Baru sahaja berbincang hal ini dengan kawan-kawan semalam. Kami satu kumpulan. Ramai lagi ahli kumpulan tidak berdaftar kami ini. Dulu kami dipinggirkan. Para pemimpin tak berapa nak pandang sangat kami kerana pada waktu itu, mereka ada penyokong dan undian majoriti. Pihak pembangkang pun tak berapa suka kami kerana dianggap sebagai pengganggu undi. Para penyokong fanatik parti masing-masing pun tak suka kami kerana dianggap tiada pendirian. Mereka semua anggap kami tidak ada semangat perjuangan dan tidak faham politik. Kami dilabel "orang atas pagar". Akhirnya kami dicop anarkis.
Hakikatnya, kami ada idea politik kami. Kami melihat dan memilih pemimpin kami, bukan semata-semata atas dasar parti yang dijaja. Kami berpolitik kerana pegangan kami, bukan atas pegangan dan idea orang lain. Kami bukan fanat parti. Kini, bila keadaan terdesak, barulah kami ini didekati. Kononnya kamilah penentu undi.
Siapakah kami? Kamilah idea baru generasi. Kamilah hakikat demokrasi...
1 comment:
satu dua...
Post a Comment