Monday, August 10, 2009

Lagi Komen (secara ilmiah..)


'Yang diperintah' dan 'Pemerintah'. Bagi hamba, dua golongan ini, dalam realiti, sifatnya memang amat berbeza. Yang satu, tiada kuasa. Yang satu lagi amat berkuasa. Namun sebenarnya, kedua-duanya dihubungkan dengan satu hubungan. Dan hubungan ini boleh jadi samada disebabkan oleh ketakutan (fear) atau ketamakan (greed). Setiap mereka ini melakukan sesuatu atas sebab takut dihukum atau kerana imbuhan yang akan diperoleh.

Jangan samakan golongan ini dengan 'Pengikut' dan 'Ketua'. Kerana hubungan dalam konteks mereka ini lebih kepada kesetiaan (loyalty) dan kekitaan (togetherness). Inilah golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan salah satunya. Pengikut berkorban untuk ketua, ketua bermatian untuk pengikutnya.

Walaupun bicara ini hanya dalam konteks interpretasi bahasa sahaja, tetapi Bahasa Melayu indah gubahannya. Satu objek dan perbuatan, lain namanya mengikut sifat.


hambamaya : kenapa gomen punya pejabat servisnya tak ampuh? cek balik suratnya -"saya yang menurut perintah".....



2 comments:

Anonymous said...

"Sy yg menurut perintah" dy x gtau pun dy ikut perintah saper.. perintah PM ke perintah rakyat??

HambaMaya said...

woooo... pertanyaan ini orang gomen jer boleh jawab..

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!