Thursday, May 29, 2008

Iqra'..


Lately, aku suka layan orang baca Quran bertaranum. Biasanya, aku lagi suka dengar bacaan secara biasa jer. Lebih rileks and smooth. Cuma dalam seminggu ni jer lah aku beralih angin sikit. Kadang-kadang, senyap-senyap aku buat sendiri. Ye lah, asik nyanyi lagu "Sempurna" jer, sekali-sekala, kita ikutlah jalan ulul albab nih. Hehehehe...

Teringat masa belajar Al Quran dulu, kelas yang paling aku malas nak pergi sudah semestinya Taranum. Kalau Hafazan, Qiraat, Sirah, Tajwid memang aku suka. Bukan apa, pasal aku mesti kantoi tak reti nak buat. Aku pun hairan bin ajaib. Kalau lagu lain senang jer aku tangkap. Tapi kalau lagu taranum, berabad nak tangkap skor dia. Aku nampak lah beza dia antara lagu macam Bayyati, Nahwan, Hijaz, Sikah.. tapi beza lenggok dalam tiap lagu tu yang macam aku tak dapat tangkap, macam bila nak Jawwab, bila nak Jawaabul Jawwab.. itu yang buat aku frust tuh.. Aku memang tabik lah kat bebudak Akademi Al Quran (NTV9). Diorang ni siap baca Al Quran dengan ikut Qiraat lagi. Memang dasat. Mana nak ingat lagunya, mana nak ingat riwayatnya..

Anyway, cuma nak ingatkan diri sendiri and sesiapa yang membaca, pesan dari Ustaz aku di sekolah dulu i.e Ustaz Nazri Embong, ".. Al Quran itu dibaca kerana rahmat yang ada padanya, bukan kerana kita mabuk dengan lagu atau sejarah padanya..".

6 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

sampai skrg dah tuo-tuo nih mak masih lagi belajar mengaji Alquran...ilmu tu takkan habis..mmg ingin bertaranum tapi malang mak buta sound effect...hehehehe

KitKet said...

saya pon berharap dapat sampai ke peringkat itu.. tapi ilmu belum cukup didada

HambaMaya said...

yang penting, ada masa kita guna buat benda elok.. kalau tak buat pun benda yang elok tu, at least kita sokong orang yang buat benda elok tuh.. hehehe.. (pandai la plak aku nih..)

sw337un73j4 said...

skee tengok mari bertarannum pat tv9 pepetang tuu..

aisyeh..malu weh, budak kecik lenggok lagik sedap dari kita yg tuo nih..(tua kerr? ahak!)

aku la ros said...

tringat kat arwah atok ngaji.. bila dia ngaji. merdu sungguh alunannya...

Mem Aluya said...

Banyaknya terma... aduii... buka kelas... terangkan satu-satu... satu entri Tuan cerita satu terma tu... boley??

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!