saya yang berhampiran dengan Taman Tenaga. sekian, tima kasih.

Mademoiselle Cynicleopetra said...

tenaga dalaman nih sungguh hebat...jikalau rasa ingin kurus bolehlah amalkan tenaga dalaman untuk menghakiskan lemak-lemak tersemunyik dan tak nyata oleh mata kasar...

tulah kaedah yoga...instructor den ajor lerr dan ada logiknya...

Hanya mengunakan pengerakan dan tarikan nafas kita leh control as a whole....jasad, nafsu, penyakit dan sewaktu dengannya...

tahan kentut tu pun salah satu kaedahnya...hihihi ooops gurau jerr...tapi benar

HambaMaya said...

tahan kentut ek.. hmmm.. (kentut sikit) nah, amik ni mok.. serangan kentut lapan hari tahan.. hehehe

Zu said...

pulak????dr tenaga leh sampai ke amal jariah emmmmm tak pa lah bro hm semakin d explain semakin aku naik bingung:D

floweristachantress said...

cemana nak kira amal jariah ek kalau pakai formula ni:

E=mc2 ??

hihihihi saja nyakat.. lariiii.... (lari sbb tak tahan bau kentut tu :))

HambaMaya said...

E=mc2 boleh pakai apa.. impak yang sama berlaku hasil dari perbuatan yang sama.. haaaa....

floweristachantress said...

hahahhahaha pandai.. :)

zool irfan said...

urut tenaga batin pun cara gak..
hehehe

HambaMaya said...

urut kena urut.. tapi kena tahan la geli sikit... hehehehe

Mem Aluya said...

Tenaga yang hidup?? Macam dah tak de tenaga je ni ha. Tu pasal hidup segan mati tak mahu.

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!