Albert Einstein said that "Imagination is more important than knowledge", and I believe that we often hear that people saying that "Knowledge is power". Is this mean that imagination is very powerful? Bila fikir balik, aku rasa jawapannya "..ya..".
Teringat dulu masa mula-mula belajar basic main gendang silat dengan Tuan Guru Hj Anuar Abd Wahab, beliau bercerita orang tua-tua dulu takde asas muzik pun. Tak tau pun baca taugeh-taugeh hitam and putih ni. Diorang nak cipta satu lagu yang boleh memberi semangat. Mula-mula diorang ketuk-ketuk je gendang. Tapi takleh main terus ketuk. Mesti ada intro dia. Bila dah ada into, nak kasi sedap bila silat ditari, diselitkan pula beat-beat yang lain. Disulam pulak dengan alunan serunai. Diisi pula ruang dengan gong. Semua ini berdasarkan imaginasi mereka.
Bagi aku, orang Melayu kita ni memang dah lama berimaginasi. Memang hebat imaginasi mereka. Kalau tak percaya, tengok saja ciptaan wau. Mereka tengok burung. Mereka tengok daun yang diterbang angin. Lalu mereka cipta satu permainan. Siapa sangka ciptaan dari buluh, lidi dan kain mampu terbang tinggi di langit?
Cuma masalah orang Melayu ialah mereka cukup berpuas hati dengan imaginasi mereka setakat yang mereka ingin pada waktu itu. Agaknya, kalau orang Melayu tak berhenti berimaginasi, dari sebuah wau, agaknya orang Melayulah yang akan menjadi pencipta kapal terbang pertama. Siapa tau? Hehehehe...
Sekarang ni, memang orang Melayu banyak berimaginasi. But a worthless imagination, as a result from over dose of ecstasy, alcohol and sex.. Hehehehehe...
13 comments:
salam bro,
tertarik dgn apa yg bro tulis tue, betul jugak kan.. kalo lah org melayu xberhenti berimaginasi tentu org melayu yg ptama mcipta wau.. jd xsalah lah ek sue berimaginasi dlm usia sue 40-an sue dh ada empaya sndri.. means bkn lah empaya apa just nak jd penternak moden.. boleh ker berimaginasi mcm tue?
eh silap bro.. mencipta kapal terbang ler.. adusss sori bro... otak ke lain ar bro
biasalah.. imaginasi nak bina masjid pulak ek.. heheheh
hehehehe imiginasi memang penting tapi kalau dok imagine jer.. berangan tak sudah.. implementasi tak de.. jadi ler mat jenin... jatuh dari pokok ler jawabnya.. ayam, itik kambing lembu suma bersepai.. :))
hahaha.. perut saya lapar ler.. saya imagine nak makan ayam goreng..
*blink blank* (khidmat genie) terus ada virtual ayam depan mata
aku suka berimaginasi yang aku adalah ..... (rahsia).. hehehehe
time demam2 ni berimaginasi tak besh..wat sakit paler... bila la leh mc ni...
tak salah berimaginasi..malah digalak utk improved diri to be the best tp jgn la angan2 kosong..
biaq imaginasi yg ada target, matlamat dan hala tuju..
bak kata dr tuah..membina imaginasi cemerlang :D
cuba imagine kalau blogspot ni mengong jugak mcm 360....muahahahhaa sorry kuar tajuk
Imagine Bamin tu seorang Jumper. Wah... best nyer!!
aku pun nak jadi seorang Jumper.. "..er, sayang, hari ni kita sarapan di dubai, lunch di german.. pukul 2 kita rompak bank, malam kang kita tengok bintang kat great wall of china.." Hheheheheheh
Tu la kan. Nanti kita loncat seluruh dunia sama-sama ek. Double date gitew.
Nanti I nak suruh Bamin beli satu apartment kat Manhattan. Kat trump Tower ke. Wahh...
Jangan lupa nanti kita gi piknik kat Bora Bora... dengan Palawan... ek... soh Mem you siapkan 2 pieces.
Post a Comment