Hari Jumaat datang lagi, satu petanda yang menyatakan bahawa hujung minggu is just around the corner. Hari ini juga, barulah boleh bernyawa sikit pasal hamba dah bertungkus lumus selesaikan workload yang ada. Hari ini kita cuba selesaikan Letter of Offer pulak pasal minggu depan hamba ada training satu minggu.
Malam tadi hamba ada satu mimpi yang menarik. Hamba bermimpi yang hamba sedang dikhatamkan silat. Masih teringat lagi setiap detik dalam mimpi tu bila serunai ditiup memainkan lagu Gendang Silat Kedah. Gendang ibu dan anak bertingkah, cak ting, cak ting, cak ting... gong dipalu atas kiraan 4 detik. Usai saja berdoa maka hamba pun memulakan langkah sembah. Bunga sembah asas. Setiap langkah, setiap gerak, nafas diatur. Tarik 4, tahan 2, lepas 4, tahan 2. Tiba-tiba tengah hebat melangkah, hamba terdengar teriakan, disusuli pula dengan jeritan semacam arahan "..abang, tolong buat susu!!! Iman menangis ni...!!..".
Ceh, potong stim pendekar jer..
4 comments:
ahahhahahah ayseh.. ada ke pendekar tgh nak bertempur kena bikin susu dulu LOL.. =))
itulah pasal.. tapi, bagus gak.. melatih ketahanan diri gak tuh.. hehehehe
Hahahahaha... kelakar.
Tuan hamba, barangkali isteri tuan hamba sengaja mengejutkan tuan hamba kononnya utk pegi membuat susu, tetapi yang sebenarnya isteri tuan hamba nak kan tuan hamba bangun disebabkan tuan hamba bersilat dalam tido..tension isteri tuan hamba asyik kena silat tuan hamba itu..hehe ~pest
Post a Comment