Pon!!Pon!!Pon!!
He..he..he.. macam-macam sekarang nih kita dengar kat dunia.. Aku gelak bukan pasal apa.. aku tengah gelak dekat mereka yang ada kuasa tapi tak tau nak buat apa .. macam bila orang ada gigi tapi tak tau macamner nak guna gigi untuk mengunyah.. well, its a bad analogy, but that is how i see it.. tak kisah la dalam atau luar negara.. rupanya simptom "buat bodoh" ni ada di mana-mana..
Dekat Malaysia sendiri, aku tak boleh la nak cakap apa.. silap kata, binasa raga. Tapi kat luar sana, kita saksikan betapa murahnya darah manusia. Tak payah cakap lah saudara seIslam ker, kroni sekaum ker.. we are talking about human life here.. and we can see that mereka yang ada kuasa, lebih senang jaga perut sendiri dari tolong hentikan darah yang tengah mengalir tak berenti nih..
Jadi aku ada rasa tanggungjawab untuk seru semua orang untuk sama-sama mengutuk apa yang sedang berlaku sekarang di Palestin. Ini sahaja yang aku berkuasa untuk buat..