Tuesday, April 21, 2009

Berpeluh tok menteri..

Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan kandungan.

Setelah sekian lama isu KPI (Key Performance Indicator) menghantui para pekerja macam hamba nih, sekarang tok menteri-tok menteri pulak yang berpeluh dibuatnya. Bila Dato' Najib naik jer jadi Perdana Menteri, salah satu cadangannya untuk meningkatkan produktiviti kabinet ialah dengan mengadakan satu sistem penilaian ke atas orang-orang bawahannya.

Hamba rasa, memang patut lah benda ni dilakukan. At least, biarlah tok menteri kita rasa sikit pressure bila buat kerja nih. Dalam kepala otak tu, biar siang malam pikir dah capai target ke belum. Biar dia ingat sikit, jalan kampung ni dah berturap ker belum, air kat kampung ni dah masuk ke belum, masalah banjir kat tempat satu lagi dah selesai ke belum. Kalu tidak asik dok pikir, komisen aku bagi kontrak kat mamat tu dah masuk ker belum, kereta apa nak tukar bulan depan. Tapi, biarlah yang menilainya tu jujur dan ada intergriti. Kalau setakat nak backup kawan, ataupun kena suap jugak, prestasi will go back to square one jugak.

Agaknya, macamner rupanya KPI tok menteri kita nanti. Kalau Rais Yatim, agaknya berapa ramai blogger yang dia dapat tangkap kot. Kalau 20 orang, average.. kalau 50, beyond expectation.. hehehehhe.. jangan marah Dato'.. gurau jer Dato'...






12 comments:

floweristachantress said...

amboi.. gurau2 yer.. tangkap kang hahahhahahha

HambaMaya said...

jgn gitu.. hidup tanpa gurauan bagai kari tanp garam.. warna cantik rasa takder.. hehehehe

neesa_jun said...

hehehehe......berpeluh makan kari kooot....

HambaMaya said...

berpeluh makan kari takper, sihat.. kalau keluar peluh sejuk kat ubun-ubun tu yang menelangkup tu.. pacak, jgn tak pacak... hehehehe

Zulazri Kamarul said...

selamat laa blog aku xtulis pasal politik..
kalau x nak tulis pn takut² nanti..
haha..

HambaMaya said...

eh, ini bukan pasal politik nih.. nih pasal salah satu teori motivasi.. pernah dengar teori ekuiti? ni lah salah satu pemangkin teori ekuiti tu.. hehehehe..

Mem Aluya said...

Bagus lah kan. Memang patut lama implement kat orang atas jugak. Mana achee asyik-asyik kuli je kena monitor performance. Elok lagi... aku nak cadang... mek sure kabinet pun kena ada ISO... kasi audit setiap tahun... tapi kang jangan atas documents je lawa... hish...

HambaMaya said...

bukannya diorang tak pernah kena audit mem.. ISO pun ada yang dapat macam kat Pahang.. tapi sama jugak.. skang ni FYI, kerjaan Pahang kena saman lak RM63 juta psl breach of contract.. ISO apa tuh...

Mademoiselle Cynicleopetra said...

aha bagus sesekali kene sergah mengelacat lah tu...baju kemeja keras pun jadi lembek sebab ketiak berpeloh dan bertoxic...

hahahahhaha

Mem Aluya said...

Hampeh tul. Tu lah jadi kalau kerja tak de amanah. Atas kertas sumer tulis lawa.

Breach contract apa tu? Sapa saman?

HambaMaya said...

Ketiak bertoxic? boleh mohon jadi ahli x-men tuh.. hahahahaha...

HambaMaya said...

Contract balak lah mem.. apa lagi.. kecoh dalam suratkhabar..

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!