Friday, February 11, 2011

"Jom, ke masjid kita!!"


Lepas solat Jumaat, sesambil dengar imam berdoa, tetiba hamba terfikir. Untungnya benda-benda mati yang dijadikan bahagian masjid ni. Batunya, simen, jam dinding, tiang, hatta karpet kat masjid ni pun. Kalau nak banding dengan barang-barang yang guna untuk buat istana tu lah. Kalau karpet kat istana tu, orang pijak dengan kasut, orang calit taik hidung kat dinding. Kalau kat masjid, hapak-hapak karpet masjid ni, masih lagi orang sujud. Nak buang taik hidung merata-rata kat masjid pun pikir banyak kali takut malaikat sepak nanti. Hohohoho...

Jadi, kalau benda yang mati pun bila dikait dengan masjid jadi mulia, inikan pula insan macam kita nih, makin naiklah darjat kita disisiNya. Jadi hamba berazamlah, kalau boleh nak ke masjid setiap waktu solat. Insya Allah. Jom ke masjid!! Hohohoho...

5 comments:

Mak Peah Bini Sood said...

alhamdullillah btw bila nak tukar warna font ke putih dahhhh HM mata mommi sakit lah...

HambaMaya said...

hohohoho... ok, nanti kita adjust.. : )

Tok Ketua said...

sama lah momi tok ada rabun kaler ni.. hohohoh

HambaMaya said...

ok, sudah adjust.. : )

Mem Aluya said...

Karpet masjid dekat rumah yang sebelum ini, berbau atar yang sungguh harum, masya Allah... sujud tak mo bangun-bangun dah, boleh ?!

Tuan Hamba dah baca tulisan Prof Kamil ? Dakwah beliau mengajak kita solat berjemaah di masjid terkesan juga di hati (batu) ni :P

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!