Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Cara Menjawab Exam (Untuk Mereka Yang Masih Kurang Ready)




Disebabkan musim peperiksaan sudah dekat, ingin rasanya hamba perturunkan ilmu zaman dahulukala untuk jawab exam, bagi umat-umat yang masih belum ready lagi. Tok nenek kita yang mana belum ready masa nak jawab exam dulu pun, dah lama buat kaedah ini, dan diperkembangkan lagi dengan daya inovasi Generation X dan Y kita.



1. Tengok orang sebelah. Cara paling tak banyak usaha tapi paling berisiko. Hanya boleh dilaksanakan jika ada penglihatan terbaik kiri dan kanan. Buat-buat lenguh tengkuk sikit, dan jeling kiri kanan. Tips: duduk sebelah budak pompuan. Diorang nih biasanya pandai. Diulangi - BIASANYA.


2. Tulis maklumat di tapak tangan. Juga merbahaya. Lebih-lebih lagi kalau tulis pakai pen biasa. Sila guna pen Kilometrico yang boleh dipadam guna pemadam pensil, pasal bila cikgu datang, senang padam. Tips: pastikan tangan jenis tidak berpeluh dengan banyak.


3. Tulis formula kat kalkulator. Kalkulator yang afdhal ialah kalkulator saintifik berpenutup. Berdasarkan pengalaman pengamal, kaedah ini jarang kantoi. Antara kaedah toyol yang terbaeeekkk!!


4. Antara kaedah terkuno, tulis di atas meja. memerlukan persiapan awal. Kalau kantoi, cakap la bukan sendiri yang tulis.


5.Tulis formula atas pemadam. Sebagai alternatif, boleh juga digunakan sebagai dadu bila terdesak untuk soalan objektif.


6. Zaman makin moden, dan toyol juga makin moden. Guna MP3 player. Rakam maklumat dalam MP3 Player pastu dengar masa jawab exam. Seswai untuk yang bertudung. Tips: Volume ditetapkan pada kadar yang sepatutnya. Jangan sampai pengwas dengar sama.


7. Tisu dan sapu tangan juga boleh menjadi medium masa exam. Pandai-pandai la buat lap hingus ke, peluh ke, meja ke. Tips: Seeloknya guna sapu tangan kain halus tu. Senang tulis.


8. Tulisan Magik!! Caranya: dua kertas diletakkan bertindih dan nota atau formula ditulis dengan menekan kuat masa pada kertas bahagian atas. Bawa kertas yang di bawah tu semasa peperiksaan sebagai alas jawapan.



Begitulah serba sedikit petua zaman dahulukala. Cuma sesiapa yang mengamalkan apa yang termaktub dia atas, sebenarnya amatlah malang kerana nampak sangat kurang bersedia. Bukan tak bersedia langsung, cuma kurang bersedia.

Monday, March 28, 2011

Parkour Revisit!!


Sekarang nih tengah mood nak parkour semula, macam dulu-dulu kat Johor. Pergi mana-mana, asik nak berlari, lompat sana-sini. Pergi masjid pun ikut jalan straight yang cepat tapi kena panjat sana, lompat sini. Rasa macam budak-budak balik pulak. Tapi, memang best. Rasa semangat, badan rasa fit, yang peliknya, fikiran pun rasa lebih berani dan terbuka. Cubalah sendiri!! Hohohoho.. (macam iklan syampu lak, exclude the hohohohoho..)



Thursday, March 10, 2011

Balik Soromban Esok Kito!!!!


Minggu ni hamba cadang nak balik kampung halaman di Seremban. Lama dah tak balik. Tapi balik sorang jer. Hohohoho...

Jadi cadangannya, disebabkan lama dah tak bermeditasi, ingat pagi Sabtu tu nak pergi cari sungai dan nak bertafakur. Hohohoho.. orang ingat bertafakur ni perkara-perkara mengarut. Tapi sebenarnya, ia boleh merehatkan minda. Orang-orang di Barat pun dah mengakui kaedah ini sebagai terapi minda mereka. Istimewanya, orang Melayu, kita ada kaedah kita. Ada orang panggil bertapa, tapi hamba lebih suka panggil bertafakur.

