Thursday, September 11, 2008

Air, Oh Air!!


Ada satu hari, dalam pencarian aku, aku bertanya dengan salah seorang insan yang aku jumpa di Kajang. "..kenapa air selalu digunakan sebagai penawar..?" Jawab beliau:

Allah Taala jadikan air ni sebagai makhluk yang ikut arahan dan makhluk yang paling sensitif. Kalu tak caya, air ni kalau kita letak gula jadi manis, letak garam jadi masin, and bila letak ubat, jadilah ubat.

Boleh terima. Pasal aku ada gak terbaca yang air ni sebenarnya mampu menyimpan tenaga. Sebagai bukti tenaga haba. Sesetengah saintis yang tak percaya dekat hantu pulak menyatakan yang hantu wujud disebabkan peninggalan gelombang negatif makhluk. Apa yang kita nampak adalah pembalikan semula gelombang negatif tersebut. Tapi medium apa yang digunakan untuk simpan gelombang negatif ni? Obviously air. Sebab itu, kita banyak dengar cerita hantu dalam bilik air, tepi sungai, dekat paya..

Ada satu petua nak dikongsi bersama geng sekalian. Bila minum air dengan kawan-kawan, janganlah cakap yang bukan-bukan depan air pasal apa yang dikatakan tu akan "direkod" oleh air tu. Bila kita minum, benda yang negatif tu akan masuk dalam badan kita dan merosakkan badan kita. Sebelum tidur pulak, amik air kosong and bisik kat air tu untuk sihatkan badan kita and minum separuh. Besok pagi bila bangun minum lagi separuh.

Selamat mencubo yo!!

13 comments:

floweristachantress said...

air paling baik ialah air utk tetamu Allah di Mekah.. air zam zam :)

Zu said...

patut lah ada petua org dulu2 suruh minum air berserta selawat selepas bgn tido.....ini lah faktanya kan bro???

HambaMaya said...

haaa.. lebih kurang lah tu.. actually, orang barat pun percaya dengan fact ni.. kalau korang semua ingat cerita minority report lakonan tom kurus tuh.. hehehe

NaD said...

Nad percaya pasal ni. Sebab tu bila baca yassin, kalau bawak air kita kena bukak tudung air tu, supaya air tu "merekod" bacaan ayat suci Al Quran.

Ada sorang kawan abah penah cakap ngan nad, air ni dia ada 'wajah' dia sendiri. Air yg suci, especially air zam-zam, bila diletak bawah cahaya dia akan nampak berkilau mcm kristal.
Tapi air tu kalau kita maki dia, kita cakap benda2 tak baik, bila diletak bawah cahaya, dia tak berkilau.

Wallahualam.

HambaMaya said...

betul tu.. like i mentioned earlier, air ni amat sensitif.. jgn lah cakap yang bukan2 kat air pasal ia mampu mengubah struktur ikatan air tu..

aku la ros said...

owh.. begitu.. lepas ni tak mo ckp kasar2 lagi depan air...

neesa_jun said...

waaaaa....menarik nih....thanks bro...

KitKet said...

owh.. baru ku tahu... thanks for the info

Mademoiselle Cynicleopetra said...

aha dulu mok di beritahu oleh ustad mok...sebgai seorang ibu...mok harus membaca surah untuk air minuman anak-anak gan bapa sekaligus...kerana doa ibu makbul untuk anak..dan bapa sekaligus..

Doa ibu untuk anak...biarlah anak ku jadi anak soleh soleha dan menurut kata..

Doa isteri buat somi...biarlah buta mata somi ku dari melihat wanita cantik..biarlah dia nampak semua cam gonjeng...

uwakakakak gurau jerlah...LOL

HambaMaya said...

gurau boleh, tapi jgn depan air tau mok.. kua..kua..kua..

zool irfan said...

baru tahu gak ni..
akan ku cuba nanti..

Mem Aluya said...

Ok. I nak tau kenapa diminum separuh saje?? Apa pula rahsia membiarkan separuh lagi semalaman?

HambaMaya said...

separuh tu diminum untuk malam hari pasal waktu tu ialah waktu darah dibuat..

separuh lagi untuk pagi pasal waktu tu pembuangan sisa berlaku..

alkisah..

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!