Thursday, April 1, 2010

Ngomel Pagi-pagi


Lama lagi nak pencen nih. Risau pulak within that long terms, apa yang akan berlaku nanti. Banyak perkara yang berlegar dalam kepala. Is my fund will be enough after my retirement? Can I raise my kids properly? Will I still be able to "bersilat"? In short, what will become of me? Tapi, rasanya its great that I'm aware of what will happen. Paranoid? Naahh... That is a sign that I'm in touch with reality.
Sometimes risau jugak bila selalu senang nih pasal dalam dunia ni, nothing is free. There will always a price for everything. That is why, when I got something special that is "un-sangka-rable", I keep asking myself, "... alamak, dah 'bayar' belum benda nih?..". Ingat, kalau satu pintu tutup, satu pintu akan bukak. Dan jangan sangka pintu yang baik untuk kita itu akan bukak untuk selamanya pasal sampai masa dia tutup gak nanti. Papehal pun, Allah punya kehendak semua ni. Dan apa pun yang berlaku, semua itu dalam lingkungan ilmuNya. hohoho...

Wednesday, March 31, 2010

Pengayuh Beca


Dia pengayuh beca dunia
Bukan penarik lanca dunia
kalau lanca tiada basikal
guna kudrat semata
Bila ditanya si pengayuh beca dunia
"..mengapa tidak dibawa teksi dunia?.."
Modal tidak cukup, jawabnya ringkas

Kadangkala kasihan juga bila melihat
si pengayuh beca dunia lelah mengayuh
di tengah panas terik menyimbah peluh
membawa beban dunia di sebelah basikalnya
bila hujan dibuka payung kecilnya yang berlubang

Dia pengayuh beca dunia
entah sampai bila dia akan mengayuh
mungkin sampai ajalnya sampai
atau hingga becanya rosak dulu


~hambamaya~
31.3.2010
1.50 tghr



Monday, March 29, 2010

Relative of life..


Kehidupan ini bukan mutlak tapi relatif. Kita sangka yang kita kaya, tapi bila jumpa dengan yang lebih kaya, kita pula jadi yang miskin. Kita sangka kita cepat, tapi bila jumpa dengan yang lebih cepat, kita pula jadi yang lambat. With that, we have got to understand that not everything in front of our eyes is what it seems. Because of this relative factor, we might also make wrong judgments about others. Sedihnya, masih lagi ada yang menyangka bahawa whatever he has right now, will forever be his. When this happen, bila hukum relatif mula bertindak ke atas dirinya, he will not be able to handle it. A powerful person, who thinks that he will always be that powerful, will become powerless, literally, when a more powerful person come into the picture. Bila jadi begitu, dia akan buat segalanya untuk kembali berkuasa.. maka dari seorang yang mulia, jadilah dia makhluk hina. And that is the relative of life... hohohoho...


Thursday, March 18, 2010

KehendakNya...


Ada sesetengah masalah dalam dunia ni, puncanya tidak akan dapat diterima dek akal. Bila jadi begitu, penyelesaiannya pun di luar pemikiran akal juga. Hanya mereka yang dapat melihat hakikat sesuatu perkara baru akan dapat melihat apa yang tersirat. Sebagai contoh, satu ketika bila tentera Islam gagal dalam peperangan, Saidina Umar dapati puncanya kerana tentera Islam sembahyang, saf atau barisannya tidak lurus. Apa pulak kena mengena saf sembahyang dengan berperang?

Begitu juga dengan hidup ni. Ada ketika kita tidak akan faham kenapa sesetengah perkara tu berlaku selagi kita tak dapat melihat hakikatnya. Tetapi, nak dipendekkan cerita, semua ini kehendak Allah Taala. Bila ada masalah, kembalilah kepadaNya, kerana mungkin masalah tadi diberikan kepada kita sebagai peringatan, kerana kita sendiri tak melaksanakan kehendakNya. Kehendak Allah Taala ialah kita jadi hamba, kita sembahyang, kita buat baik dan kita laksanakan semua perintahNya. Atas rahmat Allah, bila kita laksanakan kehendak Allah, mungkin Allah akan tunaikan pula kehendak kita. Insya Allah.

Monday, March 15, 2010

Merantau


Buya Hamka, salah seorang ulamak nusantara kita yang terkenal, bila berkarya sering bercerita tentang adat anak muda Minang yang merantau bila sampai waktunya. Ini jelas dilihat dalam tulisan beliau seperti "Merantau ke Deli", "Adat Minangkabau & Agama Islam", "Tasawuf Moden" dll. Sebenarnya, anak lelaki Minang bila merantau ke luar dari tanah kelahirannya bukan sahaja untuk mencari rezeki, tapi juga untuk mencari dan mengenal diri. Anak Minang yang tidak faham akan hakikat ini akan sesat dalam perantauannya.

Bila keluar merantau, mereka membawa bekal. Bukan hanya duit, tapi juga ilmu yang perlu untuk menghadapi dunia luar. Bila kembali ke tanah kelahiran mereka, diharapkan mereka ini telah menjadi matang dengan pendedahan dari dunia luar.

Bila merantau, mereka ini ibarat kapal. Sememangnya tempat yang paling selamat untuk kapal ialah di dermaga, tapi kapal dibina bukan untuk di tayang di dermaga. Di akhir pelayaran, hasilnya ada 3. Samada kembali ke dermaga dengan kemasyhuran, berlabuh terus di perhentian, atau karam di tengah pelayaran.

Terus merantau, mencari dan mengenal diri...

Positif + Negatif


Satu malam di bilik tidur..

HM: Agaknyer positif dgn negatif mmg takleh nak bersama..
PM: Apasal lak?
HM: Positif klu campur negatif mesti negatif jer manjang..
PM: Tak lah... klu positif lagi besar, mesti jawapan dia positif gak.. takkan tak tau kot?
HM: Ye gak... er, bukan tak tau, lupa... hohoho...


Masalahnyer, negatif selalu jer lagi besar dari positif..


Note: HM~ Hambamaya, PM~ Pn Miza

Thursday, March 11, 2010

Marang 'merapu'...


The more we go through life, the more we will realize that there are many things that we need to protect. Though some might think that they only need to ensure the safety and the interest of themselves, tapi hakikatnya nilai diri dia itu masih ditentukan oleh orang lain yang berada di sekeliling dia. Contohnya, kalau sebelum kahwin, mungkin dia boleh buat apa sahaja, tapi lepas kahwin, sebelum buat sesuatu, dia kena ambik kira tentang isteri/ suami dan anak-anak dia.


Tapi yang hairannya, masih ada juga yang tidak mampu untuk fikir dan sedar tentang benda-benda macamni. Itu yang kita baca dalam suratkhabar ayah rogol anak, isteri khalwat dengan lelaki lain, dan macam-macam lagi benda gila. Sekali lagi disini, akal itulah yang memainkan peranannya. Kalau hati/ nafsu itu raja kepada badan, maka akal itu penasihatnya.


Masalahnya, zaman sekarang nih, orang tak suka asah akal dia. Asik sibuk asah nafsu dengan hiburan jer. Jadi macamner akal tu nak jadi penasihat kepada hati yang dah porak peranda? Bak kata nabil, sekali lagi, "Lu pikirlah sendiri...". But again, Nabil sendiri kantoi... hohohohoho....

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!