Oleh itu, kiranya pagi Sabtu ni, boleh la hamba cuci-cuci aura nih, pasal banyak sangat dah terpengaruh dengan aura negatif waktu kerja hamba, yang terpaksa berhadapan dengan masalah ajer. Hohohohoho...


Tekadku (Tajuk macam cerpen Dewan Siswa..)


Ok. Hamba dah buat keputusan untuk sambung lagi belajar. Lepas konvo itu hari, jiwa rasa kosong lak. Tetiba dapat ilham baru, terus buat wang pos, register, and proposal pun dalam 45% dah siap. Nasib la. Sekurang-kurangnya, biar nampak sikit usaha. Idea tengah berlambak nih, jalan biar terus.

Sekarang tetiap malam baca jurnal. Buat literature review. Moga Allah mudahkan jalan. Amin. Buat isteri tersayang, keluarga dan sahabat, moga terus sokong hamba!! Hohohoho..

Wednesday, March 9, 2011

Kejadian Di Pejabat Pos


Itu hari pergi Pejabat Pos nak buat wang pos. Tapi hamba dah silap pergi, pasal orang tengah sibuk bayar saman ekor. Jadi itu Pejabat Pos sudah jadi macam orang pergi tengok gigs. Punyalah ramai. Hohohoho..

Disebabkan kesuntukan masa, hamba minta tolong la dengan seorang auntie ni tolong buat wang pos, kebetulan turn dia. Dia ok jer, mungkin pasal tengok hamba punya muka kesian. Tapi kerani pejabat pos tu tak bagi pulak. Fine, tapi cakap ler elok2.. bikin hamba panas jer. Tetiba jer rasa nak santau minah tu. Ceh.. tapi hamba dengan penuh gentleman cakap terima kasih kat auntie tu dan cabut. Sambil jalan tu, hamba kentut sekali. Padan muka. Hohohoho..

Esok pagi tu dia ada lagi, tapi hamba berurusan dengan orang lain jer. Kalau tak, sia-sia la kentut hamba itu hari. Hohohoho..

Saturday, March 5, 2011

Tanam Pokok Jambu


Hari ini hari cuti. Dan hamba manfaatkan dengan berehat dengan anak dan isteri. Tapi rehat-rehat saja pun tak best. Hamba pergi nursery, carik anak pokok jambu batu nak tanam. Beli anak pokok kecik harga RM10 jer. Beli sikit pasu dengan pokok bunga gak untuk tambah seri laman rumah.

Petang tu jugak hamba tanam. Tukang jual tu kata, dalam 8 bulan ke 10 bulan, boleh la berbuah. Seronok lak rasa bila pikir boleh makan buah jambu tanam sendiri. Gambar? Malas ler nak amik gambar post kat entry nih.

Dalam pada hamba tanam jambu tadi, tetiba rasa nak berenti kerja jual sayur jer. Hohohoho.. hamba enjoy tanam-menanam nih.



Saturday, February 19, 2011

Air Liur dan Cacing


Dulu masa kecik pernah ikut ayah pergi memancing dan menjala dekat sungai hujung kampung nenek. Pak Itam dengan Allahyarham Pak Daud pun ada. Masa sangkut cacing kat mata kail, hamba tengok ayah ludah cacing tu. Hamba tanya kenapa buat macamtu? Ayah kata, kita makan pun nak garam biar masin, ikan pun nak makan cacing mesti ada masin-masin sikit. Hamba percaya jer. Tak sampai setengah jam kat situ, hamba pun balik pasal boring pasal tak dapat buat apa-apa. Jangan kata nak pegang joran, masuk sungai pun tak boleh. Tapi tengahari tu, makan ikan talapia goreng berlada sampai muak, hasil menjala.

Bila dah besar ni, hamba terpikir sendiri. Air liur ni bukan ke beralkali? Dah tu, buat apa masin lak? Air liur memang masin ke?

Note: Gambar di atas bukan gambar sungai di hujung kampung nenek, tapi sungai kat Australia nun. Sungai kat hujung kampung tu selayaknya sekarang digelar "Encik Parit".


