Monday, February 28, 2011

Kira-Kira Dosa


Ni hamba nak tunjuk satu kira-kira. Kira-kira mudah, tapi tujuannya penting.

Katakanlah umur kita pencen ialah 55 tahun dan kita baligh pada umur 12 tahun.
Oleh itu beza antara 55 tahun dan 12 tahun ialah : 55 - 12 = 43 tahun

Kemudian, dalam satu tahun ada 12 bulan dan purata 365 hari. Oleh itu 43 tahun ada lebih kurang 15,695 hari.

Maka, kalau dosa kita dikira pada tahun kita baligh iaitu sewaktu umur kita 12 tahun, dan kita pulak MATI waktu umur kita pencen i.e 55 tahun, dengan andaian bahawa SATU HARI SATU DOSA, maka bila kita mengadap Allah s.w.t, kita akan bawak 15,695 dosa bersama kita. Itu kalau kita andai satu hari satu dosa. Kalau sepuluh dosa?

Hakikatnya, hamba pun tak nak buat entry ni pasal diri sendiri pun lintang pukang, tapi hamba rasa, bila kira-kira macam ni, sekurang-kurangnya kita semua boleh ambik iktibar dan inisiatif untuk banyakkan lagi kebaikan kita.

Jadi, apa tunggu lagi? Kiralah.


Thursday, February 24, 2011

Pilih-pilih Untuk Biadap


Orang kita ada satu tabiat yang hamba perasan iaitu "memilih dengan siapa dia nak bersopan, tapi biadap dengan semua orang". Sepatutnya kita ni "bersopan dengan semua orang, dan biadap dengan orang tertentu"..hohohohohoho. Dan di pejabat hamba ni, teori di atas memang terjadi. Bila orang datang nak mintak tolong, punyalah manis mulut. Tapi bila jumpa kat luar, nak senyum kat kita pun susah. Buat tak kenal jer.. hohohohho.

Jangan ler pilih orang-orang yang berkepentingan jer untuk kita pamerkan budi bahasa kita, tapi dengan orang-orang yang lain kita buat kurang ajar. Kalau orang tu title dato' , baru kita terhegeh nak tunduk-tunduk depan dia, layan baik-baik. Tapi kalau nampak macam orang kampung sikit, macam itu lesen untuk kita jadi kurang ajar lak dengan dia..hoohoho. Padahal, dato' tu lagi penyangak; makan rasuah, bagi rasuah, gelap duit syarikat... hohohoho..

Wal akhiru kalam, budi bahasa kita ni untuk semua orang atas dunia, tapi biadap dan kurang ajar kita sepatutnya untuk orang yang biadap dan kurang ajar jer. Hang Jebat pun cuma biadap dengan sultan dia, dengan orang lain dia bersopan santun..Hohohohoho...


Monday, February 21, 2011

Yang Tersuci


Semua orang tahu agama itu perkara suci. Tak kiralah agama apa pun. Setiap agama itu memang disucikan walaupun agama yang disucikan Allah sendiri hanya Islam. Dan apa sahaja yang beragama atau KELIHATAN beragama akan nampak suci. Sebangsat-bangsat makhluk, kalau dikait dengan agama pun, pasti akan jadi suci.

Oleh itu, atas teori mudah ini, maka ramai yang cuba kelihatan suci dengan menjadikan diri beragama, sekaligus mendapat kepercayaan awam. Tak percaya?

1. Cuba tengok pesalah yang keluar mahkamah. Kalau lelaki, hatta perogol bersiri/ pembunuh, pakai ketayap, yang pompuan pakai tudung.

2. Makanan letak logo halal, walau guna lemak binatang tak sembelih, masih laku di pasaran, orang tak banyak tanya.

3. Nak jual kismis? Nak jual madu? Cuba letak hadith nabi kat label, gerenti beres!!

Dan banyak le lagi contoh-contohnya yang kat luar sana, khas untuk orang yang berfikir. Hatta blog nih pun, kalau hamba guna ayat-ayat arabic mesti boleh jadi laman web soal jawab agama, walaupun hamba takder degree syariah atau kelulusan JAKIM... hohohoho.

Agama memang menyucikan. Andai kita betul-betul untuk mencari keredhaanNya sebagai hambaNya. Kalau kita guna nama AGAMA untuk tujuan duniawi, maka di dunia mungkin terlepas, tapi di Padang Masyar sana, kita menjawablah dengan Zat Yang Maha Suci itu sendiri. WaLlahu a'lam.

