Friday, May 22, 2009

Politik Warung Kopi Boleh lah...


The last few days, I've some talks with my wife. Hamba tertanya-tanya wheteher ada tak sultan atau raja ke yang nak anugerahkan hamba ni title Dato'? My wife responded that kalau nak dapat tu semua, kena la masuk politik. But she will not agree if I join any politic movement since for her, politic is filthy.

Ini membuatkan hamba terfikir. Benarkah politik ini kotor? Kalau benar-benar kotor, kenapa tiada orang yang sanggup untuk membersihkannya? Hakikatnya, kalau tiada politik, maka orang Melayu masih lagi mencuci tandas orang Inggeris. Kalau tiada politik, Nabi Muhammad s.a.w tidak akan dapat memasuki Mekah melalui perjanjian Hudaibiah. Kalau tiada politik maka China tidak boleh berbangga dengan Shih Huang Ti yang menyatukan mereka. Lalu di mana salahnya politik?

Politik memang ada kotornya. In fact, too many. Sejarah sendiri dah membuktikannya. Hasil teori Marchiavelli melalui bukunya The Prince, maka ramailah yang hanyut dibuai nafsu menyertai politik. Asal politik adalah untuk kepentingan ramai. Tapi akhirnya menjadi batu loncatan untuk penyamun menjadi raja.

Politik adalah untuk orang yang amat gagah dan bijak fizikal dan mentalnya. Since kegagahan dan kebijaksanaan hamba dalam mental dan fizikal hanyalah average sahaja, maka I concluded that hamba bukan orang politik. Maka keinginan untuk mendapatkan title Dato' pun terhenti. hehehehe...

Mimpi Sedap


Hari Jumaat datang lagi, satu petanda yang menyatakan bahawa hujung minggu is just around the corner. Hari ini juga, barulah boleh bernyawa sikit pasal hamba dah bertungkus lumus selesaikan workload yang ada. Hari ini kita cuba selesaikan Letter of Offer pulak pasal minggu depan hamba ada training satu minggu.

Malam tadi hamba ada satu mimpi yang menarik. Hamba bermimpi yang hamba sedang dikhatamkan silat. Masih teringat lagi setiap detik dalam mimpi tu bila serunai ditiup memainkan lagu Gendang Silat Kedah. Gendang ibu dan anak bertingkah, cak ting, cak ting, cak ting... gong dipalu atas kiraan 4 detik. Usai saja berdoa maka hamba pun memulakan langkah sembah. Bunga sembah asas. Setiap langkah, setiap gerak, nafas diatur. Tarik 4, tahan 2, lepas 4, tahan 2. Tiba-tiba tengah hebat melangkah, hamba terdengar teriakan, disusuli pula dengan jeritan semacam arahan "..abang, tolong buat susu!!! Iman menangis ni...!!..".

Ceh, potong stim pendekar jer..

Tuesday, May 19, 2009


SIBUK AMAT!!

Friday, May 15, 2009

Maka DiciptakanNya..


This planet, this world, was created by Allah Almighty for us to benefit it from. It is actually up to us on how to use and appreciate whatever is created by Allah, whether in a good sense or the other way around. Setiap apa yang ada di atas dunia ini, samada yang zahir ataupun yang ghaib sememangnya diciptakan untuk manusia atas bumi ni.

The question is, how are we going to use it, not just for our own sake but also for the benefit of others? Contohnya ilmu yang ada, kalau tak kita sebarkan pada orang ramai, cuma kita jer lah yang akan dapat faedahnya. Seperti mana yang dilakukan oleh Toh Puan Sri Gee yang banyak memberikan ilmu mengait dan masak-memasaknya. Satu lagi ialah kemudahan untuk blogging nih, kalau kita guna untuk kebaikan maka bukan kita saja yang dapat faedah (release tension) tapi orang yang baca pun at least boleh dapat something.

Tapi itu baru yang zahir, yang tersurat kata orang. Hakikat yang halus tu masih banyak lagi kita tak gunakan untuk diri sendiri dan orang ramai. Sekali lagi, Allah Taala ciptakan dunia ini dan makhluknya untuk kegunaan manusia. Baik yang ghaib, baik yang zahir. Maka carilah ilmu yang selayaknya untuk mempergunakan ciptaan Allah ini demi kemaslahatan diri dan orang ramai terutamanya yang kita kasihi.




Thursday, May 14, 2009

Sekonyong-konyongnya..


Salah satu cita-cita hamba ialah untuk mengubah dunia ini menjadi lebih baik. Tak kiralah walau sekelumit sekalipun, itulah yang ingin hamba laksanakan. Kaedahnya sudah ada, tapi jalannya masih perlu dirintis lagi. Not to say that I'm boasting, but right now, I think I know and realise a little bit of my strenght and weakness, and currently I'm looking for an oppurtunity and try to avoid any threat.

