Sekarang ni, terlalu banyak kursus-kursus dan kaedah-kaedah mengenal peribadi ni dibuat. Kursus tarikh lahir lah, kursus mencapai bintang lah, kuiz itu, kuiz ini. Well, kadangkala apa yang diutarakan memanglah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dibuat tetapi, effect yang lain mungkin kita tak nampak. Satu contoh, kita diberitahu yang orang yang lahir bulan ni akan ada sifat macam ni, macam tu. Atau, kalau kita suka bentuk bulat warna kuning, itu tandanya kita orang yang macam ni, macam tu. Tanpa disangka, maklumat tu akan melekat kat otak kita dan membentuk peribadi kita seperti yang dicadangkan oleh kajian tren sifat tu. Kalau positif takper, tapi kalau negatif? Contohnya kalau kita sekarang ni kerja cikgu, tapi kalau ikut tarikh lahir kononya kita sesuai jadi peniaga, akan meningkat ke motivasi kita untuk kerja atau makin turun? Ingat, manusia cuma nak dengar apa yang dia nak dengar jer.
Kita boleh lah jadikan benda tu semua panduan tapi jgn jadikan acuan untuk peribadi kita pasal nanti kita akan terlepas peluang untuk jadi diri kita yang sebenar. Sekadar mengingat.
Hambamaya : Ariftu nafsi birabbi..
6 comments:
yesss.. ni lah satu2nya komen yg tok boleh terima...
bg tok ia hanyalah sekadar keseronokan utk mengenali diri sendiri dari cara yg berbeza...
betul tu.. macam yang hamba cakap, cuma sebagai guideline jer.. btw tok, ada rezki ke belum lagi nih? hehehe...
bg zu semua tu hanya nak melariskan buku2 diorang jerr sebab dah hakikatnya ramai org suka dgn ramalan2 so siapa yg bijak ambil lah peluang2 ni utk buat kajian sana sini walaupun kesahihannya 50/50...
tak kisah lah tu zu.. yang kesiannya orang yang tak tau.. mati-mati ingat benda tu betul 100%
jadikan panduan...
jgn terbawak2..
sangat setuju mek.. kalau terbawak2 sgt, nanti dh jadi macam penentu hidup plak..
Post a Comment