Sunday, April 26, 2009

Buat betul-betul atau buat benda betul..

Dealing in the financial sector, it has taught me a lot about life. I've learned a lot, though its still not enough, on how to make decisions, wheteher in work or life. Thinking back, hamba rasa, hamba ni tergolong dalam golongan yang "doing the right things" - efficient, and not the one who "doing things right" -effective. 

Mereka yang tergolong dalam golongan "eficient" ni lebih kepada strategic thinking. Bertindak lebih sesuai ikut keadaan yang berlaku. Tapi mereka yang effective ni lebih kepada operational thinking, diorang buat keputusan ikut buku. Although ramai orang ingat yang financial sector ni lebih kepada operational and technical, tapi actually, cuma 40% jer, another 60% is strategic.

Enkorang pun kena hisab balik diri korang samada korang nih tergolong dalam mana group because this will help you in making your life decision and it will be your strenght.

 

Friday, April 24, 2009

Pantang tok nenek!!


Baru balik dari Jerantut, Pahang, bagi taklimat kat Pusat Serenti Jerantut. Bertolak dari Kuantan tadi pukul 7.30 sampai dalam pukul 9.30. Abis talk tadi kul 12.30 terus cabut balik Kuantan. Sampai dalam pukul 2.30. Punyalah ngantuk drive sorang-sorang tengahari buta.. dengan panasnya lagi. Sampai-sampai jer ada dua orang tengah tunggu untuk kaunseling. Letih.

Masa driving tadi, terpikir tentang satu benda. Tentang kepercayaan patang larang ni lah. For me, kita memang tak boleh lari la dari kepercayaan karut-marut ni. Sedangkan Jepun, salah satu negara yang termaju dari segi teknologi dan sains pun masih lagi memegang kuat pantang larang yang kita sangkakan tak logik dan saintifik. Masa hamba belajar dulu ada sorang kawan Jepun. Kalau nak buat sesuatu, mesti macam-macam ritual dia buat. Bila hamba kata ni semua tak saintifik, dia diam jer. Kecik hati gamaknya..

Hakikatnya, bagi hamba, kita duduk dalam dunia ni masih banyak lagi yang kita tak tau. Ilmu sains yang kita kata ilmu dunia yang terunggul tu, masih lagi tak boleh merungkai a lot of things. Apatah lagi ilmu sains tu adalah berdasarkan hukum akal semata-mata sedangkan banyak lagi perkara-perkara saintifik yang akal tak boleh nak explain.

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya yang apa sahaja yang berlaku adalah disebabkan kehendak dari Allah Taala, dan pantang larang yang kita buat tu cuma salah satu usaha untuk membendung dari perkara yang tak diingini berlaku. Macam kalau kita naik motor, kena pakai helmet supaya kepala tak berderai kalau terhempas kat atas jalan. Cuma kena faham, kalau kepala kita tak berderai atas jalanraya tu bukan pasal kita pakai helmet, tapi pasal Allah tak bagi kepala kita berderai. Begitulah lebih kurang ibaratnya... hehehehe..





Thursday, April 23, 2009

Damn you, Barney!!!


Kini, ada sejenis makhluk sedang menyusahkan hidup hamba. Makhluk ini menyebabkan hamba pening kepala, kerana telah berjaya mempengaruhi anak hamba, menyebabkan berlakunya kesukaran buat hamba untuk menonton warta berita, cerita cina dan cerita omputih yang lainnya..

Ya, makhluk yang dimaksudkan bukannya tikus atau mungkin serangga, tetapi a purple dinosour named Barney. Sekarang nih, setiap hari setiap waktu, asal bukak jer televisyen, belum sempat hamba nak letak bontot, maka anak hamba yang sulung akan menjerit, " Ayah, nak Barney!!". Dan akan terus menjerit sambil merayu sampailah dia dapat tengok Barney. Skang dah ada 3 CD Barney dan selagi tak abis ketiga-tiga CD Barney maka selagi itulah terpaksa hamba bersama menonton Barney.. sampai dah hafaz suma lagu dalam CD tu..

Semoga pihak kerajaan dapat membendung kemasukan anasir-anasir yang boleh menyusahkan mak bapak ini.. Damn you Barney!!!!


Wednesday, April 22, 2009

Berani Kerana Benar.. (Apalah..)