Saturday, February 19, 2011

Air Liur dan Cacing


Dulu masa kecik pernah ikut ayah pergi memancing dan menjala dekat sungai hujung kampung nenek. Pak Itam dengan Allahyarham Pak Daud pun ada. Masa sangkut cacing kat mata kail, hamba tengok ayah ludah cacing tu. Hamba tanya kenapa buat macamtu? Ayah kata, kita makan pun nak garam biar masin, ikan pun nak makan cacing mesti ada masin-masin sikit. Hamba percaya jer. Tak sampai setengah jam kat situ, hamba pun balik pasal boring pasal tak dapat buat apa-apa. Jangan kata nak pegang joran, masuk sungai pun tak boleh. Tapi tengahari tu, makan ikan talapia goreng berlada sampai muak, hasil menjala.

Bila dah besar ni, hamba terpikir sendiri. Air liur ni bukan ke beralkali? Dah tu, buat apa masin lak? Air liur memang masin ke?

Note: Gambar di atas bukan gambar sungai di hujung kampung nenek, tapi sungai kat Australia nun. Sungai kat hujung kampung tu selayaknya sekarang digelar "Encik Parit".


Thursday, February 17, 2011

Pengurusan Kewangan in C Major


Entry kali ini bukan berniat untuk menukarkan blog hamba jadi blog pengurusan kewangan. Cuma kalau boleh nak juga cuba-cuba ingatkan kawan-kawan dan diri sendiri.. hohohoho... Orang kata SUSAH nak buat pengurusan kewangan. Dan hamba memang SOKONG. Hakikatnya, pengurusan kewangan bukan hanya perlu ada kemahiran teknikal jer, tapi emosi pun mesti mau KUAT. Urus kewangan ni, samalah jugak kita urus nafsu kita. Memang tak pernah habis perkara yang kita nak, tapi, kita kena tau lah macamne nak urus. Mesti mau SABAR. Jangan mudah TERPENGARUH. Biar orang kata kita kedekut. Tapi kita kedekut bertempat. Kena tau apa KEPERLUAN kita, dan mana satu KEINGINAN kita.

Pendek kata, biarlah orang kata apa sekarang ni. Jangan biarkan persepsi orang gugat perancangan kita. Kalau dah ada rancangan, ikut perlahan-lahan. Pedih tengok orang pakai kereta besar sekarang takpe, janji masa depan kita (ikut pelan kita) secerah pawana.. hohohohoho...

Wednesday, February 16, 2011

Terbang Dengan 2 Sayap

Dalam pada tengah berfikir-fikir, hamba perasan yang hidup ni perlukan 2 perkara, 'takut' dan 'harap'. Kalau tiada satu dari 2 perkara tu, ibarat kita terbang menghadapi dunia ni dengan sebelah sayap. Perlu ada 'takut', barulah kita tak berani sangat nak buat perkara-perkara yang boleh membahayakan, takdelah berani sangat nak amik risiko. Perlu juga ada 'harap', supaya kita tak takut sangat dengan dunia ni, dan takdelah jadi orang yang tak nampak rahmat Allah.

Contoh ekstremnya, kalau ada 'TAKUT', orang yang ada darah tinggi takdelah rasa nak makan daging kambing sangat, tapi, disebabkan 'HARAP'nya ada ubat, maka bolehlah dia sental jugak... hohohohohoho... lebih kurang macam itulah.

Hidup. Kalau tak berani amik risiko, kita akan ketinggalan, tapi, amiklah risiko yang kita semua boleh hadapi. Hohohoho..


Saturday, February 12, 2011

Husni Diberak & Ikhwanul Muslimin


Pengunduran bekas Presiden Mesir; Husni Mubaraq sekarang dah jadi satu sejarah dalam dunia. Lepas 30 tahun memerintah sebaik kematian Anwar Sadat, En. Husni ni lah pulak yang amik alih rejim kuku besi di Mesir. Ikhwanul Muslimin, yang diasaskan Imam Syed Hassan Al Banna pulak ialah badan yang sudah lama menentang rejim kuku besi dan polisi-polisi si Husni Mubaraq. Berapa ramai pulak ahli Ikhwanul Muslimin yang kena penjara dan bunuh dek Husni Mubaraq.

Dan kini, Mesir sudah bebas dari Husni Mubaraq, tapi bagi hamba, Ikhwanul Muslimin masih belum boleh berkata MEREKA SUDAH BERJAYA. Kenapa? Pasal la nih, tentera pulak yang amik alih pemerintahan. Dan kita tidak akan tahu sampai bila dan bagaimana pulak proses peralihan yang tidak teratur ini akan berlangsung. Rakyat Mesir mungkin akan terpaksa berjuang lagi. Ikhwanul Muslimin mungkin akan terpaksa bangun lagi. Dan jangan lupa, masih ramai lagi kuncu-kuncu Husni Mubaraq di Mesir.

Cuma harapnya, revolusi ini akan membantu perkembangan Islam yang lebih tulus di Mesir dan bukan hanya untuk politik semata-mata.


NOBAT


Get Music Tracks! Create A Playlist!