Thursday, February 10, 2011

Encik Maaruf dan Encik Mungkar


Pernah dengar "amar maaruf nahi mungkar"? Mesti pernah punya. Yang tak pernah tu mesti dulu kat sekolah belajar Pendidikan Moral. Hohohoho... Kalau tak tahu jugak, maknanya lebih kurang, menyuruh berbuat yang baik, dan menghalang perkara-perkara yang mungkar. Hamba pun bukan pandai sangat bahasa Arab nih, setakat Bahasa Arab Komunikasi and Bahasa Arab Tinggi lulus SPM jer.. hohohoho. Enough riak-riak.

'Amar maaruf'' dan 'Nahi mungkar' ni mesti seiring. Jangan asik ajak buat baik jer, tapi bila nampak benda yang bathil kita senyap. Contohnya macam kita suruh orang berak dalam tandas, tapi bila nampak orang berak merata tak nak tegur pulak... hohohoho.

Sempena Valentine Day ni, kalau ada yang tak suka kena tegur agar jangan menyambutnya, cubalah faham peranan kami yang cuba untuk beramal dengan konsep 'amar maaruf nahi mungkar'. Hohohoho..


Friday, December 10, 2010

Salam Hijrah


Duduk tepi masjid tadi, membuat hamba terfikir sejenak. Orang asyik sibuk cerita pasal maal hijrah ni, hamba pun rasa macam ingin bercerita pasal hijrah. Bukan semua orang mampu nak berhijrah. Pasal dalam dunia ini, pada pandangan mata burung hamba, paling tidak ada 6 golongan bila hendak dikait dengan hijrah:


Golongan 1: Memang sejak awal sampai mati hidup baik
Golongan 2: Memang sejak awal sampai mati hidup jahat
Golongan 3: Awal hidupnya baik, kemudian jadi jahat
Golongan 4: Awal hidupnya jahat, kemudian jadi baik
Golongan 5: Awal hidupnya baik, kemudian jahat dan akhirnya jadi baik
Golongan 6: Awal hidupnya jahat, kemudian baik, tapi akhirnya jadi jahat balik


Maka bagi hamba yang masih tolol dunia ini, sesiapa yang akhirnya jahat, tak kiralah golongan mana sekalipun, maka rugi amat.

Salam hijrah.

Monday, December 6, 2010

Apa status anda hari ini?


Hampir separuh tahun hamba tidak menjengah blog tercinta, dan hampir separuh tahun juga hamba tidak menjengah blog sahabat-sahabat yang tercinta. Tapi bukan bermakna hamba tidak ambil tahu perihal sahabat-sahabat yang lain, kerana ada medium lain yang digunakan untuk berhubung kini. Hamba panggil dia En. Facebook. Kuat betul penangan En. Facebook, hingga sahabat-sahabat hamba yang gila blogging, blogger tegar, semuanya cabut malas untuk mengendali blog masing-masing. Lebih mudah menyampaikan idea pada status En. Facebook kerana lebih ramai dapat tahu apa yang ada dalam benak masing-masing. Itu belum lagi yang kaki main "online game". Silap haribulan, kerja pun berhenti jalan.

Untuk memendekkan kata satu soalan hamba hari ini, " Apa status anda hari ini?".

Monday, December 28, 2009

SELAMAT DATANG, 2010!!


Perjalanan 2009 lebih banyak menyaksikan hamba mencari nilai hidup sendiri. Hamba cuba mencari kebebasan hidup yang akhirnya hamba temui dalam kemaafan. Hamba cuba mencari ketenangan dalam diri yang akhirnya hamba temui dalam kasih sayang dan cinta terhadap Allah dan makhluk. But "found" and "felt" are 2 different words (though in the same tense, hohoho..). Hamba mungkin sudah menemuinya, tetapi 100% untuk menikmatinya jauh sekali. There are still some few things that I need to sort out, that still need to be aligned, within myself and of course, things around me. Perkara tentang hidup ini, masih ada lagi yang hamba tidak sedar. Ada yang hamba tahu tapi tidak sedar, dan ada juga perkara yang hamba terus tidak tahu dan tidak sedar. But, with Allah's blessing and rahmah, hopefully I will improve myself to be a better man in every aspects. With then, selamat datang 2010..

