Thursday, February 10, 2011

Kemaslahatan Umum

Teringat pulak dengan satu peristiwa bila hamba berkata pada seseorang , "... kalau semuanya kena ikut kemaslahatan umum, baik tak perlu undang-undang..". Punyalah mengamuk orang tu pasal dikatanya hamba ni tolak pandangan ulamak.

Hohohoho... hamba diam jer, tapi kalau kemaslahatan umum tu atas prinsip untuk senangkan "umum yang tak berapa umum", itu kemaslahatan sementara namanya. Yang bathil tetap bathil, kenapa perlu diubah atas prinsip nak senangkan orang lain?

Itu macam, kalau ada pemimpin yang majoriti rasa korup, maka kita bunuh jer lah dia pasal untuk "kemaslahatan umum".. hohohoho... Tapi itu contoh ekstrim, jangan la buat pulak. Nanti ada pulak masuk parlimen nak kerat telinga YB pasal tak nak dengar aduan rakyat yang sememangnya untuk kemaslahatan umum. Hohohoho..

Wednesday, February 9, 2011

ACT OF GOD


"Act of God" maknanya lebih kurang macam perkara-perkara yang berlaku di luar kawal manusia. Hamba takde masalah dengan frasa ni, cuma tidak berapa setuju kalau perkataan "God" itu digunakan untuk menutup kesalahan-kesalahan manusia sendiri. Dalam bolasepak kita ada "Hands of God". Dalam masalah psikologi kita ada pulak "Voices of God". Ini semua, bagi hamba, last resort kita untuk menyelamatkan diri dan menutup kesalahan sendiri dengan bersembunyi di sebalik nama Tuhan.

Bila berlaku sesuatu, bukannya kita salahkan Tuhan, tapi kita redha pasal kita hambaNya. Dan jangan pulak jadi Maradona atau pembunuh-pembunuh gila yang lain bila dah terang-terang salah, petik nama Tuhan untuk cover kebodohan kita. Hohohoho..


Tuesday, February 8, 2011

Penyakit Rohani


Dunia sekarang macam-macam penyakit. Bukan sahaja penyakit fizikal, tapi penyakit-penyakit rohani pun banyak. Hamba pun rasanya masih belum sembuh-sembuh lagi penyakit rohani yang hamba hidapi. Itu hari rasanya sembuh sekejap, tapi sekarang dia datang semula. Bukan satu, tapi macam-macam pula yang datang berjangkit pada hamba. Penyakit malas tak payah cerita la, sekarang nih penyakit bosan, penyakit kecewa, penyakit dengki, penyakit besar diri dan bermacam-macam lagi lah penyakit rohani yang datang bertimpa-timpa. Kadang-kadang terasa macam nak masuk dalam hati ni, buat "spring cleaning".


Mungkin pasal hamba sudah masuk ke fasa hidup yang lebih serius. Dulu, tak berapa nak fikir sangat pasal keluarga dan diri, tapi sekarang, perlu ada perancangan yang betul. Hamba harap yang terbaik sahaja dari Allah untuk diri dan keluarga. Sesungguhnya, hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk kita semua.

Thursday, December 23, 2010

Jalan Terus..


Setiap hari kita sentiasa melalui jalan yang sama, berlari di atas jalan yang sama. Tapi, masih juga kadangkala kita akan tersadung atau terjatuh atas jalan yang biasa kita lalui. Kita bangun semula dan teruskan pergi pulang kita di atas jalan itu. Tapi esok atau lusa kita masih terjatuh, malahan kadangkala sesat. Dan itulah sebahagian dari hakikat hidup kita. Walaupun kita sudah biasa dengan hidup kita, tapi kita akan masih melakukan kesilapan. Tapi itu tidak bermakna kita perlu sesal. Bangun dan teruskan hidup dan lebih berhati-hati dalam hidup kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan tersadung atau terjatuh lagi.

Tuesday, December 21, 2010

Aduhai Jiwa Yang..


Kalau bahasa itu jiwa bangsa, apa pula agaknya yang menjadi jiwa iman? Untuk mengorek hal yang itu, mungkin kita perlu pula memahami apa pula yang dikatakan jiwa.

Hakikatnya, I don't think that there is anybody in the world that can give me a clear and satisfy answer to this question. Hamba yakin jawapannya ada di dalam Al Quran tetapi mungkin disebabkan kosa kata yang berbeza, maka usaha untuk memahami "JIWA" dalam ertikata yang sebenar menjadi agak sukar. Yang pastinya jiwa ini adalah sesuatu yang halus, dicipta Allah untuk menjadi peneman kepada raga yang kasar.

Lalu tuan-tuan dan puan-puan pun bertanya: Kenapa pula perlu ada jiwa? Seandainya makna jiwa itu sama dengan hati, maka bolehlah hamba menjawabnya, tetapi kalau maknanya lain, hamba sendiri pun tak tahu..

Friday, December 10, 2010

Salam Hijrah


Duduk tepi masjid tadi, membuat hamba terfikir sejenak. Orang asyik sibuk cerita pasal maal hijrah ni, hamba pun rasa macam ingin bercerita pasal hijrah. Bukan semua orang mampu nak berhijrah. Pasal dalam dunia ini, pada pandangan mata burung hamba, paling tidak ada 6 golongan bila hendak dikait dengan hijrah:


Golongan 1: Memang sejak awal sampai mati hidup baik
Golongan 2: Memang sejak awal sampai mati hidup jahat
Golongan 3: Awal hidupnya baik, kemudian jadi jahat
Golongan 4: Awal hidupnya jahat, kemudian jadi baik
Golongan 5: Awal hidupnya baik, kemudian jahat dan akhirnya jadi baik
Golongan 6: Awal hidupnya jahat, kemudian baik, tapi akhirnya jadi jahat balik


Maka bagi hamba yang masih tolol dunia ini, sesiapa yang akhirnya jahat, tak kiralah golongan mana sekalipun, maka rugi amat.

Salam hijrah.

Monday, December 6, 2010

Apa status anda hari ini?


Hampir separuh tahun hamba tidak menjengah blog tercinta, dan hampir separuh tahun juga hamba tidak menjengah blog sahabat-sahabat yang tercinta. Tapi bukan bermakna hamba tidak ambil tahu perihal sahabat-sahabat yang lain, kerana ada medium lain yang digunakan untuk berhubung kini. Hamba panggil dia En. Facebook. Kuat betul penangan En. Facebook, hingga sahabat-sahabat hamba yang gila blogging, blogger tegar, semuanya cabut malas untuk mengendali blog masing-masing. Lebih mudah menyampaikan idea pada status En. Facebook kerana lebih ramai dapat tahu apa yang ada dalam benak masing-masing. Itu belum lagi yang kaki main "online game". Silap haribulan, kerja pun berhenti jalan.

Untuk memendekkan kata satu soalan hamba hari ini, " Apa status anda hari ini?".

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!