Thursday, May 8, 2008

BAYANGKAN...



Albert Einstein said that "Imagination is more important than knowledge", and I believe that we often hear that people saying that "Knowledge is power". Is this mean that imagination is very powerful? Bila fikir balik, aku rasa jawapannya "..ya..".


Teringat dulu masa mula-mula belajar basic main gendang silat dengan Tuan Guru Hj Anuar Abd Wahab, beliau bercerita orang tua-tua dulu takde asas muzik pun. Tak tau pun baca taugeh-taugeh hitam and putih ni. Diorang nak cipta satu lagu yang boleh memberi semangat. Mula-mula diorang ketuk-ketuk je gendang. Tapi takleh main terus ketuk. Mesti ada intro dia. Bila dah ada into, nak kasi sedap bila silat ditari, diselitkan pula beat-beat yang lain. Disulam pulak dengan alunan serunai. Diisi pula ruang dengan gong. Semua ini berdasarkan imaginasi mereka.


Bagi aku, orang Melayu kita ni memang dah lama berimaginasi. Memang hebat imaginasi mereka. Kalau tak percaya, tengok saja ciptaan wau. Mereka tengok burung. Mereka tengok daun yang diterbang angin. Lalu mereka cipta satu permainan. Siapa sangka ciptaan dari buluh, lidi dan kain mampu terbang tinggi di langit?


Cuma masalah orang Melayu ialah mereka cukup berpuas hati dengan imaginasi mereka setakat yang mereka ingin pada waktu itu. Agaknya, kalau orang Melayu tak berhenti berimaginasi, dari sebuah wau, agaknya orang Melayulah yang akan menjadi pencipta kapal terbang pertama. Siapa tau? Hehehehe...


Sekarang ni, memang orang Melayu banyak berimaginasi. But a worthless imagination, as a result from over dose of ecstasy, alcohol and sex.. Hehehehehe...

Wednesday, May 7, 2008

STADIUM TERENGGANU


Kawan tadi ada call yang Stadium Negeri Terengganu akan dirasmikan secara besar-besaran oleh Sultan Mizan, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Lepas tu nanti ada pulak persembahan dari Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. Yang best lagi 40,000 orang terawal yang hadir akan mendapat cenderamata. Akan diadakan pertunjukan bunga api. Hmm..

Teringat zaman masa terlibat dalam pembinaan stadium tu.. berapa kali kena revise kos pembinaan dia. Ada yang cost over-run, ada yang tetiba kerajaan negeri nak tambah itu ini.. Yang hairannya masa buat pelan mula-mula takder hal pulak nak citer. Papehal pun, dah nak siap pun stadium tu. Setiap kali lalu Gong Badak, mesti tengok kemajuan stadium tu. Aku rasa, boleh kalah Stadium Abd Jalil. Walaupun aku bukan orang Terengganu, tapi bangga jugak dapat bagi sumbangan yang kecik sekalipun. Hehehehe..

Gambar kat atas tu masa buat site visit. Aku yang mana? Mestilah yang tengah.. amik gambar tu.. ahaks.. sekali kena pacak daaa..



Tuesday, May 6, 2008

Hikayat Si Bedul - Sebuah kisah luka..


Disebut rakyat marhain tentang Si Bedul yang lurus bendul diangkat orang menjadi ketua di sebuah negara yang asalnya aman damai. Dilantik pula olehnya Si Bedul rakan-rakannya yang sama-sama lurus bendul agar senang dibawa bicara. Tak dilupa seorang anak angkatnya yang hitam legam, rambut penuh berminyak, yang diambil dari entah lubang mana. Maka memerintahlah Si Bedul bersama rakan-rakannya dan anak angkatnya itu, bak kata orang, beraja di mata bersultan di hati. Menggelenglah kepala setiap rakyat yang pernah mengangkat Si Bedul dahulu. Mengeleng juga kepala Si Hidung, bekas ketua negara yang dulunya aman damai.

