Friday, April 24, 2009

Pantang tok nenek!!


Baru balik dari Jerantut, Pahang, bagi taklimat kat Pusat Serenti Jerantut. Bertolak dari Kuantan tadi pukul 7.30 sampai dalam pukul 9.30. Abis talk tadi kul 12.30 terus cabut balik Kuantan. Sampai dalam pukul 2.30. Punyalah ngantuk drive sorang-sorang tengahari buta.. dengan panasnya lagi. Sampai-sampai jer ada dua orang tengah tunggu untuk kaunseling. Letih.

Masa driving tadi, terpikir tentang satu benda. Tentang kepercayaan patang larang ni lah. For me, kita memang tak boleh lari la dari kepercayaan karut-marut ni. Sedangkan Jepun, salah satu negara yang termaju dari segi teknologi dan sains pun masih lagi memegang kuat pantang larang yang kita sangkakan tak logik dan saintifik. Masa hamba belajar dulu ada sorang kawan Jepun. Kalau nak buat sesuatu, mesti macam-macam ritual dia buat. Bila hamba kata ni semua tak saintifik, dia diam jer. Kecik hati gamaknya..

Hakikatnya, bagi hamba, kita duduk dalam dunia ni masih banyak lagi yang kita tak tau. Ilmu sains yang kita kata ilmu dunia yang terunggul tu, masih lagi tak boleh merungkai a lot of things. Apatah lagi ilmu sains tu adalah berdasarkan hukum akal semata-mata sedangkan banyak lagi perkara-perkara saintifik yang akal tak boleh nak explain.

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya yang apa sahaja yang berlaku adalah disebabkan kehendak dari Allah Taala, dan pantang larang yang kita buat tu cuma salah satu usaha untuk membendung dari perkara yang tak diingini berlaku. Macam kalau kita naik motor, kena pakai helmet supaya kepala tak berderai kalau terhempas kat atas jalan. Cuma kena faham, kalau kepala kita tak berderai atas jalanraya tu bukan pasal kita pakai helmet, tapi pasal Allah tak bagi kepala kita berderai. Begitulah lebih kurang ibaratnya... hehehehe..





8 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

mmg pantang datuk nenek moyang den kalau orang suka berbomoh2 nih....kang den interbiu bomoh tu...nak kawan gan kukuna Matata den atau Juragan JAwab?!...

hehehe teremo pulak...hihihihihi

NaD said...

nak mintak kaunseling jugok nih.

HambaMaya said...

nak kaunseling apa nih.. kalau about financial boleh la.. tp kalau bab perkahwinan ni, hamba pn tak mahir lagi...

HambaMaya said...

biasanya klu sebut bab juragan nih, meremang gak bulu tengkuk nih.. hehehehe

Mademoiselle Cynicleopetra said...

hahahahah merinding bulu tengkuk ku juweee!...hahahahha

Mem Aluya said...

Ni apasal terpikir benda pantang tok nenek pulak ni? Sure masa driving sorang-sorang tadi... teiba ada bau wangi... kereta rasa berat? tengah hari rembang tadi tu kan?

floweristachantress said...

bahaya kalau org islam terlampau taksub ngan pantang larang.. kena tgk niat.. tak kang jd syirik.. iskk na'uzubillah... mcm contohnya kepala pecah sbb helmet tu lah.. padahal kalau dah ajal yang ditentukan Allah S.W.T. dia mati atas sebab musabab kepala pecah.. pakailah helmet kalis apapun.. pecah berderai jugak kepala tu... tak kat luar kat dlm helmet :)

HambaMaya said...

ngeri... betul.. benda mcm pantang larang nih, kena tanya hati dan eloknya kalau tak tau, bertanya pada yang tau.. kalau ikut jer, jadi mcm yang cakap la.. syirik..

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!