Monday, February 28, 2011

Kira-Kira Dosa


Ni hamba nak tunjuk satu kira-kira. Kira-kira mudah, tapi tujuannya penting.

Katakanlah umur kita pencen ialah 55 tahun dan kita baligh pada umur 12 tahun.
Oleh itu beza antara 55 tahun dan 12 tahun ialah : 55 - 12 = 43 tahun

Kemudian, dalam satu tahun ada 12 bulan dan purata 365 hari. Oleh itu 43 tahun ada lebih kurang 15,695 hari.

Maka, kalau dosa kita dikira pada tahun kita baligh iaitu sewaktu umur kita 12 tahun, dan kita pulak MATI waktu umur kita pencen i.e 55 tahun, dengan andaian bahawa SATU HARI SATU DOSA, maka bila kita mengadap Allah s.w.t, kita akan bawak 15,695 dosa bersama kita. Itu kalau kita andai satu hari satu dosa. Kalau sepuluh dosa?

Hakikatnya, hamba pun tak nak buat entry ni pasal diri sendiri pun lintang pukang, tapi hamba rasa, bila kira-kira macam ni, sekurang-kurangnya kita semua boleh ambik iktibar dan inisiatif untuk banyakkan lagi kebaikan kita.

Jadi, apa tunggu lagi? Kiralah.


6 comments:

Mak Peah Bini Sood said...

Dolu Mak ponah kira-kira dosa cam tu...then Mak jadi Phobia terus tak leh tidur...aduhai...

Now cara Mak lagi mudah oksah campur orang...I mean keluar rumah hoyey2... kurang hoyey kurang dosa.,, pada hemat Mak lah kan...nauzubillah biarlah Mak dok rumah dendiam jerr...agar semua terpelihara dengan sempurna

Tok Ketua said...

tu baru kira2 utk satu hari satu dosa.. belum kira satu dosa berapa beratnya mau kene timbang.. kalo satu hari lebih dari satu.. brpa byk pula berat yg ditimbang?.. adehh...

oleh itu sentiasa berbuat baik setiap masa selain ibadah wajib..

pahala 10 kilo bungkusss!!!! hohoho gurau aje..

Zu said...

tak berani nak kira pasal byk sgt dosa!!!

Tok Ketua said...

tp orang skg pun hebat menilai dosa orang lain..

Bahasa Makngah said...

Timbang dosa tombang juga pahala, bkn apa utk balance jer dgn neraca Allah nanti, kurang2 rasa lbh bersemangat utk mati...

HambaMaya said...

apa yang hamba buat nih, kiranya dalam bahasa arabnya muhasabah ler.. kita kira dosa kita, supaya nanti boleh kita cek and balance dgn amal kita pulak.. : )

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!