Tuesday, May 6, 2008

Kita Gagal..


Al kisah disebut orang, seorang hamba Allah pergi belayar. Maka diqadarkan dia terjatuh ke dalam laut. Maka bermohonlah dia ke hadrat Allah bantuan-Nya. Lalu sampailah sebuah perahu. Dihulurkan tangan oleh tuan perahu, tapi tidak disambut kerna katanya hanya menanti Allah sebagai penyelamat. Berlalulah perahu tersebut sebelum sampai sebuah kapal yang lebih besar. Sekali lagi, bantuan ditolak atas alasan yang sama. Maka matilah hamba Allah tersebut kelemasan.


I don't know samada korang semua pernah dengar atau tidak cerita di atas. But this was told but my ustaz di sekolah dulu. Ustaz aku berkata, inilah contoh orang yang tidak mengharapkan pertolongan sesiapa melainkan Allah Taala.


Well, that was his opinion. But for me, hamba Allah tersebut telah gagal mengenalpasti pertolongan yang diberikan oleh Allah. Secara tidak langsung, sebenarnya, Allah Taala telah menyampaikan pertolongannya dan menyahut doanya melalui perahu dan kapal tadi. Bukan semua orang boleh menjadi seperti Nabi Ibrahim yang apabila dibakar oleh musuhnya, baginda masih tenang. Sehingga apabila Jibrail datang menghulurkan bantuan, maka kata Nabi Ibrahim "Cukuplah Allah sebagai pembelaku". Berbeza dengan hamba Allah yang diceritakan tadi, Nabi Ibrahim hanya menyerahkan nasibnya kepada Allah kerana baginya, Allah lebih mengetahui. Itupun kerana tahap imannya sudah sampai ke tahap muqarrabin.


Kalau dikaitkan dengan sekitar kita, ramai sangat yang gagal mengenalpasti bantuan Allah sehingga kita tidak mensyukuri kebaikan yang ada pada kita. Ada ramai juga yanag gagal mengenalpasti bencana atau ujian yang dikenakan ke atas mereka. Dalam kes Sufiah contohnya, dia gagal untuk mencapai bantuan yang dihulurkan kerana ego dan dendamnya. Dalam hal politik, UMNO gagal memanfaatkan peluang bila PAS ingin berbincang tentang masa depan orang Melayu. Dalam hidup kita sendiri, kita gagal untuk berusaha meningkatkan mutu kerja kita sedangkan kita berdoa untuk kaya.


Nonetheless, aku harap sesiapa yang ada masalah jangan pernah putus asa memohon bantuan Allah. Dan aku juga berharap, sesiapa yang didatangi nikmat Allah, janganlah terlupa untuk terus bersyukur kepada-Nya.


10 comments:

KitKet said...

sometimes pertolongan tu datang dalam bentuk yang xdisangka.. bukan straight to the point.. cemana nak cakap ek?

ok example.. kita lapar tapi xdak duit nak belanja. suddenly jiran ajak tolong tebas kebun dia. nak pegi ke xnak?

katalah kita pegi.. then tolong apa yg patut.. jiran terus ajak makan.. langsung dengan makan malam sekali..

ha gitu lah dogengan sang kelembai.. sekian

HambaMaya said...

ya betul.. jangan la lepas kita tebas pokok tu, orang ajak makan kita tolak pulak.. diaikhlas nak bagi.. kita sebat jerlah ek.. hehehehe

floweristachantress said...

tak penah pulak dengar cerita ni.. tapi, hamba Allah tu betul2 dah salah tafsir pertolongan dari Allah SWT tu pasal dia tolak pertolongan dari 2 buah kapal tu.. tapi memang ada masanya kita terpaksa hanya berserah sepenuhnya pertolongan dari Allah.. macam kalau dah kena bakar tu.. apa lagi kita boleh buat berserah sepenuhnyalah sama ada mati atau recover which is best for us hanya Allah yg tau.. maka mungkin pertolongan dari Allah diturunkan dalam bentuk kita dapat diubati sehingga sembuh.. tapi kalau gagal kenal pasti jadilah cam tu mati lemas sorang2.. nak makan itik tok wi pun kempunan :P

HambaMaya said...

actually, penyerahan secara bulat kepada Allah tu ialah iman yang sebenar. Tapi macam biasa, Allah akan lihat niat kita.. macam Nabi Ibrahim, mmg niat penyerahannya ikhlas kepada Allah. Dan dia yakin dengan qada' & qadarnya. Penyerahan Nabi Ibrahim berilmu.

Zu said...

syok2 aku baca entry tiba2 aku gelak bila masuk pulak contoh2 politik heheheh tp betul la contoh2 tu bro...hehe

sw337un73j4 said...

jangan plak..tulun tebas takmo, tapi bila hajak makan..dia yg pi dulu..hampeh!

tp patik sgt teruja membaca hikayat tuan hamba..bernas-ik dan berhilmuann..hehe

Mem Aluya said...

"actually, penyerahan secara bulat kepada Allah tu ialah iman yang sebenar."

Nak nangis jap...

Mem Aluya said...

Jap, macammana berserah bulat-bulat sedangkan kita dikurniakan akal dan kudrat untuk berusaha? Allah turunkan perantara Nya. Ada dimana-mana, kita yang perlu berusaha mendapatkannya. Kalau doa sajork, dan berserah sajork bulat-bulat... Allah tolong juga ke? Ya, Allah maha pengasih, penyanyang dan pemurah. Tapi...

Lihat balik kisah tadi... akal ada kudrat ada... berenanglah... perantara rezeki, Allah dah sampai kan.

Sighh...

HambaMaya said...

sebab itu hati kena bersih.. ilmu kena ada.. pengertian qada & qadar kena faham.. jgn jadi mcm orang tabligh yang gi ziarah tapi tinggal anak bini takder makanan dengan alasan Allah akan jaga.. Rasullah sndr berpesan, tambat dahulu untamu, kemudian bertawakal..

Mem Aluya said...

Okay, nak cuba ingat the first parts of your response. Thank yousss!

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!