Satu hari, berlakulah sedikit peralihan kuasa. Maka ramailah rakan-rakan Si Bedul ditolak rakyat walaupun Si Bedul masih lagi memerintah dengan anak angkatnya yang hitam legam dan rambut penuh berminyak itu. Namun keadaan makin lama makin teruk di negara yang asalnya aman damai itu. Rakyat berkata anak angkatnya itu, yang hitam legam dan rambut penuh berminyak itulah punca negara jadi kucar kacir.

Arakian setelah itu naik pula harga kurma dan buah pisang yang menjadi makanan ruji negara itu, sedangkan negara itu memang terkenal dengan ladang kurmanya yang luas dan kebun pisang yang sejauh mata memandang. Dinafikan pula rakan Si Bedul yang menjaga hal ehwal kurma dan pisang ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh hal ini. Menggeleng lagi kepala rakyat.

Si Hidung sudah beberapa kali berpesan kepada Si Bedul agar berundur, tapi dalih Si Bedul masih banyak lagi barang yang belum naik harga lagi yang perlu dinaikkan harga lagi. Ini semua untuk kepentingan rakyat.

Dan menggeleng lagilah kepala rakyat.

Hambamaya - Sampai bila nak geleng kepala?



Kita Gagal..


Al kisah disebut orang, seorang hamba Allah pergi belayar. Maka diqadarkan dia terjatuh ke dalam laut. Maka bermohonlah dia ke hadrat Allah bantuan-Nya. Lalu sampailah sebuah perahu. Dihulurkan tangan oleh tuan perahu, tapi tidak disambut kerna katanya hanya menanti Allah sebagai penyelamat. Berlalulah perahu tersebut sebelum sampai sebuah kapal yang lebih besar. Sekali lagi, bantuan ditolak atas alasan yang sama. Maka matilah hamba Allah tersebut kelemasan.


I don't know samada korang semua pernah dengar atau tidak cerita di atas. But this was told but my ustaz di sekolah dulu. Ustaz aku berkata, inilah contoh orang yang tidak mengharapkan pertolongan sesiapa melainkan Allah Taala.


Well, that was his opinion. But for me, hamba Allah tersebut telah gagal mengenalpasti pertolongan yang diberikan oleh Allah. Secara tidak langsung, sebenarnya, Allah Taala telah menyampaikan pertolongannya dan menyahut doanya melalui perahu dan kapal tadi. Bukan semua orang boleh menjadi seperti Nabi Ibrahim yang apabila dibakar oleh musuhnya, baginda masih tenang. Sehingga apabila Jibrail datang menghulurkan bantuan, maka kata Nabi Ibrahim "Cukuplah Allah sebagai pembelaku". Berbeza dengan hamba Allah yang diceritakan tadi, Nabi Ibrahim hanya menyerahkan nasibnya kepada Allah kerana baginya, Allah lebih mengetahui. Itupun kerana tahap imannya sudah sampai ke tahap muqarrabin.


Kalau dikaitkan dengan sekitar kita, ramai sangat yang gagal mengenalpasti bantuan Allah sehingga kita tidak mensyukuri kebaikan yang ada pada kita. Ada ramai juga yanag gagal mengenalpasti bencana atau ujian yang dikenakan ke atas mereka. Dalam kes Sufiah contohnya, dia gagal untuk mencapai bantuan yang dihulurkan kerana ego dan dendamnya. Dalam hal politik, UMNO gagal memanfaatkan peluang bila PAS ingin berbincang tentang masa depan orang Melayu. Dalam hidup kita sendiri, kita gagal untuk berusaha meningkatkan mutu kerja kita sedangkan kita berdoa untuk kaya.


Nonetheless, aku harap sesiapa yang ada masalah jangan pernah putus asa memohon bantuan Allah. Dan aku juga berharap, sesiapa yang didatangi nikmat Allah, janganlah terlupa untuk terus bersyukur kepada-Nya.


