Monday, August 6, 2012

MENYESAL

Hidup memang penuh dengan penyesalan. Hohoho.. hamba rasa, Nadirah pun mesti banyak penyesalan. Lagi menyesal kalau dia pilih mamat Ammar takde masa depan tu berbanding dengan si Bazli yang punyalah hebat asik pakai tali leher jer walaupun dalam rumah dia (macamana hamba boleh terjebak dengan drama nih..). Tapi, persoalannya: benarkah hidup mesti tanpa penyesalan?


Tidak ada perkara dalam dunia ini yang ALlah cipta tanpa gunanya. Kita banyak dengar orang nasihat, "..nanti menyesal, tiada gunanya..". Dari satu aspek, memang betul, tetapi, macamne nak hidup tanpa penyesalan? Cuba angkat tangan siapa yang sebelum tidur, tak pernah terfikir perkara yang dia buat siang hari dan tidak ada rasa menyesal? Kalau tak perkara besar pun, mesti kita ada menyesal dalam perkara yang kecil.

Nak memendekkan hikayat, sebenarnya kita tak perlu hidup tanpa penyesalan, tapi kita kena terima hakikat akan kesilapan yang kita lakukan hingga kita menyesal tu. Ambil iktibar dan teruskan hidup. Andai kita tak pernah rasa menyesal, maknanya ada ssesuatu yang tak kena dengan kita. Iyalah, manusia mana yang tak pernah buat silap. Dan kalau kita tak pernah menyesal, maknanya kita tak pernah buat silap, atau kita tak rasa bersalah atas perkara silap yang berlaku samada atas diri kita atau yang kita buat pada orang lain. Penyesalan ialah satu alat 'pembetulan moral' kita.

Taubat itu merupakan satu contoh kaedah menyesal. Jadi sekali lagi, menyesallah dan perbetulkan. Cuma jangan over sangat sampai menjejaskan hidup kerana di sebalik penyesalan, ada ubatnya iaitu pengharapan.

'.. tubnaa ilaLlah, wa raja' naa ilaLlah. wa nadimnaa a'la maa fa'alna..'

2 comments:

wanie murnie said...

mesti la ada penyesalan, kalo x de org tu, x de perasaan kot.
p/s:dah x minat jue aziz ker, bro?

HambaMaya said...

jue aziz dah menyesal pasal tak layan hamba dulu.. skang hamba dah sekolahkan dia tentang penyesalan ... hohohohoho...

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!