Tuesday, August 4, 2009

Sendiri pikir la...


Bila salah menari, maka lantai disalahkan. Bila tidak kenal diri, orang lain pula dituding jari. Hakikatnya, empunya diri yang tidak malu menyalahkan orang lain, macam lagu rakyat "Bangau, oh Bangau". Akibatnya, macam-macam masalah samada peribadi ataupun negara tidak dapat kita selesaikan. Ambil contoh masalah selsema babi yang makin menakutkan ini. Kalau semua orang ambil peranan, Insya Allah, boleh terkawal. Pandai-pandailah pakai topeng, basuh tangan, kurangkan social gathering. Ini tidak, bila dah kena kuarantin pun, masih lagi nak keluar-keluar. Bukannya nak panik atau jadi paranoid, tapi jangan lah pentingkan diri tu. Latest victim was a mother yang baru saja gave birth. Kesian betul... Again, I'm not pointing finger, but this is actually a reminder to myself..

Saturday, July 11, 2009

Nilai Spring Hill Resort, Nilai (1st Indoor Activity)

Apa yang menyebabkan kita berada di mana kita berada sekarang ni? Adakah disebabkan oleh nasib atau takdir? Adakah disebabkan oleh tuah? Wujudkah sebenarnya apa yang dipanggil tuah atau "luck" ni sebenarnya? We've got a big discussion about this topic tonight and I choose to believe in what we call as luck. Betul, apa yang kita tak tau berlaku itu kita panggil takdir dari tuhan.  Tapi itu cuma interpretation bahasa. Aku bengang betul dengan fasilitator ni. Disebabkan dia fasilitator, tak semestinya apa yang dia cakap tu betul. Tapi, biarlah dia dengan idea dia, dan aku takder pape nak buktikan pada dia...

Saturday, July 4, 2009

What lies....


Last night I've watched "V for Vendetta". I've never watched it but after 2 and 1/2 hours (plus the Nightline) concentrating on the story, I've decided to make it one of my favourite movies. Despite the plot, I like the idea of the story. It's about history, it's about politic, it's about philosophy. Don't worry, I won't give you a review on the film. But what I like about the story is merely the sentiment of believing and standing by your intergrity. It really suits the saying "Live by the sword, die by the sword". And last, the words of the movie's interpretation is entirely about "... a man dies, but his idea is immortal..".
"Only when you have no fear are you free" - V, from V for Vendetta

Monday, June 29, 2009

Kembara berkeruh...


Baru balik dari mengembara nih.. letih rasa. Macam tak cukup tido. Malas jer nak pergi kejer. Ada satu cerita. Masa naik bas malam semalam, ada lah satu awek cun ni duduk belakang hamba. Dia duduk dengan kawan dia, lelaki. I don't know what is their relationship, but, doubtful ler. Mulut awek cun ni macam 7Eleven. Tak pernah tutup. Pot pet pot pet.. Tak berenti bercakap. Tensen aku dengar dia bragging dengan kawan lelaki dia nih. Yang lawaknya, walaupun dia tengah tido, mulut dia masih lagi berbunyi.. pasal dia berkeruh (snoring) kuat!! Hehehehe.. lawak betul!!

Thursday, June 11, 2009

Rindu dan akan terus rindu..


Mati kutu hamba dibuatnya bila balik umah, takder sapa kat umah. Paling-paling pun I call my wife, and have some chat about our day. Rindu kat anak-anak tak usah nak cakap ler. Terbayang jer si Icha Sopea buat guling nyiur (dalam bahasa Inggerisnya "rolling") sambil gelak trademark dia. Muaaahahahaha... Teringat gak kat Iman yang baru boleh nak diri tegak tuh. Dah besar nanti mesti hensem dia nih..

Langsung hamba terpikir. Macamner la pulak keadaannya bila nanti, tiba pula masanya orang-orang yang kita sayang meninggalkan kita one by one. Sampai saat ni, hamba masih boleh rasionalkan lagi diri hamba bila datuk, nenek, ayah sedara pergi untuk selamanya. Tapi kalau dengan kehendakNya, hamba terpaksa melihat ibu hamba, ayah hamba, or even my wife yang pergi dulu, boleh ke hamba jadi rasional? Akan masih terasa lagi ker masam asam melaka ibu, ikan sumbat isteri hamba bila duduk sorang-sorang? Dan masih akan terbayang ker belakang ayah hamba saat dia bertakbir di surau pagi raya?