Bak kata orang tua-tua .."harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..". Sedangkan harimau pun mati boleh tinggalkan something, inikan pulak hamba yang dikurniakan akal oleh tuhan nih. I got to left something as a legacy before hamba menyahut panggilan Yang Maha Esa. Setidak-tidaknya, ilmu yang berguna untuk diamalkan oleh anak bangsa. Kalau dapat ditanam pohon untuk orang berteduh lagi bagus.

Sebelum itu, mungkin air mata banyak yang akan bercucuran. Tapi, kalau boleh, air mata tu ditahan dulu. Dan kalau boleh, biarlah air mata tu digunakan sewaktu menyambut kegemilangan nanti.


Air Suam Punya Pasal


Masa tengah minum pagi tadi, ternampak satu ragam manusia yang mengingatkan hamba masa buat praktikal dulu.

Hamba buat degree dalam International Business. Tapi takder MNC yang nak amik budak praktikal time tu, maka hamba pun buat jer lah dekat Hotel Seri Malaysia. Pengurus waktu tu memang baik hati sampai dia suruh pergi join semua department. Front Desk, House Keeping, Admin & HR, F&B. Memang best lah. Cuma ada sedikit pengalaman pahit waktu di F&B.

Biasalah budak baru, kenalah buat kerja berat sikit. Nak jadi cerita, adalah 2 orang businessman Melayu ni order "..dik, air suam satu..". hamba dengan penuh innocent buatlah standard air suam satu and hantar kat dia. Dia minum terus dia kata "..kau budak baru ke? ni bukan air suam, ni air panas. Kau pegi amik lain..". Hamba buat lain, buat sejuk sikit and hantar kat dia. Dengan berlagak lagi dia kata "..ini air sejuk bukan air suam. Kau tak reti buat kerja ker? Kau tau tak aku boleh suruh boss kau berhentikan kau 24 jam?..". Darah muda aku dah sentap. Aku nak tubing jer mamat tu. Nasib baik Captain F&B datang tenangkan keadaan. Sampai sekarang aku ingat lagi muka mamat tu. Kadang-kadang nampak la dia jalan-jalan kat Seremban tu.

Kadang-kadang tak faham orang Melayu kita nih. Dah besar sikit, berlagak. Baru dapat tender kerajaan yang sekankang kera tu, dah ingat boleh terbang melayang. Agaknya diorang ni lupa orang tua-tua kita kata ".. ular takkan hilang bisa kalau menyusur akar..".

Wednesday, May 13, 2009

Again, decision..decision..



I like to think that a matured person is a person who can decide on his or her life, since life is about making decision. Atas sebab ini, hakikat membuat keputusan tu harus diperdalami. Sukar sebenarnya nak buat keputusan dalam hidup ni. Contohnya, waktu kita lapar, tapi kerja tengah banyak and kena siap cepat. Kalau tak pergi makan, nanti kena gastrik, kalau pergi makan, takut kerja lambat siap. Akhirnya kita amik jalan tengah, beli makan tapi bungkus and makan sambil buat kerja. Hehehehe... Ini cuma analogi untuk menyatakan bahawa banyak benda perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Satu lagi contoh macam dalam kes Bekas MB Perak vs MB Perak (or is it vice versa now??!!). Ingat senang ker mahkamah nak buat keputusan. Kang salah buat keputusan, silap haribulan hakim pulak kena jadi bekas hakim. Hehehe.. Since keputusan untuk menangguhkan verdict mahkamah telah dicapai untuk kemenangan DSNizar, maka hamba fikir mahkamah telah mengambil jalan tengah. Hehehehe..

Whatever the reason, to make a decision, we must do it the right way, and not the easy way.. as there is no easy way actually.. hehehe..

Tuesday, May 12, 2009

Basa basi kita bloggers..


Round-round blog orang kampung tadi, hamba pun baca blog Fizz Si Tukang Taip. Hehehehe.. One thing I like about her blog is the rhymes and poem yang selamba ayat dia. Ada bakat gamaknya.. tapi lately, takder dah lagi puisi-puisi dan ayat-ayat selamba dia tuh.. hehehe.. anyway, ada entry yang cerita how she started blogging.

In my shoes, hamba start blogging lepas diajak oleh seorang rakan baik gak. Sama-sama jamming, sama-sama carik kitab, sama-sama mengular.. Dia suruh try Yahoo 360. Dia pun ada geng gak dalam tu. Hamba pun try and the first friend I made is Momok of Wahai Cermin Hikmat. Lepas tu ramailah kawan-kawan lain. Mem Aluya, Gee, Beaber, Allahyarham Pak Uda, Neesa, JL, dan ramai lagi. Dengan diorang ni lah banyak belajar "the way of the cyber life".

La nih, setelah Yahoo 360 bertukar nama jadi Yahell 666, group Kg Sri 360 makin ramai ahlinya setelah berpindah ke Blogspot.

Kepada bloggers semua, tulislah apa yang ada di minda, cuma perbataskan bahasa dan konflik. Biar bloggers tidak dianggap picisan dan penimbul masalah, tetapi sumber ilmu dan maklumat yang sah.

