Friday, May 23, 2008

Teori Pengembaraan Masa


Aku ada satu teori gila sebenarnya. Teori kenapa ada manusia yang boleh berjalan menembusi masa sedangkan dia bukan mutan. Hehehehe... macam takder benda lain nak pikirkan? Tak tau lah korang boleh terima atau tidak. Aku tulis idea aku nih dalam "Buku Kecil" aku. So, aku nak share dengan korang buah pandangan aku.

Hipotesis 1:

Masa merupakan makhluk Allah berdasarkan pemahaman yang Al Khalid (pencipta) akan bersumpah atas nama makhluknya dan makhluk akan bersumpah atas nama Penciptanya (Allah). Di dalam surah Al 'Asr Allah bersumpah di atas nama masa. Oleh itu masa juga adalah makhluk walaupun tidak berjasad.

Hipotesis 2:

Berasaskan fakta bahawa manusia itu diciptakan Allah sebagai Khalifah di muka bumi, dengan izin Allah, manusia boleh memerintah apa sahaja makhluk di muka bumi ini sebagai Khalifah di muka bumi.

Kesimpulan:

Sebagai Khalifah di muka bumi manusia boleh memerintah apa sahaja makhluk yang ada termasuk ruang dan masa. Apabila ini terjadi, maka perjalanan menembusi masa dan ruang boleh berlaku. Namun, beberapa syarat harus dilaksanakan seperti kejernihan batin, yakni manusia haruslah mensucikan keadaan jasmani dan rohani, 100% pengabdian kepada Allah.

Hehehe.. panjang lagi huraian dia sebenarnya, tapi malas nak taip..gambar kat atas tu, aku amik dari Buku Kecil aku.. antara isi kandungan.. siap dengan ilustrasi lagi..


15 comments:

sue cipot said...

kalo leh p ke masa lain sue nak balik ke alam skolahb alik.. nk belajar rajin2.. skrg mesti dh jd org kaya huhuhuhu cm mana nak kaya nie?????

HambaMaya said...

kaya kalau hati tak senang tak guna gak sue.. hamba kalau boleh balik masa dulu, taobat nak buat hutang.. tak mau pakai kredit kad.. tak mau buat personal loan.. nak buat simpanan banyak-banyak..

zool irfan said...

emmmm.. best blog kau ni bro.. ada gendang.. siap ada lagu orang kampung..

ni dalam ilmu tasauf ada gak skit teori ni.. huh.. jauh sungguh tuan hamba merantau..

floweristachantress said...

aduhla... den selalu gak pikir benda2 cam gini even more.. tapi cecepat den rentikan.. hhuhuhu ilmu yg biasa2 lom pas.. tak sanggup den nak masukkan tasawuf plak..

tapi, apa benda pun boleh cuma ilmu kita nih paling bykpun cuma yg melekat kat paruh burung je..

HambaMaya said...

time kasih la atas pujian tuan hamba.. biasa jer blog nih.. hehehe

setakat merantau di luar halaman rumah, masih jauh lagi perjalanan perlu dihabiskan.. hehehe..

HambaMaya said...

kalau boleh, hamba nak lebih dari takat paruh burung jer.. i want to explore my ability.. sampai takat mana boleh tahan..

floweristachantress said...

nak explOre more tu boleh tapi jaga-jaga jgn sampei isim huhuhuhuh

Mademoiselle Cynicleopetra said...

me tingat gan moyang den...according to my mom...moyang den suami isteri ghaib...anak2 beliau sungguh terkejut ..moyang den seorang yang sgt alim dan sentiasa dlm kecintaan...nantilah den cerita ya...walluallam cuma nak kisahkan apa terjadi jerr...LOL

sw337un73j4 said...

nak gi pinjam de lorrean kat doc brown sama marty nak back to the future part 4..ahak!

but then, gud thinking bro..possible teww!!

Zu said...

lau boleh balik masa dulu aku tak nak cintan2 merana woo putus cinta ......huhuhu..

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Kalau ikutkan, Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah seorang time traveller. Masa Israk Mikraj, dia telah melawati syurga dan neraka, dan melihat penghuni2 di dalamnya, sedangkan belum ada seorang penghuni bagi kedua2 tempat tersebut lagi (belum dihisab di padang Masyhar). Kelajuan kenderaan yg dinaiki oleh baginda, Buraq adalah melebihi kelajuan cahaya.

Albert Einstein dalam teorinya, Law of Relativity menyatakan yg masa ini adalah konstant jika sesuatu benda itu bergerak melebihi kelajuan cahaya, tetapi dia tak dapat buktikan teori dia tu sebab skrg ni mmg takder satu kenderaan pun yg melebihi kelajuan cahaya.

Dalam kes Ashabul Khafi (penghuni syurga), mereka telah tertidur selama 309 tahun, tapi biler mereka bangun, rupa mereka sama sahaja seperti sebelum mereka tertidur. Jadi masa bergerak bagi mereka ketika itu adalah konstant (tak bergerak pantas). Begitu juga dengan kisah Uzair (yg dianggap sebagai anak Allah), sebab telah ditidurkan selama 100 tahun, namun wajah dan rupa fizikal adalah sama sebelum beliau tertidur.

Wallahualam.

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Opps, ada kesilapan sikit. Ashabul Khafi tu adalah penghuni gua, bukan penghuni syurga seperti dalam post sy tadi. Mintak maaf.

HambaMaya said...

that's what i mean.. cuma dalam perkara yang dinyatakan, apa yang berlaku ke atas insan-insan terpilih tu bukan kehendak mereka semua tapi cara Allah menunjukkan kekuasaanNya..

Mem Aluya said...

Hmmm...Tuan, in your opinion, kisah moyang Kak Gee tu relevan dengan teori pengembaraan masa ke? Kalau ya, I wonder if they really die ataupun cuma pergi menghilangkan diri? And stay 'Forever Young' sepertimana yang dikisahkan oleh Nabil tadi?

Aduhh... confuse guwe dech.

Seperkara lagi, hypothesis Bapak yang pertama tuh, maseh ngga jeles. Guwe harus coba untuk mendapatkan penjelasan lagi tentang ini.

Makaseh yah. Bagus sekali Bapak kongsikan ide Bapak nich.

Mem Aluya said...

Comelnya catatan Buku Kecil tu, siap ada gambar Pak Arab pakai tongkat.

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!