Monday, May 5, 2008

Penyelesaian Style Kampung..


Yesterday, Datuk Rais Yatim of the Foreign Ministry has shouted that he wanted to propose something to protect women from being the target of drug mules. In his proposal, women planning to travel oversee alone will have to get consent first from their families.


Well, well.. suddenly you heard something like this from Datuk Rais Yatim. Bagi aku, benda ni lama dah.. pompuan kalau nak keluar sensorang, kenalah bagitau famili ke, bagitau kengkawan ker. Tapi, tak perlulah sampai kena isi borang consent pulak. Bagi aku, apa yang penting, education, and bukan sahaja kat orang pompuan tapi semua orang. You have to educate them on this kind of syndicate. Pergi ke sekolah-sekolah, bagi talk kat kolej-kolej dan universiti. Buat awareness campaign. Barulah nampak profesional. Bukannya dengan cara bagi solution macam orang kampung. Sikit-sikit, kita halang. Nanti, terus orang Malaysia jadi takut nak ke luar negara.


Although apa yang disarankan oleh Datuk Rais Yatim tu memang ada baiknya, dan aku yakin orang pompuan akan terlindung dari gejala-gejala drug mules ni, tapi macam aku cakap, solution itu terlalu kekampungan. Diharapkan, kepada tok-tok menteri kita yang lain, sebelum buat apa-apa proposal, you all better discuss dulu dengan beberapa kementerian yang berkaitan. Macam dalam hal ni, mungkin Datuk Rais Yatim boleh bincang dulu dengan Kementerian Pembangunan Wanita.


Ahaks.. sekali kena pacak daaa...

Jadi Kakak..


Er, I think I want to share this with all of my friends out there. Actually, semalam baru dapat tau nih. My wife and I are expecting our 2nd baby!! My wife mengadu asik mual-mual. Dia pun dengan nada berlawak cakap dia pregnant. Aku pun tak expect pun. Cuma tergerak nak beli kit pregnancy test tu lepas breakfast dengan bini aku. Kitorang buat sambil gelak-gelak jer. Tup..tup, 2 line. Terkedu gak. Tang tu jugak aku bawak isteri tercinta ke klinik. And confirm!! She's pregnant for 6 weeks already.

Anyway, alhamdulillah. Doakan bakal baby kami and kitorang semua selamat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Its look like Ariesya Sofea is going to be a sister.. Hehehehehe

Main Naga



Labour Day itu hari, aku balik ke umah mak mentua aku di Kota Bharu. Since my wife's aunt pun nak buat kenduri kesyukuran, maka petang tu, kitorang pun pergi ke Tumpat, kampung bini aku. Sampai di Tumpat, aku rest jap. Petang sikit, adik ipar aku ajak gi pasar kat Kg. Siam. Mak mentua aku and Che Mah pun nak ikut. Si Sofea adik ipar aku pegang. Maka bertolaklah kitorang ke Kg. Siam, Bunohan.

Sampai di Pasar Segar, Bunohan, aku terdengr ada orang pasang muzik gendang silat. Aku bukan boleh dengar gendang silat nih. Aku dengan adik ipar aku pun pergi investigate. Rupa-rupanya, orang main naga!! Main naga ni maksudnya, main ular!! Orang jual ubat, tapi buat persembahan main ular sekali. Banyak pulak tu ular dia bawak. Yang paling besar i.e ular tedung selar raya. Aku tengok pun ngeri. Ada sekali tu ular tu panggung badan dia, sama tinggi dengan orang tu berdiri. Ngeri aku!! Ada jugaklah beberapa cubaan ular tu nak melarikan diri!! Nasib baik aku bawak kamera tahan lasak aku nih. Sempat jugak aku snap beberapa gambar!!

Tapi malam tu, aku memang tidur mimpi ngeri teringat kat ular tu!!


NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!