Semua orang nak kaya. Bukan kaya yang sapu kat roti tu, tapi kaya berduit. Fuh!! Kalau tuan hamba semua tanya hamba, " ...kalau engkau ada RM1 juta, apa yang engkau nak buat?..", hamba pun tak boleh nak menjawabnya. Pasal memang terlalu banyak perkara hamba nak buat dengan duit tu.
Dalam pada nak cari banyak duit tu, maka ramailah yang mencari kaedah untuk berduit. Ada guna cara betul, ada guna cara salah. Bila zaman makin moden, maka cari duit ni pun menjadi pelbagai. Yang mana sibuk berniaga, berniaga, yang mana gila melabur, melabur.
Cumanya, yang hamba sering tanya diri hamba, hidup kita ini memang cari duit je ke? Terlalu banyak perkara yang kita ingin, sampai terabai perkara yang perlu. Betul ker? Tak juga. Pasal dunia zaman sekarang ni, perkara yang perlu tu pun amat banyak memerlukan duit. Jadi, tidaklah salah cari duit, cuma biarlah kena gaya.
Ingatlah lirik lagu Herman Tino ".. harta bukan milikmu, untukmu hanya rezki, terkurang kumpul lagi, terlebih memberilah".
1 comment:
mak wani kata duit nie makin dicari makin tak cukup.kalo wani ada rm 1 juta, wani nak buat yayasan kucing..hihihihi
Post a Comment