Sungguh bergaya mamat di dalam bulatan kerana ditangkap.. siap posing lagi.. hehehe..

Evolution Theory


I've read about this thing a long time ago, when I was still in the primary school, and I've became very interested to know about it since. Ironically, its not about the facts of the theory that attracted me but more of the doubtful thought of the theory.

Aku tak nafikan, evolusi memang berlaku within nature. Evolusi ni sebenarnya adalah satu kaedah benda yang hidup untuk beradaptasi dengan keadaan alam di tempat mereka tinggal. Bila berlaku perubahan di satu tempat habitat benda hidup itu tinggal, maka benda hidup akan cuba untuk beradaptasi dengan alam. Contohnya macam lipas. Lipas ialah haiwan yang paling berjaya menggunakan kaedah evolusi untuk berhadapan dengan perubahan alam. Tapi, tentang teori evolusi yang aku tak sokong ialah perubahan yang berlaku menghasilkan satu makhluk baru. Contohnya dari beruk jadi manusia. Hehehe..

Orang yang paling sesuai menggunakan teori evolusi sebenarnya ialah ahli politik. Kenapa? Pasal diorang ni terpaksa berhadapan dengan pelbagai keadaan baru yang tidak disangka-sangka. Jadi, ahli politik terpaksa mengevolusikan diri dan mengadaptasi dengan keadaan baru ni secepat mungkin. Tapi ada ahli politik yang salah faham tentang teori evolusi ni sehingga menyebabkan mereka berevolusi menjadi makhluk lain. Sepatutnya tidak perlu berevolusi jadi makhluk lain, cuma kena tingkatkan daya tahan terhadap keadaan baru. Itu sahaja.. mengarut ker? heheheh.. baik aku berhenti sebelum terus mengarut lagi..





Tuesday, April 21, 2009

Berpeluh tok menteri..

Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan kandungan.

Setelah sekian lama isu KPI (Key Performance Indicator) menghantui para pekerja macam hamba nih, sekarang tok menteri-tok menteri pulak yang berpeluh dibuatnya. Bila Dato' Najib naik jer jadi Perdana Menteri, salah satu cadangannya untuk meningkatkan produktiviti kabinet ialah dengan mengadakan satu sistem penilaian ke atas orang-orang bawahannya.

Hamba rasa, memang patut lah benda ni dilakukan. At least, biarlah tok menteri kita rasa sikit pressure bila buat kerja nih. Dalam kepala otak tu, biar siang malam pikir dah capai target ke belum. Biar dia ingat sikit, jalan kampung ni dah berturap ker belum, air kat kampung ni dah masuk ke belum, masalah banjir kat tempat satu lagi dah selesai ke belum. Kalu tidak asik dok pikir, komisen aku bagi kontrak kat mamat tu dah masuk ker belum, kereta apa nak tukar bulan depan. Tapi, biarlah yang menilainya tu jujur dan ada intergriti. Kalau setakat nak backup kawan, ataupun kena suap jugak, prestasi will go back to square one jugak.

Agaknya, macamner rupanya KPI tok menteri kita nanti. Kalau Rais Yatim, agaknya berapa ramai blogger yang dia dapat tangkap kot. Kalau 20 orang, average.. kalau 50, beyond expectation.. hehehehhe.. jangan marah Dato'.. gurau jer Dato'...






Monday, April 20, 2009

Ini baru dunia..


Few days ago, berlakulah perbincangan dengan lecturer hamba bersabit tentang hal ehwal dunia marketing. Masa dalam perbincangan tersebut, maka telah nampak bagi hamba satu lagi keadaan dunia ini yang mana hamba rasa hamba tahu, tapi masih lagi tidak sedar. Entah macamner, boleh pulak terkeluar topik ini.

Antara sedar atau tidak, pada hakikatnya semua benda yang sedap dan lazat di dunia ini, telah diciptakan nikmatnya hanya sementara oleh Allah Taala. Contohnya bila makan, sedapnya cuma waktu kita makan. Bila dah habis makan, hilanglah sedapnya. Maka terpaksalah kita makan sekali lagi untuk berasa sedap sekali lagi. Tapi, kadang-kadang, hajat untuk merasa sedap sekali lagi tak tercapai, pasal mungking tukang buat makanan tu dah takder, atau bahan untuk buat makanan tu takder, atau duit untuk beli makanan tu takder.