Friday, June 5, 2009

Duduk Diam

Ada kawan yang ikut blog nih telefon, bertanya apasal lagi dah takder entry about the country's episode. I told him, for the time being, my only concern is myself. Malas lah nak fikir masalah negara sekarang nih. Tak tau nak percaya kat sapa. Kalau badan kehakiman sendiri dah buat yang pelik-pelik, orang rasuah sini sana (not to say that badan kehakiman kita yang amik rasuah), siapa lagi yang kita boleh percaya. Jadi, lebih baik kita fikir macamner nak improve diri sendiri.







After sometimes, sibuk amat sampai lupa jaga diri, now I've started back meditating. Kalau ikut istilah yang hamba belajar dalam Bahasa Melayu, Duduk Diam. Atur balik nafas. Ingatkan balik mana-mana gerak. Kembali balik pada Yang Sedia Ada. Bersihkan dalaman. Buang semua yang negatif. Kata orang putih, self healing.

To the world, its not that I dont care for you anymore, but, one day I'll be back with a new fresh feeling, and give you some good smack in the face... and maybe a little bit in there too.. hehehe.. lu pikir la sendiri..

Friday, May 22, 2009

Mimpi Sedap


Hari Jumaat datang lagi, satu petanda yang menyatakan bahawa hujung minggu is just around the corner. Hari ini juga, barulah boleh bernyawa sikit pasal hamba dah bertungkus lumus selesaikan workload yang ada. Hari ini kita cuba selesaikan Letter of Offer pulak pasal minggu depan hamba ada training satu minggu.

Malam tadi hamba ada satu mimpi yang menarik. Hamba bermimpi yang hamba sedang dikhatamkan silat. Masih teringat lagi setiap detik dalam mimpi tu bila serunai ditiup memainkan lagu Gendang Silat Kedah. Gendang ibu dan anak bertingkah, cak ting, cak ting, cak ting... gong dipalu atas kiraan 4 detik. Usai saja berdoa maka hamba pun memulakan langkah sembah. Bunga sembah asas. Setiap langkah, setiap gerak, nafas diatur. Tarik 4, tahan 2, lepas 4, tahan 2. Tiba-tiba tengah hebat melangkah, hamba terdengar teriakan, disusuli pula dengan jeritan semacam arahan "..abang, tolong buat susu!!! Iman menangis ni...!!..".

Ceh, potong stim pendekar jer..

Tuesday, May 19, 2009


SIBUK AMAT!!

Tuesday, May 12, 2009

Basa basi kita bloggers..


Round-round blog orang kampung tadi, hamba pun baca blog Fizz Si Tukang Taip. Hehehehe.. One thing I like about her blog is the rhymes and poem yang selamba ayat dia. Ada bakat gamaknya.. tapi lately, takder dah lagi puisi-puisi dan ayat-ayat selamba dia tuh.. hehehe.. anyway, ada entry yang cerita how she started blogging.

In my shoes, hamba start blogging lepas diajak oleh seorang rakan baik gak. Sama-sama jamming, sama-sama carik kitab, sama-sama mengular.. Dia suruh try Yahoo 360. Dia pun ada geng gak dalam tu. Hamba pun try and the first friend I made is Momok of Wahai Cermin Hikmat. Lepas tu ramailah kawan-kawan lain. Mem Aluya, Gee, Beaber, Allahyarham Pak Uda, Neesa, JL, dan ramai lagi. Dengan diorang ni lah banyak belajar "the way of the cyber life".

La nih, setelah Yahoo 360 bertukar nama jadi Yahell 666, group Kg Sri 360 makin ramai ahlinya setelah berpindah ke Blogspot.

Kepada bloggers semua, tulislah apa yang ada di minda, cuma perbataskan bahasa dan konflik. Biar bloggers tidak dianggap picisan dan penimbul masalah, tetapi sumber ilmu dan maklumat yang sah.

Hidup Kg Sri 360!!

NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!