Monday, April 13, 2009

Kisah Serigala Dengan Anak Ayam Muda

Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan kandungan.



Maka tersebutlah kisah orang tua dahulu, seekor serigala yang amat lapar keluar mencari makan. Tiba-tiba, kelihatanlah olehnya seekor ayam muda, sedang mengkais-kais tanah terkial-kial ditinggal ibunya. Tanpa berlengah, maka serigala tadi berusahalah mengejar anak ayam muda tadi untuk dijadikan hidangan. Namun, puas digunakan segala ilmu serigalanya, anak ayam muda tadi masih gagal untuk ditangkapnya. Setelah sekian lama berusaha, berhentilah serigala itu dan berkata dalam kepenatan, "..tak mengapalah. Aku bukan nak sangat pun makan ayam muda nih. Isi pun tak banyak. Lagi baik aku carik lembu..".

Maka berlalulah pergi serigala itu mencari lembu pula.

Friday, April 10, 2009

Sepagi di Taman Kerang


Date: 10 April 2009
Venue: Tempat jual cincin dan kayu di Taman Kerang, Kuantan
HM = Hambamaya
PC = Penjual Cincin


HM : Bang, ni kayu apa ni bang?
PC : Ni lah raja kayu.
HM : Apa khasiatnya bang?
PC : Saya pun tak tau. Tak belajar lagi bab raja kayu nih. Saya letak pasal buat syarat jer.
HM : Naper lak?
PC : Senang citer macam ni lah. Kita orang Melayu ni, kehebatan ketuanan kita bukan pada
bangsa Melayu tapi pada raja dan sultan kita. Sebab tulah saya letak raja kayu ni kat sini
supaya boleh jadi ketua kat sini (sambil tersenyum bangga).
HM : Kalau macam tu, mesti power raja kayu kalau nak banding dengan kayu seligi, tedung
hitam, teras kemuning..
PC : Hmm.. tak jugak. Tengok la Sultan Pahang, main golf pun kalah. Power ker? (sambil
tergelak)
HM : Hehehe.. apa-apa lah bang..


Beraja di hati...


Masa kecik-kecik dulu, datuk hamba ada berpesan;
"..Dalam manusia, hati adalah raja, tubuh ni rakyatnya. Baik raja, baik la rakyat. Jahat raja, jahat la rakyat.."

Bila dah besar ni, memang selalulah dengar nasihat-nasihat macam ni. Ingatkan dah habis faham, tapi masih ada lagi yang hamba tak habis faham dan tak habis sedar. Generally, macamne yang dikatakan "..hati ni raja dan tubuh itu rakyatnya.."?. I've come out with a simple example.

Let say kita tengah duduk kat pejabat and tengah buat kerja. Tetiba, terdetik di hati kita nak online and blogging. Maka, otak dan tangan kita pun terus la buat seperti yang hati kita nak. Atau, tengah duduk buat kerja, hati terdetik kata nak kuar minum kejap. Kaki secara auto akan mengangkut tubuh kita gi warung berdekatan. See? Hati kata nak blogging, tubuh badan kita pun ikut. Hati kata gi minum, kaki pun angkat gi warung. Macam perintah raja, rakyat pun ikut.

Yang buat aku sedar, ialah bilamana terpikir, ".. kalau macam tu, macamner nak buat raja jadi baik? Buat keputusan yang betul..". Maka mestilah ada penasihat atau pembantu. Kalau hati ni, siapa lak penasihat dia? Sudah tentulah akal kurniaan Allah. Hmm..

Thursday, April 9, 2009

Apalah Cik Aminah...


"Air pasang malam
Surut pukul 5
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi kolam
Itik bertelur ayam mengeram

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit"

I believe aku dah discuss about this lagu kanak-kanak in my other blog, tapi aku nak cerita balik. Again, I still don't know siapa yang cipta lagu nih, tapi kalau kita amati lirik lagu ni, seolah-olah menyindir kita orang Melayu. Kaum lain, bangun pagi, usaha kuat buat kebun. Itik dengan ayam pun sampai dah bagi hasil.