Bagi hamba, moralnya, benda yang sedap, yang enak, yang melegakan, yang menjadikan diri syok, tak payah la nak kejar sangat. Pasal memang sifat dia, takkan kekal lama.. in fact, ada ke benda yang kekal lama? ahaks...

Thursday, April 16, 2009

Ubat Sakit Kepala



Pening
Aku pening
Bila bising telinga berdesing
Sakit kepala lemah jiwa
Banyak kerja bertimbun atas meja


Cuba bertafakur
Ikut jalan tok guru
Rasa hanyut
semuanya gugur
tarik diri dalam diri
sampai fana alam ini

tari nafas ikut rentak
niat hati..sabar


(lega)



Wednesday, April 15, 2009

Sejarah datang lagi..


Sekarang ni kecoh pulak tentang semakan semula matapelajaran Sejarah untuk pengajaran tentang Sejarah Malaysia. I think this is a very good step. It is important actually for us to know the truth about our history. But make sure apa yang disemak semula itu adalah yang benar.

Sedih jugak bila pejuang-pejuang yang betul-betul berjuang dipinggirkan. Bahkan, ada yang terus dituding menjadi pengkhianat negara tanpa diberitahu kepada anak bangsa erti dan maksud perjuangan mereka. Hairan macamne Ahmad Boestaman dan Dr Burhanuddin Helmy boleh terus dilupakan sebagai pejuang kemerdekaan. Rosli Dhobi, yang namanya diabadikan sebagai salah satu nama jalan di Seremban, hampir saja dikenali sebagai pengkhianat sebelum diangkat menjadi wira negara.

Para sejarahwan pun janganlah asik bertelingkah tentang tarikh dan waktu sejarah, tapi perhalusi sebab, akibat dan pembendungan sesuatu kejadian, barulah boleh digunakan matapelajaran sejarah tu. Kalau asik nak hafal tarikh Parameswara naik jadi sultan, Melaka kena ceroboh bila, sampai bila anak bangsa nak dapat faedah dari subjek Sejarah ni.

Harapan hamba, semoga benang basah sejarah politik yang ada ni dapat dikeringkan dan ditegakkan.

Penyambung Warisan


Ahmad Iman Haziq


Nur Ariesya Sofea




Permata Teras Keluat Darah


Antara contoh teras yang diukir dan diasah. Orang melayu panggil canai. Belum siap lagi. Masih dalam proses. Buat manual pakai tangan, guna pisau and kertas pasir. Keras nak mampus!! Nak bagi hadiah kat kawan. Teras kayu ni beli dengan orang asli Pahang. Cantik. Warna merah alur urat dia. Ada yang dah siap hamba buat cincin. Simpan kat umah. Yang ni, gambar tak berapa sharp.

Masa Untuk Diri..

Sekarang ni, semenjak 2 menjak nih, banyak betul hobi aku. Bukan disebabkan terlalu banyak masa, tapi working in this place, aku terpaksa buat something untuk menghilangkan aura negatif yang aku terpaksa terima tiap hari lepas aku bagi kaunseling. Tiap-tiap hari dok pikir masalah orang, pening gak kepala. Lepas aku list down apa yang aku suka buat sekarang nih, aku rasa banyak gak la:

1. Bela burung ketitir
2. Bela ikan laga
3. Kumpul setem
4. Bersilat
5. Baca buku/ research
6. Ukir akar/teras kayu jadi permata
7. Main gitar/keyboard
8. Blogging
9. Buat lagu

Tapi, aku rasa, sekarang nih yang aku gila sangat ialah bela burung ketitir, and ukir akar/ teras kayu. Uhhh.. satu kepuasan.

Tuesday, April 14, 2009

Anugerah Kucing Belang


2,3 kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
2,3, boleh ku cari
mana nak sama encik seorang

Antara sedar dan tidak, ada antara kita yang berusaha keras untuk menjadi si kucing belang. In my opinion, si kucing belang ni adalah metafora bagi orang yang cukup special. Susah sebenarnya nak cari kucing belang yang original ni. Hanya si kucing belang saja yang layak memanggil dirinya "The Chosen One" atau "The Special One" ala Jose Mourinho & Neo (The Matrix).

