Pengunduran bekas Presiden Mesir; Husni Mubaraq sekarang dah jadi satu sejarah dalam dunia. Lepas 30 tahun memerintah sebaik kematian Anwar Sadat, En. Husni ni lah pulak yang amik alih rejim kuku besi di Mesir. Ikhwanul Muslimin, yang diasaskan Imam Syed Hassan Al Banna pulak ialah badan yang sudah lama menentang rejim kuku besi dan polisi-polisi si Husni Mubaraq. Berapa ramai pulak ahli Ikhwanul Muslimin yang kena penjara dan bunuh dek Husni Mubaraq.
Dan kini, Mesir sudah bebas dari Husni Mubaraq, tapi bagi hamba, Ikhwanul Muslimin masih belum boleh berkata MEREKA SUDAH BERJAYA. Kenapa? Pasal la nih, tentera pulak yang amik alih pemerintahan. Dan kita tidak akan tahu sampai bila dan bagaimana pulak proses peralihan yang tidak teratur ini akan berlangsung. Rakyat Mesir mungkin akan terpaksa berjuang lagi. Ikhwanul Muslimin mungkin akan terpaksa bangun lagi. Dan jangan lupa, masih ramai lagi kuncu-kuncu Husni Mubaraq di Mesir.
Cuma harapnya, revolusi ini akan membantu perkembangan Islam yang lebih tulus di Mesir dan bukan hanya untuk politik semata-mata.
3 comments:
bersyukurlah kita kerana masih aman di negara sendiri tetapi masih byk bangsa sendiri yg kotor dlm politik..
Lepas ni Taib Mahmud pulak agaknya !
hahahhahah adoii terus terlupa nak komen apa td bila baca komen Mem LOL!!
Post a Comment