Disebut rakyat marhain tentang Si Bedul yang lurus bendul diangkat orang menjadi ketua di sebuah negara yang asalnya aman damai. Dilantik pula olehnya Si Bedul rakan-rakannya yang sama-sama lurus bendul agar senang dibawa bicara. Tak dilupa seorang anak angkatnya yang hitam legam, rambut penuh berminyak, yang diambil dari entah lubang mana. Maka memerintahlah Si Bedul bersama rakan-rakannya dan anak angkatnya itu, bak kata orang, beraja di mata bersultan di hati. Menggelenglah kepala setiap rakyat yang pernah mengangkat Si Bedul dahulu. Mengeleng juga kepala Si Hidung, bekas ketua negara yang dulunya aman damai.
Satu hari, berlakulah sedikit peralihan kuasa. Maka ramailah rakan-rakan Si Bedul ditolak rakyat walaupun Si Bedul masih lagi memerintah dengan anak angkatnya yang hitam legam dan rambut penuh berminyak itu. Namun keadaan makin lama makin teruk di negara yang asalnya aman damai itu. Rakyat berkata anak angkatnya itu, yang hitam legam dan rambut penuh berminyak itulah punca negara jadi kucar kacir.
Arakian setelah itu naik pula harga kurma dan buah pisang yang menjadi makanan ruji negara itu, sedangkan negara itu memang terkenal dengan ladang kurmanya yang luas dan kebun pisang yang sejauh mata memandang. Dinafikan pula rakan Si Bedul yang menjaga hal ehwal kurma dan pisang ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh hal ini. Menggeleng lagi kepala rakyat.
Si Hidung sudah beberapa kali berpesan kepada Si Bedul agar berundur, tapi dalih Si Bedul masih banyak lagi barang yang belum naik harga lagi yang perlu dinaikkan harga lagi. Ini semua untuk kepentingan rakyat.
Dan menggeleng lagilah kepala rakyat.
Hambamaya - Sampai bila nak geleng kepala?

17 comments:
kalau harga beras malmbung lagi...makanya mak anak beranak kene makan pisang jerr...
ini semua angkara spekulator lh ni.. tak paham aku ekonomi skang nih..
agaknya nnt smpai satu tahap, kita semua mkn ubi kayu balik lah mcm zaman jepun dulu.. hehehehehe
penah bc paper, ada negara yg dah suruh rakyatnya makan ubi kentang dari beras (rasanya myamar @ filipina) tak sure laaa
arakian si anak angkat yang hitam legam dengan rambut berminyak tu jua berasmadana lah ia dengan puteri duyung yang cantik ropawan..
persidangan meja bulat salah seko hulubalang raja bedul telah bersuara supaya subsidi diberi pada pisang dan ubi kayu dan bukan lah kepada minyak tanah..
nasib baik ada seorang bijak bistari telah bersuara hatta harga minyak tanah yang melambunglah maka harga pisang dan ubi kayu turut dilambung ombak..
sekian dogengan sang kelembai lagi..
hurmm pas ni nak start makan ubi kayu ler, nak cube telan pisang.. wah pas ni xyah ler mangun pagi p joging coz dh leh kurus ar bile smua mlambung naik.. hahaha kurus kering ler sue pas nie bro..
maka hulubalang yang bersuara itu amatlah bongok sebenarnya pasal hanya nak tunjuk hebat depan layar perak!!
kurus kering? jgn lah tahap gitu hendaknya insya Allah..
maka si bedulpun mewujudkanlah kelompok sana sini dari kalangan kakitangan istana utk mesyuarah menangani masalah kebuluruan yg mungkin akan melanda... maka banyaklah kerja2 kakitangan marhain di bawah kakitangan istan yang tergendala adanya keran amatlah banyaknya mesyuarah sana sini.
maka adapun permesyuaratan yang banyak berlangsung itu menggunakan lebih banyak lagilah duit ufti dari rakyat marhain maka tindakan menaikkan lagi harga terpaksa dilakukan lagi.
akhirnya si anak angkat yang hitam legam dengan rambut berminyak itupun terpaksalah menghantar segala harta karun miliknya yg entah dari mana didapatnya itu ke luar negara bagi menjaga keharmonian hidupnya...
sekian adanya sebahagian dari hikayat si bedul yg disampaikan oleh kakitangn istana
yang bahagian anak angkat hitam tu hilang dari simpanan tukang karut tuh.. rupanya disorok kakitangan istana..
benarlah perkhabaran dari sang pungguk bistari tersebut.. bahawasanya si anak angkat yang hitam legam dengan rambut berminyak bersenang lenang lah ia di bawah tampuk pemerintahan ayahnda angkat tercinta.. bersorak sorai lah para gundek sekalian hatta dapatlah juwe penangan perkhidmatan.. sang puteri adalah bermandi air mata sendiri sajalah setujuh tempayan
hahahah.. bagus jugak komen kowang semua.. mangis lah pendita zaa'ba
bagus2... sungguh hebat karya2 & komen2 anda.. pas ni boleh lah kite terbitkan buku ek? apa ek tajuk buku nie.. hurmmm nnti kite pk kan okies? teruskan berkarya
waduh terpesona mak melihat komentar sejagat 360 sungguh terpesona...meruntum jiwa tatkala membaca kisah budak itam legam berambut hitam kilat melekat arakian di bawah naungan pemerintah yang di julang-lambung maka...
rakyat jelata semua menjadi pasrah hampa tak dapat menikmati keindahan makan dengan sewenang-wenangnya lagi...
makanya kita ini harus bersyukur...kita tak pernah menghadapi saat getir kehidupan sehingga, pabila kini harga beras dan minyak naik terlambung-lambung kita sudah mula menangis air tujuh tempayan tak sudah...
ada iktibar di sebalik kejadian tertulis ini...
heheheheh... tak sangka semuanya pujangga belaka.. ahaks..
Tiada apa dikotak fikiran hamba melainkan ingatan terhadap bulan purnama... kata-kata "sang pungguk rindukan bukan" berlegar-legar di segenap ruang diri.
Andai hanya sepelaung luas lautan, akan kuredah juwe. Oh... tak terdaya rasa menyuap setempurung nasi.
bagaikan pungguk rindukan bulan
mengharap cinta, tak kesampaian
sabar menanti hadirnya malam
moga indah mimpi
bila lena nanti..
(lirik lagu hambamaya)
err..apa plak madah patik iyerr..
hermm..nyanyi laguk ni lah..
"angguk-angguk, geleng-geleng.."
Post a Comment