Dalam kehidupan kita seharian, apa yang kita lakukan, tak kiralah dia tu orang kerja pejabat ker, typist ke, perdana menteri ker, ketua pemuda UMNO ker, hatta suri rumah sekalipun, diorang mesti nak mencapai tahap si kucing belang ni. Dalam teori keperluan Abraham Maslow tahap si kucing belang ni ialah pada tahap tertinggi sekali i.e Self Actualization. Dan sepatutnya, harus ada Anugerah Si Kucing Belang untuk menghargai orang yang bekerja keras menjadi orang yang tak sama dengan orang lain bak kucing belang yang tidak sama dengan kucing tidak berbelang.

Akhir kata, hidup kucing belang!!




Monday, April 13, 2009

Kisah Serigala Dengan Anak Ayam Muda

Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan kandungan.



Maka tersebutlah kisah orang tua dahulu, seekor serigala yang amat lapar keluar mencari makan. Tiba-tiba, kelihatanlah olehnya seekor ayam muda, sedang mengkais-kais tanah terkial-kial ditinggal ibunya. Tanpa berlengah, maka serigala tadi berusahalah mengejar anak ayam muda tadi untuk dijadikan hidangan. Namun, puas digunakan segala ilmu serigalanya, anak ayam muda tadi masih gagal untuk ditangkapnya. Setelah sekian lama berusaha, berhentilah serigala itu dan berkata dalam kepenatan, "..tak mengapalah. Aku bukan nak sangat pun makan ayam muda nih. Isi pun tak banyak. Lagi baik aku carik lembu..".

Maka berlalulah pergi serigala itu mencari lembu pula.

Friday, April 10, 2009

Sepagi di Taman Kerang


Date: 10 April 2009
Venue: Tempat jual cincin dan kayu di Taman Kerang, Kuantan
HM = Hambamaya
PC = Penjual Cincin


HM : Bang, ni kayu apa ni bang?
PC : Ni lah raja kayu.
HM : Apa khasiatnya bang?
PC : Saya pun tak tau. Tak belajar lagi bab raja kayu nih. Saya letak pasal buat syarat jer.
HM : Naper lak?
PC : Senang citer macam ni lah. Kita orang Melayu ni, kehebatan ketuanan kita bukan pada
bangsa Melayu tapi pada raja dan sultan kita. Sebab tulah saya letak raja kayu ni kat sini
supaya boleh jadi ketua kat sini (sambil tersenyum bangga).
HM : Kalau macam tu, mesti power raja kayu kalau nak banding dengan kayu seligi, tedung
hitam, teras kemuning..
PC : Hmm.. tak jugak. Tengok la Sultan Pahang, main golf pun kalah. Power ker? (sambil
tergelak)
HM : Hehehe.. apa-apa lah bang..


Beraja di hati...


Masa kecik-kecik dulu, datuk hamba ada berpesan;
"..Dalam manusia, hati adalah raja, tubuh ni rakyatnya. Baik raja, baik la rakyat. Jahat raja, jahat la rakyat.."

Bila dah besar ni, memang selalulah dengar nasihat-nasihat macam ni. Ingatkan dah habis faham, tapi masih ada lagi yang hamba tak habis faham dan tak habis sedar. Generally, macamne yang dikatakan "..hati ni raja dan tubuh itu rakyatnya.."?. I've come out with a simple example.

Let say kita tengah duduk kat pejabat and tengah buat kerja. Tetiba, terdetik di hati kita nak online and blogging. Maka, otak dan tangan kita pun terus la buat seperti yang hati kita nak. Atau, tengah duduk buat kerja, hati terdetik kata nak kuar minum kejap. Kaki secara auto akan mengangkut tubuh kita gi warung berdekatan. See? Hati kata nak blogging, tubuh badan kita pun ikut. Hati kata gi minum, kaki pun angkat gi warung. Macam perintah raja, rakyat pun ikut.

Yang buat aku sedar, ialah bilamana terpikir, ".. kalau macam tu, macamner nak buat raja jadi baik? Buat keputusan yang betul..". Maka mestilah ada penasihat atau pembantu. Kalau hati ni, siapa lak penasihat dia? Sudah tentulah akal kurniaan Allah. Hmm..

Thursday, April 9, 2009

Apalah Cik Aminah...


"Air pasang malam
Surut pukul 5
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi kolam
Itik bertelur ayam mengeram

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit"

I believe aku dah discuss about this lagu kanak-kanak in my other blog, tapi aku nak cerita balik. Again, I still don't know siapa yang cipta lagu nih, tapi kalau kita amati lirik lagu ni, seolah-olah menyindir kita orang Melayu. Kaum lain, bangun pagi, usaha kuat buat kebun. Itik dengan ayam pun sampai dah bagi hasil.