Hidup Kg Sri 360!!

Monday, May 11, 2009

Wahai Jiwa-Jiwa Yang Resah!!!!!


Allah Taala memang Maha Adil. DiciptaNya nasib ni dalam bentuk yang sukar dimengertikan tapi harus diterima dan hakikatnya, padan dengan hidup seseorang. Yang menyukarkan, apabila kita tak faham maksud sesuatu kejadian dan menyalahkan nasib.

Dalam ekonomi pun macamtu jugak. Kalau ekonomi tengah teruk, takkan semua orang rugi. Mesti ada juga yang untung. Yang beza cuma untung banyak atau sikit.

Hamba sentiasa berpegang dengan konsep "..satu pintu terbukak, satu pintu mesti tutup, dan sebaliknya..". Bukan sekadar nak sedapkan hati, tapi pasal itu hakikat hidup. Bila satu peluang hilang, seeloknya, kita carik peluang lain. Bak kata Penjejak Awan "..lelaki yang hidup di zaman lampaunya takkan menikmati peluang di hadapan matanya..".

Oleh itu, wahai jiwa-jiwa yang resah!!! Bertenanglah dan kembali....

Friday, May 8, 2009

Relevan ke tak relevan..


Hujan petang lagi di Kuantan. Takpelah.. Biar sejuk sikit hari Jumaat. Petang ni nak kena balik Kota Bharu lak because my wife ada hal kena settle.

Masa sembahyang Jumaat tadi, sambil dengar-dengar imam baca khutbah, sambil berzikir nama Allah Rabbul Jalil, mata ni melilau tengok kiri kanan. Lama-lama, bila diperhatikan, baru perasan yang sekarang ni orang kalau lalu depan orang lain dah takde lagi budaya tundukkan badan sikit. Semuanya jalan mendada depan orang lain. Tegak-tegak berjalan. Langkah-melangkah orang lain ni, tak payah cakap lah. selagi boleh melangkah. Memanglah yang duduk ni tak kisah, tapi apalah salahnya kalau beradab sikit kan. Dulu masa sekolah kat asrama dulu, kalau ada junior jalan menegak je bila keluar saf, memang kena hentak la lepas tu bagi pengajaran sikit.

Tapi, agaknya diorang pikir, benda-benda macam jalan depan orang tua kena tunduk sikit nih, mungkin dah tak relevan lagi kot di zaman yang orang semua nak cepat nih. Agaknyelah...

Wednesday, May 6, 2009

Letih la..


Dalam hidup, rupa-rupanya tidak cukup sekadar hanya mencari kesempurnaan kerana kadangkala, kesempurnaan itu sendiri adalah satu kelemahan bagi mata dan hati yang lain. Seringkali juga, apabila mencari kesempurnaan, kita sendiri tidak mengerti tahap kesempurnaan yang diingini, menyebabkan kita buta bila membuat penilaian.

Akhirnya, yang hamba tuju cuma yang cukup. Bukannya putus asa. Tapi, lepas buat yang terbaik, harap saja yang terbaik. Yang lebih-lebih tu, kalau dapat, bonus. Untuk mengharap bulan dan bintang, hamba sudah serik. Hamba sudah letih. Hamba inginkan masa yang berkualiti untuk diri hamba. Masa yang berkualiti untuk keluarga hamba.

Sekarang ni, hamba bagi masa lagi setahun untuk bertungkus lumus. Lepas ni, harapnya hidup boleh lebih stabil. Masa untuk diri adalah priority. Duit kalau boleh jadi nombor dua...

Menuju ke arah kehidupan yang cukup...

Tuesday, May 5, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA!!


Seminggu tak update and jengok-jengok blog hamba and orang kampung. Saja jer, pasal nak bagi tumpuan pada Cuti-Cuti Malaysia yang hamba telah laksanakan. Hehehehe...

Me and my family went to A Famosa Resort kat Melaka untuk rehat-rehatkan diri ni. Actually, kiranya tu sebagai hadiah untuk isteri hamba lepas lahirkan anak nombor 2. Kitorang duduk 3 hari 2 malam. Memang best!! Especially masa Bird Show!! Lepas tu, hamba singgah Seremban sekejap satu hari. Next, abis lepas gian Burger Ijan, hamba bergerak pulak balik Kota Bharu. duduk sana 4 hari. Maklumlah, jarang-jarang balik. Hari Ahad balik Kuantan semula. Yang tak bestnya, sampai Kuantan, kena gastrik pulak. Punyalah sakit perut!! Hari Isnin amik MC pulak. Hari ni baru lega balik. Tapi still lembik-lembik lagi nih.

Papehal pun, kepada sesiapa yang masih lagi belum amik cuti panjang, pergilah cuti kejap.. rehatkan kepala hotak yang serabut tu.. kalau pikir banyak kerja, sampai bila pun kerja tu tak abis sebenarnya.. hehehehe...

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!