Date: 10 April 2009
Venue: Tempat jual cincin dan kayu di Taman Kerang, Kuantan
HM = Hambamaya
PC = Penjual Cincin
HM : Bang, ni kayu apa ni bang?
PC : Ni lah raja kayu.
HM : Apa khasiatnya bang?
PC : Saya pun tak tau. Tak belajar lagi bab raja kayu nih. Saya letak pasal buat syarat jer.
HM : Naper lak?
PC : Senang citer macam ni lah. Kita orang Melayu ni, kehebatan ketuanan kita bukan pada
bangsa Melayu tapi pada raja dan sultan kita. Sebab tulah saya letak raja kayu ni kat sini
supaya boleh jadi ketua kat sini (sambil tersenyum bangga).
HM : Kalau macam tu, mesti power raja kayu kalau nak banding dengan kayu seligi, tedung
hitam, teras kemuning..
PC : Hmm.. tak jugak. Tengok la Sultan Pahang, main golf pun kalah. Power ker? (sambil
tergelak)
HM : Hehehe.. apa-apa lah bang..
9 comments:
Bro kalau kena buasir minum air raja kayu yg d rebus insyaallah sembuh...itu yg zu tau la hehehehe
Ooooo.. kalau ada buasir ek.. lain-lain hikmat tak tau ker? hehehehe....
nanti zu berguru dulu :D
dah jumpa guruya jgn lupa habaq mai..
raja kayu tu dari pokok apa ek? cuba tanam tgk
orang kata kalau nak tau pokok tu raja pokok, sekeliling pokok akan tundauk kat pokok tu.. sebabtu dia panggil raja pokok.. heheheh... (percaya?)
*tunduk instead of tundauk
tah ek.. mungkin ada betulnya kdg2 org melayu nih byk muslihat tersirat ;)
Sape yg memakai kayu seligi..InsyaAllah..tau lah akan khasiatnya..:-)
Post a Comment