Tapi orang Melayu, bila jatuh, bukannya nak ditolong bangsa sendiri, tapi kena ketawa sakan. Apalah Cik Aminah....

Bila Masa Nak Cukup?


Ada kawan dari bank tanya.."you tak nak masuk buat sales balik ker? benefit pun lagi ok..". Mencanak akal aku carik alasan bila ditanya soalan macam ni. Siapa yang tak nak bekerja dengan orang-orang profesional, glamour, plus, high salary and better benefits. Rindu gak masa zaman gila-gila buat business credit dulu. Memang syok. Especially masa duduk Johor. Macam-macam orang kita boleh jumpa. Dari sejujur-jujur umat, sampai la ke kepala gengster.

Tapi, bila pikir balik, kalau aku masuk balik business credit sales, maka aku akan terpaksa korbankan sesuatu. Masa. Sekarang nih, bagi aku, masa memang penting untuk aku. Bukan setakat untuk aku jer, tapi untuk orang lain. Prinsip aku sekarang nih, selagi ada masa, aku akan cuba gunakan untuk buat apa yang aku suka dan perlu, bukannya apa yang aku terpaksa buat. Tapi, tak dinafikan kebarangkalian untuk aku balik ke commercial bank tu memang ada, cuma mungkin bukan dalam bidang sales la.

Teringat cerita tuk guru aku pasal 2 orang pemandu teksi. Sorang ni, kalau sehari boleh la dapat RM200, cukup untuk belanja keluarga dan buat sikit simpanan, tapi yang sorang lagi nih, boleh dapat RM600 dan memang mewah hidup dia. Agak-agaknya sapa yang elok? hehehe...


Wednesday, April 8, 2009

Kacau!!!


Hidup memang amat mengelirukan.. one second you are in a good, glorious and wonderful mood, and suddenly, heavy rain is pouring down on you. But, itulah fakta kehidupan. Suka atau tidak, you got to face it. Tapi keadaan macamni yang membuatkan diri rasa nak berseorangan sekejap. Nak lari sekejap dari realiti. Kumpul kekuatan balik. And come back with some strength to challenge the world again.

For me, itulah caranya aku berhadapan dengan cabaran dunia nih. Cuma kebelakangan ni, aku tak boleh buat apa yang aku panggil "tactical retreat" tu, pasal ada kekangan masa..hehehehe.. itu yang lemah jer bila ada dugaan sekarang nih... ibaratnya, bila kena tumbuk terus kena balas balik.. kalau singgah penumbuk tu, ok lah, tapi bila dah terlebih diasak, tersasar jugak penumbuk tuh..

Merah dah pipi ni asik ditampar sendiri, suruh bangun balik and be more alert. Tapi kalau kudrat dah banyak tuh, orang papah pun masih lagi rasa berat. Mohon pada Allah Taala, moga terus diberi kekuatan.. as for now, I want to be alone, but not lonely..

Sunday, April 5, 2009

Menteri Perdana


Its been a while since my last entry. Sibuk sikit dengan urusan kerja and family. Volume of task seems to be mounting due to the current economic recession. Family pula, dengan pertambahan seorang anak ni, letih jugak. Balik rumah, kena jaga family pulak. Tapi seronok bila tengok anak senyum, hilang penat.

Kita sudah ada Perdana Menteri yang baru. Dato' Seri Najib namanya. I don't wish to comment anything about his appointment, since  I believe that sudah banyak yang dinyatakan dalam blog-blog  dan sumber media lain. Aku nak cerita dari segi bahasa jer.

Korang perasan tak, di Malaysia, wazir-wazir dipanggil menteri dan kalau dia ada portfolio macam pendidikan, kita panggil Menteri Pendidikan. Menteri apa? Menteri Pendidikan. Pisang apa? Pisang Goreng. Tapi kenapa tidak Menteri Perdana, tapi Perdana Menteri?

Agaknya, ini mungkin disebabkan direct translation from Prime Minister. Adakah ini disebabkan oleh keampuhan ilmu Bahasa Melayu yang dimiliki oleh  orang-orang Dewan Bahasa dan Pustaka? Hmmm...

 

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!