Tapi orang Melayu, bila jatuh, bukannya nak ditolong bangsa sendiri, tapi kena ketawa sakan. Apalah Cik Aminah....

Bila Masa Nak Cukup?


Ada kawan dari bank tanya.."you tak nak masuk buat sales balik ker? benefit pun lagi ok..". Mencanak akal aku carik alasan bila ditanya soalan macam ni. Siapa yang tak nak bekerja dengan orang-orang profesional, glamour, plus, high salary and better benefits. Rindu gak masa zaman gila-gila buat business credit dulu. Memang syok. Especially masa duduk Johor. Macam-macam orang kita boleh jumpa. Dari sejujur-jujur umat, sampai la ke kepala gengster.

Tapi, bila pikir balik, kalau aku masuk balik business credit sales, maka aku akan terpaksa korbankan sesuatu. Masa. Sekarang nih, bagi aku, masa memang penting untuk aku. Bukan setakat untuk aku jer, tapi untuk orang lain. Prinsip aku sekarang nih, selagi ada masa, aku akan cuba gunakan untuk buat apa yang aku suka dan perlu, bukannya apa yang aku terpaksa buat. Tapi, tak dinafikan kebarangkalian untuk aku balik ke commercial bank tu memang ada, cuma mungkin bukan dalam bidang sales la.

Teringat cerita tuk guru aku pasal 2 orang pemandu teksi. Sorang ni, kalau sehari boleh la dapat RM200, cukup untuk belanja keluarga dan buat sikit simpanan, tapi yang sorang lagi nih, boleh dapat RM600 dan memang mewah hidup dia. Agak-agaknya sapa yang elok? hehehe...


Wednesday, April 8, 2009

Kacau!!!


Hidup memang amat mengelirukan.. one second you are in a good, glorious and wonderful mood, and suddenly, heavy rain is pouring down on you. But, itulah fakta kehidupan. Suka atau tidak, you got to face it. Tapi keadaan macamni yang membuatkan diri rasa nak berseorangan sekejap. Nak lari sekejap dari realiti. Kumpul kekuatan balik. And come back with some strength to challenge the world again.

For me, itulah caranya aku berhadapan dengan cabaran dunia nih. Cuma kebelakangan ni, aku tak boleh buat apa yang aku panggil "tactical retreat" tu, pasal ada kekangan masa..hehehehe.. itu yang lemah jer bila ada dugaan sekarang nih... ibaratnya, bila kena tumbuk terus kena balas balik.. kalau singgah penumbuk tu, ok lah, tapi bila dah terlebih diasak, tersasar jugak penumbuk tuh..

Merah dah pipi ni asik ditampar sendiri, suruh bangun balik and be more alert. Tapi kalau kudrat dah banyak tuh, orang papah pun masih lagi rasa berat. Mohon pada Allah Taala, moga terus diberi kekuatan.. as for now, I want to be alone, but not lonely..

Sunday, April 5, 2009

Menteri Perdana


Its been a while since my last entry. Sibuk sikit dengan urusan kerja and family. Volume of task seems to be mounting due to the current economic recession. Family pula, dengan pertambahan seorang anak ni, letih jugak. Balik rumah, kena jaga family pulak. Tapi seronok bila tengok anak senyum, hilang penat.

Kita sudah ada Perdana Menteri yang baru. Dato' Seri Najib namanya. I don't wish to comment anything about his appointment, since  I believe that sudah banyak yang dinyatakan dalam blog-blog  dan sumber media lain. Aku nak cerita dari segi bahasa jer.

Korang perasan tak, di Malaysia, wazir-wazir dipanggil menteri dan kalau dia ada portfolio macam pendidikan, kita panggil Menteri Pendidikan. Menteri apa? Menteri Pendidikan. Pisang apa? Pisang Goreng. Tapi kenapa tidak Menteri Perdana, tapi Perdana Menteri?

Agaknya, ini mungkin disebabkan direct translation from Prime Minister. Adakah ini disebabkan oleh keampuhan ilmu Bahasa Melayu yang dimiliki oleh  orang-orang Dewan Bahasa dan Pustaka? Hmmm...

 

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!